11 SEBAB MENGAPA ANNUAL BAKRI PATUT DIGUGUR DARI MENJADI SETIAUSAHA POLITIK TOK GURU NIK AZIZ
Artikel ini sebenarnya bertujuan untuk mencari punca sebenar dan penyelesaian Kemelut dalaman politik PAS kelantan yang sentiasa berlaku dari masa ke semasa di bawah kepimpinan Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan.Walaupun sudah hampir 20 tahun PAS memerintah Negeri kelantan di bawah kepimpinan TGNA Kita melihat sentiasa ada krisis dalaman samada kecil atau besar yang sentiasa menganggugugat dan menjejaskan pentadbiran TGNA yang sedikit sebanyak ianya menjadi isu besar yang dimainkan oleh pimpinan UMNO kelantan untuk melemahkan dan menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.
.
Hasil dari kajian mendalam dan maklumat yang kami terima daripada orang ramai, pegawai-pegawai Kerajaan dan Exco-Exco, punca permasalah sebenar yang membawa kepada kemelut-kemelut yang sentiasa berlaku di dalam Kerajaan PAS Kelantan umumnya dan pentadbiran TGNA khasnya ialah SETPOL kepada TGNA sendiri iaitu Saudara Annual Bakri Haron.
.
Antara maklumat-maklumat sahih yang kami terima mengenai SETPOL MB Kelantan ini adalah seperti di bawah.
1.Memalukan Tok Guru kerana pernah ditampar oleh bekas Ketua Cawangan UMNO Bunut Payong, Cikgu Kadir, di dalam satu majlis kenduri di Bunut Payong kerana menyebut bahawa cikgu itu perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kejadian ini menyebabkan penduduk Kampung Bunut Payong memulaukannya dan memaksa dia berpindah rumah ke Kampung Kota. Mana ada Setiausaha Politik lain yang pernah ditampar oleh orang kampung? Dan tidakkah mengkafirkan orang lain menjadi kesalahan di sisi agama daan undang-undang? Tak percaya tanyalah Cikgu Kadir sendiri, no telefonnya 012-9301521.
3.Bergaduh dengan anakanda Tok Guru, Ustaz Nik Abduh, kerana takut pengaruh Ustaz Nik Abduh ke atas Tok Guru melebihi pengaruhnya. Selain dari salah seorang Exco, dialah yang Ustaz Nik Abduh gelarkan sebagai pembantu ayahandanya yang sesat di dalam blognya dulu. Siapa sahaja yang dirasakan boleh mengancam penguasaan totalnya ke atas Tok Guru akan dicantas olehnya, tidak kiralah mereka itu kawan-kawan sepejabatnya atau kaum keluarga Tok Guru sendiri. Padanya Tok Guru hanyalah miliknya seorang sahaja, bukannya milik orang parti atau kaum keluarga Tok Guru sendiri.
4.Sering tidak menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik, tapi menggunakan kedudukannya untuk kepentingan dirinya dan untuk mempopularkan dirinya sebagai penyajak dan penulis. Menubuhkan sebuah syarikat penerbitan menggunakan nama penanya sendiri (anbakri publications). Mana ada Setiausaha Politik lain yang menubuhkan syarikat penerbitan sewaktu masih memegang jawatan Setiausaha Politik. Apakah ini tidak menyalahi tatatertib perkhidmatan?
5.Memberikan gambaran salah masyarakat kepada Tok Guru melalui tulisan-tulisannya yang caca merba tanpa fikrah yang jelas tetapi menggunakan nama Tok Guru. Tidak mempunyai asas didikan agama yang kuat tapi berlagak lebih Islam dari mereka yang bergelar Ustaz. Tidak menghormati Tok Guru dengan hanya menulis “Nik Abdul Aziz” tanpa sebarang gelaran sebagai tajuk buku-bukunya. Imejnya yang selekeh dengan rambut yang panjang dan berserabut tidak bersesuaian dengan imej Tok Guru sebagai MB dan Mursyid Am PAS.
6.Menjatuhkan maruah Tok Guru dengan menjual sendiri buku-bukunya kepada orang ramai dan memaksa Perhubungan PAS Negeri, agensi-agensi kerajaan seperti SEDC atau orang-orang korporat yang rapat dengan Tok Guru membeli buku-bukunya kononnya di atas arahan Tok Guru. Keuntungan dari jualan buku-bukunya itu masuk ke dalam poketnya sendiri. Apakah ini tidak satu akhlak yang sesuai bagi Setiausaha Politik Tok Guru?
7.Terlalu lama menjadi Setiausaha Politik Tok Guru berbanding Setiausaha Politik Tok Guru yang lain. Cikgu Wan Rahim menjadi Setiausaha Politik Tok Guru selama empat tahun sahaja (1990-1994). Haji Husam pula menjadi Setiausaha Politik Tok Guru selama enam tahun sahaja (1994-1999). Tapi dia menjadi Setiausaha Politik Tok Guru sudah sepuluh tahun (dari 1999 sampai sekarang), seolah-olah tiada tokoh lain di dalam PAS Kelantan untuk menjadi Setiausaha Politik Tok Guru.
