Friday, May 15, 2009

PILIHANRAYA KECIL : HANTU TERKINI YANG MENGHANTUI BARISAN NASIONAL TERUTAMANYA UMNO



Selepas daripada Pilihanraya Umum Ke 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, Barisan Nasional terutamanya UMNO kelihatan seperti amat takut dengan pilihanraya kecil. Jika dulu, pihak pembangkang adalah pihak yang paling tidak gemar dengan pilihanraya kecil. Kalau boleh, pembangkang nak doa agar tidak ada YB yang mati atau meletakkan jawatan.

Hari nih semuanya telah jadi terbalik kuang. Pihak pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Rakyat begitu teruja dengan pilihanraya kecil. Semangat penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat tidak pernah pudar malah semakin dan sentiasa berkobar kobar sejak Pilihanraya Umum Ke 12.

Manakala Barisan Nasional terutamanya UMNO pula seboleh bolehnya mahu mengelakkan pilihanraya kecil daripada berlaku. Takut ker?

Walaupun terdapat pemimpin UMNO yang kelihatan bersemangat bercakap tentang betapa perlunya pilihanraya kecil diadakan di Bukit Lanjan tetapi hakikatnya itu hanyalah cakap cakap yang terpacul keluar daripada mulut busuk pemimpin UMNO yang masih belum sedar dari mimpi. Contohnya, YB Abd Syukor Harun, ADUN Kuang dan YB Khir Toyo, ADUN Sungai Panjang.

Biarkan mereka terus bermimpi terutamanya Khir Toyo. Sampai hari nih pun Khir Toyo masih merasakan dirinya masih lagi Menteri Besar Selangor. Takper. Biarkan jer dia terus terusan macam tu. Tak jadi kudis pun kepada Pakatan Rakyat.

Di Pulau Pinang pula lain ceritanya, sewaktu heboh kononnya bekas ADUN Penanti yang juga TKM 1 Pulau Pinang mengamalkan rasuah, ramai pimpinan UMNO terutamanya Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang iaitu YB Azhar Ibrahim, ADUN Penaga, berkokok minta kerusi DUN Penanti dikosongkan supaya rakyat Penanti diberikan peluang untuk memilih semula wakil rakyat mereka.

Anehnya, bila dah kosong, semuanya terus diam macam baru lepas disergah hantu raya. Takut ker? Jaga jaga wahai YB Azhar. Ketika PRK Permatang Pauh dulu, Pakatan Rakyat menang 10 daripada 12 JDM. Kali nih, Pakatan Rakyat akan menang 12 daripada 12 JDM. YB Azhar faham tak? Biar saya jelaskan. Pakatan Rakyat akan sapu bersih semuanya JDM.

Rakyat di DUN Penaga pun sebenarnya dah lama teringin nak dengar YB Azhar berkokok selepas Sdra Fairus letak jawatan tapi sampai sekarang tak bunyi bunyi lagi. Sakit tekak ker? Takde suara ker? Atau dah mati akal sebab penolakan rakyat semakin kuat dan ketara?


PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH

Aku bertugas bersama sama sahabat sahabat PKR di DUN Penanti ketika pilihanraya kecil ini berlangsung atau lebih spesifiknya JDM 8 Kubang Ulu. Lama juga. Lebih kurang 16 hari rasanya.

Walaupun gerak kerja agak kelam kabut akibat tidak wujud penyelarasan di antara orang atas dan orang tengah tetapi orang bawah tetap istiqamah menunaikan tanggungjawab dengan penuh dedikasi terutamanya perayu undi wanita.

Semangat kaum ibu ini amat sukar untuk ditandingi oleh kaum bapa yang rata ratanya hanya hadir sebagai pemerhati dan jadual kaum bapa hanya mendengar ceramah sahaja.

