Friday, May 29, 2009

KOMUNIS : TALIAN HAYAT UMNO TERKINI



Jika kita telitikan, sekarang nih semua pihak bercakap tentang era penjarahan komunis di tanahair kita. Kekejaman komunis diimbas dan diulang tayang dalam bentuk penceritaan semula secara lisan oleh banyak pihak. Seorang demi seorang mangsa kekejaman komunis tampil menceritakan pengalaman pahit, ngeri dan tragis yang pernah dialami hasil kerja jahat terlampau Bintang Tiga.

Hampir pula hampir setiap hari menyiarkan kisah kisah kekejaman komunis di muka hadapan. Walaupun artikel itu tidaklah sebesar mana tetapi tetap disiarkan di muka hadapan. Akhbar hari nih pula menyiarkan arahan kabinet supaya kekejaman komunis diceritakan semula kepada generasi muda.

Semua ini berlaku gara gara niat Chin Peng mahu pulang dan menetap di negara ini. Banyak pihak terutamanya golongan perwira dan warga emas masih gagal melupakan kekejaman komunis. Banyak nyawa melayang tanpa sebab. Anak dara orang dilarikan. Rumah kediaman di bakar. Balai polis diserang. Pelbagai lagi. Kita semua tidak mungkin melupakan semua peristiwa hitam tersebut.

Secara peribadi, aku juga menentang kepulangan Chin Peng ke negara ini. Walaupun ada pihak berpendapat Chin Peng tidak lagi mendatangkan mudharat kepada keselamatan dan rakyat negara ini, namun kekejaman beliau dan Bintang Tiga tetap segar dalam ingatan.

Memang beliau berhak kembali ke sini kerana beliau dilahirkan di Sitiawan. Memang beliau berhak membawa kesnya ke mahkamah. Itu hak beliau. Namun, mangsa kekejaman beliau dan Bintang Tiga juga berhak menghalangn beliau daripada kembali.

Mampukah rakyat negara ini menerima beliau semula? Terdapatkah rakyat negara ini yang mampu untuk hidup berjiran dengan Chin Peng walaupun beliau telah tua? Kekejaman Bintang Tiga bukanlah kekejaman ke atas mana mana bangsa tetapi adalah kekejaman ke atas seluruh rakyat Malaysia.

Pendek kata, pulangkan semula ahli keluarga kami yang hilang tanpa diketahui dan tunjukkan di mana kubur ahli keluarga dan sahabat handai kami yang menjadi mangsa kekejaman komunis jika Chin Peng mahu kembali. Jika tidak, tidak mungkin ada ruang untuk Chin Peng kembali ke bumi Malaysia yang amat kita cintai ini.

Walaupun kita masing masing terkenangkan sejarah hitam ini apabila disebutkan kepada kita Chin Peng mahu kembali, namun bagi aku, bukanlah niat Chin Peng itu yang perlu kita fokuskan. Apa yang perlu kita fokuskan adalah niat dan kesungguhan Barisan Nasional terutamanya UMNGOK yang begitu bersemangat menyiarkan sejarah kekejaman Bintang Tiga.

Adakah benar niat UMNGOK mahukan generasi muda mendapat maklumat sebenar supaya tidak terpengaruh dengan komunisme? Atau adakah terdapatnya udang di sebalik batu? Pada aku yang kurang ilmu ini, aku rasa soalan kedua itu adalah lebih relevan untuk dibahaskan.

Jika kekejaman Bintang Tiga dijadikan tujuan dan sandaran untuk diulang tayang sejarah hitam ini, ulang tayangkan juga kekejaman Tentera Merah Jepun. Ulang tayangkan juga kekejaman British. Ulang tayangkan juga kekejaman PDRM ke atas penduduk Memali. Ulang tayangkan semuanya sekali. Jangan hanya mengulang tayang semula peristiwa yang boleh memberikan keuntungan politik kepada UMNGOK sahaja.

