Friday, August 28, 2009

SEBAT KARTIKA - KE MANA HILANGNYA "PEJUANG ISLAM" DALAM UMNO - MANA GPMS - MANA PPIM - MANA PEWARIS - SEMUA MUNAFIK



Heboh seluruh dunia bila Kartika dijatuhkan hukum sebat. Semua sibuk mengulas keputusan tersebut. Sedarkah kita bahawa itu keputusan mahkamah dan dijika diulas secara berlebihan boleh dianggap menghina mahkamah?

Kartika dan keluarganya patut dicontohi dan patut dipuji kerana berani menerima hukuman tersebut dengan tangan dan hati terbuka. Walaupun Kartika tu perempuan tetapi beliau meneriam hukuman itu secara "anak jantan".

Malah, Kartika minta hukuman itu disegerakan dan kalau boleh dia mahu disebat di khalayak umum supaya masyarakat turut mendapat manfaat daripadanya.

Malangnya, setelah pujuk rayu Shahrizat menemui kegagalan, maka "Cik" Hishamuddin pun menyalahgunakan kuasanya dengan memberikan arahan kepada Ghani Patail untuk menjadi tangan ajaib.

Maka, tertangguhlah hukuman tersebut. Bukankah ini menghina mahkamah? Adakah kuasa Ghani Patail itu melebihi kuasa dan kewibawaan mahkamah? Kenapa tidak ada pihak yang "bising" tentang hal ini. Maksud aku, puak puak UMNO nih.

Bukankah ini mempermainkan undang undang? Mana hilang GPMS? Mana hilang PPIM? Mana hilang PEWARIS? Mana hilang semua ayam daging nih? Mana hilang semua semua "lembu yang dicucuk hidung" nih?

Mula mula, Ghani Patail kata hukuman tersebut ditangguhkan atas alasan menghormati Ramadhan. Sedarkah beliau Rasulullah berperang dalam bulan Ramadhan? Buta mata takper tapi jangan buta hati.

Tak semena mena pula "Cik" Hishamuddin kata hukuman itu ditangguh sehingga negara ini mempunyai pakar sebat syariah. Kononnya, Malaysia takde tukang sebat.

Pandangan "Cik" Hishamuddin nih disanggah oleh PGSM. PGSM kata Malaysia ada tukang sebat syariah.

Saper yang betul? Ghani Patail dengan hujah Ramadhannya atau "Cik" Hishamuddin dengan takde tukang sebatnya atau PGSM yang kata Malaysia ada tukang sebat?

Lepas tu tak pasal pasal Ketua Hakim Syarie Pahang menggantung hukuman tersebut menerusi "kuasa mahkamah". Apa alasannya? Apa sandarannya? Mana wibawa mahkamah?

Perbicaraan Kartika bukannya main pondok pondok. Tak tahulah pula kot kot selama nih hakim hakim dan peguam masuk mahkamah untuk main pondok pondok.

Setahu aku yang dok main pondok pondok dalam mahkamah nih bekas Peguam Negara dengan Musa Hasan jer. Siap bawa tilam lagi huh....

Shahrizat pula sampai hari nih dok merayu supaya Kartika merayu kepada mahkamah. Najib pun tumpang sekaki juga. Macam aku cakap tadi, buta mata takper tapi jangan buta hati.

Hari tu masa Ir Hj Nizar pegang lilin, puak puak nih menyalak dan melalak siang malam pagi petang kononnya "membela" Islam tapi sekarang mana hilang habis? Nama jer jantan tapi "auw". Nama jer bertelur tapi telur tembelang.

Kenapa puak puak nih takut sangat dengan hukum sebat nih? Yang dihukum, Kartika. Tapi, yang terhegeh hegeh, UMNO. Hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

Apsal UMNO takut sangat? Sebab kalau Kartika menjalani hukum sebat, maka bercemperalah puak puak UMNO nih menyorok sebab depa dan arak tu ibarat "isi dan kuku". Banyak maksud tu.....

Apa apa pun, syabas Kartika dan Pak Sukarno kerana anda insan yang berpendirian dalam hal ini. Semoga Allah swt mengampunkan dosa dosa anda dah seterusnya menerima keberkatan dan rahmat dari-Nya.

No comments:

Post a Comment