Wednesday, November 4, 2009

UMNO MENGIGAU LAGI



Setelah gagal untuk menjerat PAS dengan umpan UG, kali ini sekali lagi menghulurkan tangan kononnya untuk perpaduan sesama saudara seagama tanpa melibatkan kepentingan politik.

UMNO sekali lagi cuba untuk menyuntik racun bagi menghancurkan PAS dan seterusnya memusnahkan Pakatan yang ibaratnya sedang selsema itu.

Pada UMNO, tidak dapat tidak, PAS dan UMNO mesti duduk semeja supaya banyak masalah berkaitan Islam dan Melayu berjaya diselesaikan.

Itu pada UMNO.

Pada aku, tidak dapat tidak, UMNO memerlukan PAS untuk duduk semeja dengan UMNO supaya UMNO masih boleh terus bernafas dan terus hidup di masa depan.

UMNO ibarat pokok dedalu yang menumpang pohon besar, mendapatkan manfaat daripada pohon besar, tetapi sedikit demi sedikit memusnahkan pohon besar. Lama kelamaan, pohon besar masih berdiri tetapi daun yang di atasnya semuanya daun dedalu belaka.

Itulah UMNO.

Jadi, PAS janganlah tertipu dengan umpan UMNO ini kerana UMNO mempunyai sejarah pengkhianatan yang panjang untuk dibicarakan.

Meleleh lagi air liur puak puak UG nih nampaknya......

3 comments:

  1. Salam Tuan Blogger.

    Memang meleleh air liur puak2 UG tu bila mendengar umno sedia berunding sebabnya antara lain makna UG tu 'Urut Gosok'.

    Bila dah kena Urut dan Gosok bukan kata meleleh air liur, malah boleh terlena diulit intan lagi.

    ReplyDelete
  2. KahKahhKahhh!!!

    Suruh puak ni pi tidoq teruih lagi baguih!

    Urut dan Gosok lagi best daripada melayan natang UG nih!

    KahKahhKahhh!!!

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Tu ler pasal.....mengidam tak bertempat puak puak UG nih.

    ReplyDelete