Friday, November 13, 2009

PMBK - SIAPA YANG LEBIH BERHAK MEMBUAT KEPUTUSAN DI ANTARA IR ARIFAHMI DAN HUSAM MUSA



Pertama - Kickdefella pada awalnya marah marah dengan CEO PMBK kerana memecat beliau. Beliau menuduh CEO PMBK sebagai penghalang kepada setiap urusan beliau dan logik itulah yang beliau gunapakai bagi menghalalkan tindakan beliau tidak masuk pejabat bertahun tahun walaupun yang sebenarnya Ir Arifahmi dilantik menjadi CEO PMBK belum pun sampai setengah tahun.

Persoalan dan renungan, kickdefella start tak masuk pejabat sejak sebelum Ir Arifahmi menjadi CEO PMBK lagi. Bukan baru dua tiga bulan nih jer.


Kedua - Setelah mengancam untuk melakukan "pendedahan" tentang apa yang kickdefella sebut sebagai "penyelewengan Ir Arifahmi", semalam beliau sendiri menunjukkan "keengganan" beliau untuk mendedahkan "pendedahan" itu.

Persoalan dan renungan, "ancaman" kickdefella itu berfakta atau sekadar hearsay? Tujuan beliau mengadakan sidang media di hadapan bangunan PMBK itu bertujuan untuk membersihkan namanya ataupun bertujuan untuk memburukkan dan membusukkan CEO PMBK?


Ketiga - Kickdefella mendedahkan bahawa beliau bukan berkhidmat dengan PMBK tetapi beliau berkhidmat dengan Husam Musa walaupun PMBK yang membayar gajinya.

Apabila gajinya dibayar oleh PMBK, maka ketaatannya adalah kepada CEO PMBK dan bukannya kepada mana mana Exco termasuk Husam Musa.

Persoalan dan renungan, siapakah yang mentadbir PMBK? CEO PMBK atau Husam Musa?

Sebenarnya, Husam Musa has nothing to do with PMBK and PMBK has nothing to do with Husam Musa. Itu hakikat. Namun, sejak lama dulu, tangan tangan Exco itu telah menjadi tangan tangan ghaib dan ajaib di belakang PMBK.

Exco itu bebas membawa masuk sesiapa juga untuk berkhidmat di PMBK. Bekas CEO PMBK yang dibawa masuk oleh Husam dan akhirnya di"titik" oleh Husam sendiri mungkin boleh mengesahkan hal ini.

Apa tujuan Husam sebenarnya? Tentulah mahu menguasai PMBK daripada "dalam gelap" dengan menggunakan proksi proksi yang "dibelanya" di PMBK. Antaranya adalah kickdefella.

Apabila pengambilan pegawai ini dilakukan oleh tangan tangan ghaib Husam Musa, maka tentulah perlantikan tersebut bukan berdasarkan merit. Perlantikan yang berlaku adalah berdasarkan faktor keakraban dan faktor sejauh mana individu itu boleh menjamin "masa depan" dan "penguasaan" Husam Musa ke atas PMBK.

Apabila Ir Arifahmi dibawa masuk ke PMBK, dari COO menjadi CEO, maka penguasaan Husam Musa hanya tinggal angan angan. Lebih lebih lagi, apabila kaedah menyamun beliau dengan menggunakan jampi "Tok Guru nak" sudah tidak mujarab lagi.

Maka, dilancarkanlah kerja kerja jahat Exco terbabit menerusi kickdefella yang bersedia untuk ditunggang pada bila bila masa sahaja oleh tuannya.

Untuk pengetahuan umum, kiskdefella bukanlah satu satunya hantu raya yang dibela oleh Exco terbabit. Pihak kami difahamkan hantu hantu raya yang lain juga sedang berkeliaran kerana dulu bekalan telur untuk hantu raya belaan Exco ini dibekalkan secukupnya tetapi sekarang tidak lagi.