Bermula dari awal pagi lagi kaum ibu telah bersiap sedia untuk turun ke setiap ceruk kampung untuk merayu undi. Dihalau oleh penyokong UMNO, dimaki oleh penyokong UMNO, dimarahi oleh penyokong UMNO, disergah oleh anjing garang, macam macam cabaran lagi. Kaum ibu tetap berdiri demi perjuangan untuk membela rakyat.Kaum bapa bagaimana? Tepuk dada tanya iman.

Bukan soal komitmen kerja petugas PKR yang mahu kita bincangkan di sini. Apa yang mahu disebutkan di sini adalah sikap rata-rata penyokong dan pendokong UMNO di DUN Penanti ini. Betapa berbezanya keadaan dan suasana di kampung kampung berbanding apa yang diucapkan oleh mulut mulut busuk pemimpin UMNO terutamanya YB Azhar ADUN Penaga.

Pemimpin UMNO mendakwa rakyat Permatang Pauh semakin faham tindakan pembangkang dan rakyat Permatang Pauh telah serik untuk mengundi pembangkang kononnya pembangkang CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Pemimpin UMNO mendakwa rakyat Permatang Pauh tidak boleh menerima wakil rakyat yang mengamalkan hubungan sejenis dan mendakwa rakyat Permatang Pauh akan menolak calon PKR iaitu DSAI secara mutlak.

Itu dakwaan pemimpin UMNO yang tidak pernah mahu bercakap benar. 10 kali buka mulut, 11 kali menipu.

Yang dibaling botol air mineral oleh penduduk Permatang Pauh bukannya DSAI tetapi pemimpin UMNO. Ceramah DSAI dipenuhi oleh orang ramai tetapi program anjuran UMNO dan Barisan Nasional pula lebih kerusi daripada hadirin. Yang dijamu makan oleh penduduk adalah DSAI tetapi yang terpaksa menjamu penduduk pula adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Perayu undi PKR memang dimaki dan digertak oleh penyokong dan penyokong UMNO tetapi daripada 10 buah rumah penyokong UMNO yang dikunjungi dan yang menggertak itu pula hanyalah 1 atau 2 buah rumah sahaja, adakah ini mencerminkan rakyat Permatang Pauh menolak PKR dan DSAI? Tentu tidak. Maknanya, suasana di bawah tidak seperti yang diucapkan oleh mulut mulut busuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.

Akhirnya, rakyat Permatang Pauh membuktikan bahawa yang mereka tolak adalah UMNO dan Barisan Nasional walaupun rakaman drama angkat sumpah Si Saiful ditayangkan pada skrin besar sepanjang hari di simpang simpang jalan.

Sah lagi sahih rakyat meluat, muak dan menyampah dengan UMNO dan Barisan Nasional.


PILIHANRAYA KECIL KUALA TERENGGANU

Pilihanraya kecil yang nih pun aku bertugas sepenuh masa. Kali nih dengan PAS. Jemaah yang amat aku cintai. 18 hari rasanya aku berkampung di DUN Bandar iaitu salah satu DUN yang terdapat di dalam Parlimen Kuala Terengganu.

Sama juga macam PKR. Ahli ahli bawahan terutamanya petugas muslimat sangat komited dengan tugasan dan amanah yang diberikan. Berbeza dengan sebahagian pimpinan yang hanya tahu memberikan arahan itu dan ini tetapi hakikatnya dia tak tahu apa satu pun. Bila petugas bawahan yang sudah "panas" menyoal balik, terkial kial nak jawab. Itupun tak faham faham lagi. Esok datang lagi dengan arahan lain. Pemimpin otak seminit macam nih perlu ditarbiyyahkan semula supaya dia faham perjuangan nih bukan "try and error" dan keikhlasan berjuang tidak boleh dibuat buat.