Berbalik kepada persoalan tadi - adakah terdapatnya udang di sebalik batu? Maksudnya, adakah UMNGOK mempunyai niat lain selain daripada apa yang dinyatakan di atas? Jawapannya, YA.

UMNGOK mahu generasi muda Melayu berpandangan bahawa komunis adalah Cina dan Cina adalah komunis. Cina mana? Cina DAP. Kenapa tidak Cina MCA atau Cina Gerakan? Oooooo..Cina MCA dan Cina Gerakan adalah Cina yang ditindas komunis.

Cina mana yang mengagungkan Bintang Tiga? Cina mana yang merupakan pewaris kepada kekurangajaran Bintang Tiga? Cina DAP.

Kenapa jadi begini? Ini adalah kerana UMNGOK mahu generasi muda Melayu kembali menyokong UMNGOK yang dah serupa mayat hidup tu.

Apabila generasi muda Melayu menolak DAP, maka PAS dan PKR yang bekerjasama dengan DAP juga secara langsung akan ditolak kerana akan dilihat sebagai parti yang menyokong Bintang Tiga dan menggadaikan hak hak dan masa depan generasi muda Melayu kepada Cina atau lebih tepatnya DAP.

Apabila ini berlaku, maka UMNGOK akan dilihat sebagai parti yang menjaga hak dan kepentingan Melayu dan tidak dapat tidak, generasi muda Melayu mesti menyokong UMNGOK supapa masyarakat Melayu tetap dominan di negara ini.

Ini tujuan sebenar mereka. Lihat sahaja ketika berlangsungnya PRK Bukit Gantang dahulu. Ribuan risalah yang menggambarkan YAB Ir Hj Nizar, YB Ngeh, YB Nga dan Yb Sivakumar sebagai agen Bintang Tiga. Ingat lagi lakaran karikatur yang menggambarkan mereka berempat sedang berkawad dengan dikepalai oleh YAB Ir Hj Nizar?

Lakaran karikatur itu hanyalah ujian awal UMNGOK ke atas minda masyarakat Melayu yang diketahui begitu anti Bintang Tiga. Penceritaan atau ulang tayang semula kekejaman Bintang Tiga ini pula lebih kepada "flash back" minda masyarakat Melayu kepada era berdarah itu supaya timbul rasa curiga kepada DAP. Apabila rasa dan perasaan curiga itu timbul, maka masyarakat Melayu akan berhati hati dengan DAP, PAS danPKR. Hasilnya, UMNGOK akan mendapat talian hayat yang dicari cari sejak Mac 2008.

Oleh itu, berhati hatilah wahai generasi muda Melayu kerana anda adalah lauk dalam hidangan UMNGOK pada kali ini. Jangan kita diperbodohkan oleh UMNGOK yang sediakala dungu itu. Jika kita termakan umpan ini, maka kita jauh lebih dungu dan jauh lebih bongok berbanding UMNGOK.

Bersatulah wahai generasi muda Malaysia supaya politik perkauman UMNGOK / BN dan api perkauman yang cuba ditiupkan oleh UMNGOK ini dapat kita padamkan demi masa depan generasi anak Malaysia.

2 comments:

  1. Ini bukam soal memperbodoh org melayu atau rakyat. Ini soal sejarah. sedara dah lupa sejarah atau tak pernah belajar sejarah. Kenapa PAS atau PK tak angkat je CP jadi president. memang layak sangatlah tu..

    ReplyDelete
  2. Salam.....

    Memang soal ini adalah soal sejarah tetapi janganlah sejarah hitam itu dijadikan batu loncatan untuk menaikkan nama atau membuka ruang untuk pihak pihak tertentu menangguk di air keruh.

    Saudara SOL AMANO sepatutnya menilai tulisan saya itu dari mula hingga akhir dan bukannya mengambil secara separuh separuh.

    Apa apa pun, thanks kerana komen.

    ReplyDelete