8.Sering memberikan nasihat politik yang salah dan tak seiring dengan kehendak parti kepada Tok Guru. Ini kerana dia bukan orang parti tapi pegawai tadbir kerajaan pusat (Kementerian Kewangan) yang diimport masuk ke Pejabat MB oleh salah seorang yang bergelar Exco sekarang ini. Cikgu Wan Rahim dahulu adalah Setiausaha Perhubungan Negeri. Haji Husam pula waktu itu adalah Ketua Pemuda PAS Negeri. Jadi mereka tahu kehendak parti.Dua orang SETPOL sebelum ini ( Husam & Cikgu Wan Rahim) telah diangkat oleh parti dan rakyat menjadi YB di kawasan masing- masing setelah tamat menjadi SETPOL TGNA, tapi tidak dengan Annual Bakri . ini adalah kerana sikapnya dan lagaknya yang tidak sesuai menjadi orang politik dan tidak disukai komuniti politik PAS Kelantan. Jadi penyajak kampung dusun boleh laaa.
9.Tidak mempunyai perhubungan yang baik dengan orang-orang parti kerana sikapnya yang ego. Sering menghalang orang-orang parti atau orang-orang lain yang mahu menemui Tok Guru dari berbuat demikian tanpa sebab yang nyata. Suka mencantas pemimpin veteran, contohnya Ustaz Halim Rahman. Menggunakan bahasa Inggeris dan ayat-ayat berbunga sewaktu berkomunikasi dengan orang-orang parti dan orang-orang kampung.
10.Oleh kerana dia dibawa masuk ke Pejabat MB oleh salah seorang Exco , maka tindak-tanduknya sebagai Setiausaha Politik Tok Guru adalah untuk menjaga kepentingan Exco berkenaan bukan untuk menjaga kepentingan Tok Guru. Bukan juga untuk menjaga kepentingan parti kerana dari dulu sampai sekarang dia tahu dia tidak disukai oleh kebanyakan orang parti. Adalah menjadi kebiasaannya untuk berulang alik dari pejabat TGNA ke pejabat Exco itu untuk melaporkan perkembangan terkini hasil dari perbincangan dengan TGNA. Selepas itu rancangannya akan berjalan hasil dari maklumat rahsia yang keluar dari mulut TGNA demi kepentingan Exco itu dan kroni-kroninya.Dalam masa yang sama Exco-Exco lain juga berhak mendapat maklumat seperti Exco itu tetapi dinafikan secara total.
11.Suka mengambil kesempatan program kerajaan dan parti untuk menonjolkan diri sebagai penyajak ulung di abad ini.Pernah seketika jawatankuasa perakan meluat dengan sikapnya yang mengambil peluang untuk bersajak selepas ucapan kemuncak TGNA pada program perjumpaan di hotel nikko kuala Lumpur.Yang kelakarnya semasa dia bersajak hadirin semua bangun keluar dari dewan kerana frust anti klimaks yang dibuat oleh Annual selepas semangat balik mengundi berjaya dibangkitkan oleh TGNA dan penceramah sebelumnya.Begitu juga dengan program pembelaan palestin di stadium,yang mana beliau mengambil kesempatan untuk bersajak tak kena tempat dan menghuraikan ayat-ayat Alquran yang dibaca oleh qari jemputan. Para ustaz dan ulamak yang hadir pada malam itu menyatakan pekara tersebut tak sepatutnya berlaku dalam majlis tersebut.mungkin kerana keghairahannya (naik syekh ) melihat hadirin yang ramai beliau terus meminta microfon dari pengerusi majlis dan menyampaikan sajak tanpa menghiraukan hadirin yang meluat dengan perbuatannya itu.
SUMBER : www.pinkturtle.wordpress.com
ps,
ReplyDeletetak sangka saya anda sanggup menghayunkan kapak yang sepatutnya disimpan dalam setor baik2.
padanlah anda memilih nama 'pemburu syahid', rupanya 'syahid' itu sama seperti binatang buruan yang sentiasa akan melarikan diri dari pemburu2.
selamat memburu!
Sumber pinkturtle susah nak pakai.... kepentingan individu tertentu....
ReplyDeletebaik siasat dulu....
hussin...thanks. Ana akan terus memburu. Ana guna kapak jer. Penarikbeca guna bazooka. Hussin ada tegur dia tak?
ReplyDeleteANON 8:58...rasanya anta lebih dulu kenal pinkturtle kot?
Salam ps..
ReplyDeleteuntuk makluman artikel sebenar yang ni datangnya dari blog 'thehiddentruth.blogspot.com' yang dipaste dlm kerabu bersuara kalau tak silap ambo sebulan atau lebih lama dari itu. blog ni khusus menyerang setpol tok guru yang ini. tapi sekarang ni blog ni tak dapat dikesan atau mungkin ambo silap type dah...
ye la ada setengah isi tu ambo rasa memang betul tapi tak tahulah..kena banyak berfikir le..jika benar seperti di kata maknanya tok guru kena bersiap dapatkan setpol yang baru la...dan tempiasnya juga kena pada husam kerana di katakan husam yang memperkenalkan dia kepada tok guru....wallahualam
ps,
ReplyDeleteteguran selalunya diberi oleh orang yang 'sayang' pada kita, tak gitu?