Hantu hantu raya ini sifatnya taat apabila bekalan telur mencukupi dan akan membaham tuannya apabila bekalan telur berkurangan.

Buktinya, hantu raya yang bernama kickdefella. Tanpa sebarang angin dan ribut, tak semena mena, beliau tiba tiba mengakui beliau berkhidmat kepada Husam Musa. Kenapa jadi begitu? Kerana sifat tuannya yang sudah biasa membiarkan hantu raya belaannya mati kering apabila terkantoi.

Buat kickdefella, anda mungkin bukan spesis hantu raya yang saya maksudkan. Anda mungkin hanya spesis zombie kampung pisang yang masih mampu dipulihkan seperti mana yang digambarkan oleh Mamat Khalid di dalam karyanya.

Ayuh kickdefella !! Bangun dan dedahkan bahawa dirimu hanyalah kambing hitam yang akan dikorbankan bagi menyelamatkan tuanmu itu. Bukankah niatmu untuk menjaga maruah TG Hj Nik Aziz, maruah negeri Kelantan dan maruah Islam? Inilah masanya.

Dedahkan "siapakah" Husam Musa di PMBK dan dedahkan kerja kerja jahat Husam Musa di PMBK demi mengembalikan maruah dirimu. Kickdefella, maruahmu bukan berada di bawah tapak kaki Husam Musa.

Ayuh !! Bangun !! Bersihkan maruah dan namamu !!


4 comments:

  1. Salam Pemburu Syahid. Ana rasa untuk kebaikan PMBK sendiri, ada baiknya Arif Fahmi pun direhatkan atau ditukarkan ke badan2 yang tiada kaitan dgn TGNA. Bukan nak ckp Arif Fahmi buat kerja tak betul atau tak. Tapi untuk mengelak isu seperti isu Pak Lah-KJ akan timbul. Memanglah TGNA dan Arif Fahmi tak serupa dgn Pak Lah dan KJ, tapi situasinya sama. Menantu kerja dalam pejabat yg penaungnya Ketua Pemerintah. Akan ada orang berkata dan berprasangka (sudah ada pun). Kalau kita nak ckp peduli apa org cakap, janji kita buat kerja betul pun tak blh juga. Tetap nampak seolah-olah Arif Fahmi naik disebabkan mertua dan blh pengaruhi mertua dlm setiap keputusan. Ada baiknya TGNA pilih org luar yg berkelayakan utk tadbir PMBK, manakala Arif Fahmi mentadbir bahagian lain yang tiada/kurang kaitan dgn TGNA. Cuma pandangan ana. Jangan kita letakkan diri kita dalam keadaan mudah difitnah.........Wallahua'lam

    ReplyDelete
  2. Secara dasarnya, ana bersetuju dengan pandangan anta.

    Namun, jika diteliti keadaan semasa sekarang nih, jika pengunduran itu berlaku sekarang, maka "persepsi" ramai akan mengatakan "memang ada penyelewenganlah tu".

    Jadi, kita biarkan SPRM menyelesaikan penyiasatan terlebih dahulu dan kita biarkan sahaja kickdefella dedahkan apa yang beliau namakan sebagai "pendedahan penyelewengan arifahmi".

    Then, bila semuanya dah selesai, mayube Ir Arifahmi akan berundur. Saper tahu, kan?

    ReplyDelete
  3. sikap penulis amat tidak profesional. kalau betul tahu husam punya angkara, buat laporan kpd pihak yg sepatutnya. kenapa nk memburkkan orang tanpa bukti. setakat nk cakap ikut hati, sapa2 pun boleh. tapi ntah benar atau tidak. ingatlah balasan hari akhirat. pemfitnah akan dihukum walaupun kita mengatakan pejuang islam walhal kitalah yang rosakkan perjuangan islam. munafiq..

    ReplyDelete
  4. Tunggu dan lihat.

    Abih tu yang ko selindung di sebalik ANON tu...pro ker?

    Kata dulang paku serpih....

    ReplyDelete