Tuesday, November 17, 2009

SPR MAKIN TAK KETAHUAN HALA



Lewat petang semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan pilihanraya kecil perlu diadakan bagi memilih ADUN yang baru.

Ini membawa erti - Muhyiddin telah "dilempang laju laju" oleh Hakim tersebut selepas Muhyiddin yang meletakkan undang undang di celah kangkangnya itu memerintahkan ADUN yang suka ponteng tu tetap hadir ke Sidang DUN walaupun ditegah oleh Speaker.

Keputusan itu tidak pelik walaupun tidaklah begitu dijangkakan. Namun, apa yang pelik adalah sikap SPR terhadap keputusan Hakim tersebut.

Pencacai UMNO yang mentadbir SPR dengan segera mengeluarkan kenyataan bahawa SPR akan merujuk Peguam Negara bagi mengenalpasti dan menentukan langkah seterusnya sama ada mahu mencabar keputusan tersebut ataupun tidak.

Ini yang pelik dan kelakar. Sepatutnya, UMNO yang mencabar keputusan itu dan bukannya SPR kerana ASUN di situ adalah ADUN UMNO dan bukan ADUN SPR.

Atau adakah kes ini adalah kerja Allah swt bagi menunjukkan secara jelas bahawa selama ini UMNO/BN menang kerana kerja kerja jahat SPR?

Jika dulu, SPR memutuskan kerusi Kota Siputeh tidak kosong "atas nasihat" Peguam Negara, maka sekarang nih pun Peguam Negara yang sama jugalah yang akan dirujuk oleh SPR. Semua orang tahu SPR dan Peguam Negara ini sangat kontroversi dalam perihal berkaitan UMNO.

Kalau susah susah sangat, aku cadangkan begini. Jika PRK Kota Siputeh menjadi kenyataan, SPR bertanding sahaja dan calonkan Peguam Negara sebagai calon SPR.

Memang hamlau puak puak lahabau nih........

No comments:

Post a Comment