Yer hussin. Sebab tu ana siarkan semua komen krn ana yakin maybr hari ni komen komen itu tidak ada nilai kpd ana tetapi di masa depan mungkin berguna.
ReplyDeletePS, aku cari kat pink turtle tak ada pun ??
ReplyDeleteKau boleh tolong bagi link yang sebenar tak ??
Tolong Ye ..
Ana dah cari di blog pinkturtle pun dah takde artikel nih.
ReplyDeleteBersikap terbukalah kita dengan persekitaran. jangan di copy paste sahaja tampa menilai dahulu satu2 artikel itu. Ahli2 PAS sekarang 80% adalah professional, mereka jenis yang bukan terus menghukum tapi terlebih dahulu menilai.
ReplyDeleteSemua fakta2 diatas adalah fakta lapuk dan tidak berasas. sayang jika PAS akan jatuh di sebabkan org seperti saudara dan sekutu2 saudara.
Lapuk pada anda bukan bererti lapuk pada orang lain.
ReplyDeleteTidak berasas pada anda bukan bererti tidak berasas pada orang lain.
Profesional menilai sebelum menghukum - adakah anda turut memberikan teguran yang sama kepada kickdefella?
So, tanya diri anda....anda termasuk dalam kelompok profesional seperti yg anda maksudkan atau berada dalam kelompok profesional yg perasan dia sahaja yg profesional.
Wallahu a'lam.
apa kata kalau kita beri aje post setpol ini kpd p.s. kita tengok ape nak jadi???? sesat atau tidak... suruh nik abduh tolong nilaikan. kasi sebulan aje.
ReplyDeleteYer ker nak bg aku jadi setpol Tok Guru? Ko saper nak lantik aku? Apsal ko tak lantik diri ko jer? Bengong.
ReplyDeleteSalam Pemburu Syahid
ReplyDeleteTeruskan niat baik anda tu demi keutuhan jemaah.
Sudah jadi fitrah alam bagi orang-orang yang berjuang demi kepentingan peribadi. Bila menuduh, memaki, menyalah, memfitnah orang lain, mereka ini tak pulak sibuk menyediakan bukti, bercakap dengan berakhlak, berpandukan iman. tak fikir pulak pasal profesional atau tak. semuanya pakai hentam.
tapi jika mereka ini sendiri dihentam, dibantai, mulalah bertanya, mana bukti, mana iman, mana akhlak islam, mana profesional.
Kalau dah kena pada batang hidung sendiri, semuanya tak betul, tapi kalau menghentam orang lain, masya Allah.
Kepada Pemburu Syahid, jgn takut dgn orang seperti ini, mereka hanya menjaga pemimpin-pemimpin mereka yg memberi kepentingan kepada mereka.
Tak perlu di klasifikasikan profesional atau tidak, kerana matlamat kita hanya 1 menegakkan syiar islam di bumi msia.
ReplyDeletesaya hanya termasuk dlm kelompok pendokong perlembagaan PAS. yang benar tetap benar yang bathil tetap bathil. kita dikurniakan akal oleh AzzawajaLla, oleh itu guna kan untuk menilai sebaiknya.
Mengenai Kickdefella, apa yang di utarakan oleh beliau berhujjah & berfakta dan tidak secara sembrono.
bersikap rasional lah. jangan taksub dengan apa2.
BTW pembaca blog ini makin mengenali saudara bila saudara membalas komen dengan emosi sebegitu
Pemburu Syahid said...
Yer ker nak bg aku jadi setpol Tok Guru? Ko saper nak lantik aku? Apsal ko tak lantik diri ko jer? Bengong.
apa kata tok guru lantik je si pemburu ni jadi setpol..dia banyak strategi
ReplyDeletePink Turtle sudah insaf dan minta maaf pada Haji Anual Bakri. Hang nak tanggung ke dosa meneruskan fitnah ni?
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaya tak pasti tentang perkara2 lain tapi tang bersajak kat hotel nikko tu, saya mmg hadir masa tu. Perakan yg anjurkan sbg kempen balik mengundi. Tapi takde pulak org tinggalkan tempat masa dia bersajak sbb masa tu sesape yg tinggalkan tempat masing2, alamatnya tak dapat masuk balik dewan sbb dewan mmg penuh sgt2. Saya berdiri di tepi stage masa tu so clear view hingga ke belakang. Masa tu Dato Husam pun bg speech.
Pertama - Hanya orang yang gila jawatan jer yang sibuk mempromosikan orang itu dan orang ini.
ReplyDeleteKo jer lah yang jadi setpol Tok Guru.
Kedua - Yer ker si pinkturte tu dah minta maaf kepada Hj Anual?