Lagi satu, kalau nak pilih pemimpin, pilih yang boleh menjadi contoh kepada ahli bawahan yang sering kali berair ketiak bertungkus lumus buat kerja. Jangan pilih topeng topeng yang berselindung di sebalik kopiah putih dan baju Melayu atau jubah. Kita memang mahukan ulama memimpin kita tetapi bukannya golongan yang perasan ulama ataupun lulusan bidang pengajian Islam yang perasan macam hanya dia jer yang ada ilmu manakala orang lain nih jahil belaka.

Berbalik kepada soal pilihanraya kecil tadi. Media secara gila babi telah menyiarkan pelbagai berita yang bersifat fitnah yang menyebutkan Pakatan Rakyat tidak mendapat tempat di Kuala Terengganu kerana Kuala Terengganu adalah kawasan tradisi milik UMNO dan Barisan Nasional. Malah, ada penyokong UMNO kata PAS akan dimalukan di Kuala Terengganu kerana pengundi Kuala Terengganu akan menguburkan PAS.

Pelbagai tekanan dan halangan diwujudkan supapa Pakatan Rakyat tidak dapat menyampaikan maklumat kepada pengundi. DAP yang paling teruk menerima tekanan walaupun bukan DAP yang bertanding. Sungguhpun begitu, petugas DAP tetap komited sehinggalah kemenangan dicapai.

Pihak media dan pemimpin UMNO mendakwa pengundi Kuala Terengganu bersama mereka dan pengundi Kuala Terengganu akan tetap mengundi UMNO dan Barisan Nasional seperti mana yang dilakukan semasa Pilihanraya Umum Ke 12.

Namun, mereka lupa bahawa kali nih Nek Mon sudah tidak ada. Yang ada hanya Mamat Tabligh tu jer. Calon PAS kalah kepada calon UMNO/BN ketika Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu kerana faktor undi simpati kepada Nek Mon tetapi kali ini tidak bertanding lagi kerana tidak ada orang nak sponsor.

Pelbagai cara dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional untuk mengelabui mata pengundi Kuala Terengganu. Diaraknya Ezam 6 Kotak ke sana ke mari. Macam macam. Bila sampai hari mengundi, UMNO/BN kalah. Kalah banyak pula tu.

UMNO/BN kalah di kawasan milik UMNO/BN. Macam mana tu? Kenapa jadi macam tu? Jawapannya sama macam Permatang Pauh. RAKYAT TOLAK UMNO DAN BARISAN NASIONAL.


PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN BUKIT GANTANG / DUN BUKIT SELAMBAU / DUN BATANG AI

Aku bertugas di Parlimen Bukit Gantang kerana PAS bertanding di situ. Aku tak pijak pun DUN Bukit Selambau. Hanya ikuti maklumat yang dipaparkan menerusi internet jer. Namun, aku yakin suasana di kedua dua tempat nih sama jer.

Di Bukit Gantang, apa yang UMNO dan BN tak buat ketika kempen? Tabur duit, buat. Bagi beras, buat. Bagi hamper, buat. Ugut pengundi, buat. Pukul petugas PAS, buat. Guna bomoh, buat. Kalau tak percaya, tanya PAS Tambun atau Malek UPU Kawasan JKR. UMNO dan Barisan Nasional buat pemujaan di keliling poster Ir Hj Nizar.

Beli petugas PAS terutamanya petugas daripada Kelab Penyokong PAS, buat. Macam macam UMNO buat. Paling aku tak tahan tu, bila ada petugas PAS Tambun dikejar oleh penyokong UMNO Kg Pak Darus semasa pacak buluh nak bina pintu gerbang di jalan masuk kampung tu. Lari lintang pukang dengarnya.

Lepas tu UMNO naikkan banner tulis SELAMAT DATANG KE KUBU KUAT UMNO. Kuatlah sangat. Dengan pertolongan Allah swt, UPU Kawasan JKR yang merangkumi Kg Pak Darus, PAS menang.

Di UPU Kg Larut Tin pun sama. Penyokong UMNO yang terdiri daripada samseng samseng taik kucing kepung petugas PAS di tengah tengah padang di kampung tersebut hampir tiga jam semata mata nak halang ceramah yang bakal dihadiri oleh Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan Pakatan Rakyat.

Memang sakit jiwa masa tu. Takut pun ada tapi jafi makin berani bila samseng samseng tadi makin agresif ala ala babi hutan beranak kecil.

Kampung Larut Tim nih memang UMNO sangat kuat. PAS tak pernah menang dan orang PAS yang terdapat di kampung tersebut memang takut sangat dengan babi babi hutan yang berkeliaran di kampung tu.

Ketua Cawangan PAS Larut Tin pun tak berapa yakin bila aku dengan Ust Wan Termizi Tambun nak buat ceramah di rumah dia. Dia takut orang tak datang. Aku kata takper. Aku dengan Ust Wan Termizi akan ceramah kepada tiang dan pokok. Hj Mail pandang aku atas bawah. Dia memang tak yakin. Aku dengan Ust Wan Termizi ceramah juga !!!! Relax jer.

Kg Larut Tin nih tinggalkan banyak kenangan kepada aku. Nak ceramah pun kena berebut PA system dengan Amiruddin Nasution. Sehari 3 4 kali bertekak. Sampai keluar air mata aku dengan dia. Dia kata PA system tu UPU Kawasan JKR punya. Kalau UPU Kampung Larut Tin nak buat ceramah, cari PA system lain. Mana aku tak hangin satu badan.

Bila keluar keputusan pengundian, PAS menang di UPU Larut Tin. Menang di semua saluran termasuk saluran satu. Inilah yang dinamakan perancangan Allah swt.

Bila keluar keputusan pengundian, PAS menang besar di Bukit Gantang !! Bukit Selambau pun menang besar juga walaupun UMNO/BN taja calon bebas sampai 15 orang.

Kenapa jadi macam tu? Jawapannya mudah. Sama macam Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Rakyat dah nak muntah dengan gelagat hamlau UMNO dan Barisan Nasional.

Tak adil pula rasanya jika aku tak sentuh pilihanraya kecil di DUN Batang Ai di Sarawak. BN menang besar tapi apa nak diherankan kalau BN letak badak sumbu pun badak sumbu tu boleh menang. Maklumat tentang perkembangan semasa memang tak sampai ke sana. So, faham faham sendirilah macam mana skop pemikiran pengundi di sana apabila tak dapat maklumat secukupnya.


PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI

Mula mula UMNO adalah pihak yang paling tergedik gedik minta Sdra Fairus meletakkan jawatan kononnya untuk ketelusan. Bila Sdra Fairus dah letak jawatan, UMNO kata mungkin UMNO tak akan bertanding. Gila babi ker aper nih?

Macam yang aku ulas kat atas tu aku rasa ada benarnya. Sebenarnya, UMNO takut untuk bertanding lagi kerana sukar untuk menerima kekalahan demi kekalahan.

Permatang Pauh milik PKR selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PKR berjaya pertahankan kemenangan.

Kuala Terengganu milik BN selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PAS berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada UMNO/BN.

Bukit Gantang milik PAS selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PAS berjaya pertahankan kemenangan.

Bukit Selambau milik PKR selepas Pilihanraya Umum Ke 12, UMNO/BN kalah dalam pilihanraya kecil. PKR berjaya pertahankan kemenangan.

Batang Ai milik BN selepas Pilihanraya Umum Ke 12, PKR kalah dalam pilihanraya kecil. BN berjaya pertahankan kemenangan.

Apa maksud semua keputusan pilihanraya kecil ini? Mudah. UMNO dan Barisan Nasional dah jadi bahan muntahan pengundi.

Keimpulannya, beranikah UMNO dan Barisan Nasional membubarkan DUN Perak dan mengadakan semula pilihanraya di semua DUN di negeri Perak? Jawapannya, BERANI JIKA ZAMBRI DAN NAJIB ADA TELOQ.

No comments:

Post a Comment