Sunday, December 13, 2009

BLOG INI BERSEDIA UNTUK MEMOHON MAAF SECARA TERBUKA JIKA ARIFAHMI TERBUKTI BERSALAH



Blog ini dihentam teruk kerana melibatkan diri dalam kemelut yang melanda Kelantan dalam beberapa ketika yang lalu.

Ada yang kata blog ini lebih sudu dari kuah. Ada yang kata blog ini telah dibeli. Ada yang kata blog ini telah menggadaikan maruahnya.

Ada yang kata blog ini telah lari dari matlamat asalnya. Ada yang kata blog ini telah dipergunakan dan diperkudakan oleh Arifahmi.

Ada yang kata blog ini menabur fitnah. Ada yang kata blog ini memecahbelahkan PAS. Ada yang kata blog ini anti Husam. Ada yang kata blog ini menyiarkan artikel tanpa guna otak.

Ada yang kata blog ini hanya menyiarkan maklumat hearsay. Ada yang kata blog ini agent UMNO. Ada yang kata blog ini penyokong UMNO.

Macam macam.

Ana redha dengan semua tuduhan dan label label itu. Bukan bereti ana suka dilabelkan begitu tetapi ana memilih untuk meraikan perbezaan di kalangan kita.

Pada ana, ana pegang satu sahaja - Allah Maha Mengetahui.

Setakat ini, ana meyakini Arifahmi masih di pihak yang benar walaupun sukar untuk beliau bernafas kerana lubang udara yang ada hampir kesemuanya telah ditutup.

Blog ini bersedia untuk memohon maaf secara terbuka kepada semua yang terlibat sekiranya sah lagi sahih Arifahmi bersalah. Namun, sebelum itu, buktikanlah Arifahmi itu benar benar bersalah.

Bukan soal menang atau kalah. Bukan juga soal mengejar rating. Bukan juga soal dibeli atau dilacurkan. Soalnya, ruang perlu disediakan untuk berforum. Itu sahaja.

Wallahu a'lam.

11 comments:

  1. Salam, sdare, kbykn yg menegur sama ada scra krs atau baik adlh demi kebaikan sdare. Org rmai tkkn mempersoalkn jika saudara memperthnkn sesuatu demi kebaikan jamaah. Tp bila saudara cb memperthnkan individu n menghentam individu yg lain, kredibiliti sdare agk terjejas. Malah cdgn spya AF bukak blog sdri demi memperthnkn dri beliau perlu di timbangkn scra serius.

    Jikalau tok guru sdri blh bukak blog utk luahkn ape sj yg beliau inginkan, mengapa tidak AF lakukn yg sm. Isteri beliau pn blh tumpang sm. Nk update blog bknla perkara yg ssh. Sesibuk mn pn AF, lps dinner tu, tkkn tk blh luang 30 min dpn laptop utk jwb blk sgla tohmahan. DLm isu ini, lbh byk AF diam lbh byk tohmahan br yg akn timbul. Kn lbh bgs belaiu jwb sdri drpd melalui org lain. Nti tkde la org rmai tuduh sdare sbgai blogger upahan. Sdare plak blh stkt ulas artikel AF nti. Hrp dpt sdare smpaikn kpd AF..

    Teguran ikhlas drpd sy.. Wassalam..

    ReplyDelete
  2. Apa dipihak yang benarnya? Boleh tolong explain sikit?
    Hang buat survey random 10 orang AJK Pemuda Kelantan utk dapatkan opinion. Itu sudah cukup le.

    ReplyDelete
  3. saya betul2 kesian dgn saudara...

    ReplyDelete
  4. bro pS:

    org hentam hang sebab hang bukan sebab hang bela ariffahmi.
    hang nak bela dia takder masalah..

    dan kalau hang nak hentam kicdefella kalau hang tak setuju dgn kicd pon takder masalah.

    TP org akan menyampah kalau hang fitnah2 org2 lain lagi dlm tulisan hang dlm memebela arifdahmi tersebut.
    dan dlm masa yg sama hang hentam- hang pon tak bg BUKTI-- takder bukti-- so mane org nak percaya-- dan yg lebih teruk lagi org yg hentam tuh pulak, TGNA puji -- TGNA tak kata ape-- takkan kita nak buat kesimpulan hang lebih TAHU dan lebih cerdik dr TGNA..

    itulah sebab kami hentam hang.... sebab hang sudah melampau ape yg TGNA buat- dlm erti kata lain hang lawan TGNA secara tidak langsung juga..

    Ade phm???..

    ReplyDelete
  5. Setelah mengikuti saynotomunafiqeen, aku membuat kesimpulan berikut:
    AF sangkakan puak UG akan sokong dia kalau dia kutuk Husam. Diapun cuba cantas semua yang rapat dengan Husam termasuk Kick. Diapun juga bagi banyak maklumat kat Pink Turtle tentang 'keburukan' Husam. Pink Turtle pun bagi kat PS. Pink Turtle tak mahu jadi pak sanggup. PS yang jadi pak sanggup dengan menyiarkan serangan kat Husam. Sampai satu peringkat Pink Turle dah fed-up dengan AF. Jadi AF terpaksa bagi maklumat langsung kat PS. Aku tak tahu le bagaimana keadaan sekarang ini.
    Yang aku pernah dengar, puak UG kata AF bodoh. Puak erdogan pula beranggapan dia Agah. Jadi terpaksa pula AF bergantung kat mertua. Pertahankan keputusan mertua katanya. Tak ada orang lain boleh bawa misi mertua. Menentang perlantikannya makna tidak wala' kat mertua.
    The story goes on. Aku sedang menunggu apakah ending kisah ini.

    ReplyDelete
  6. Dalam hal ini, UMNO yang salah..

    ReplyDelete
  7. ha...bagusla kalo ko dah sedar pemburu syahid oi. jangan sebab taksub awal2 lagi ko dah defend AF. Allah ckp "In jaakum fasikun binabain fatabaiyanu..." tu caranya..bukan men hentam xtahu hujung pangkal...k,tingkatkan kredibiliti mantapkan integrasi

    ReplyDelete
  8. http://g-82.blogspot.com/2009/12/kenapa-ariffahmi-nafikan_14.html

    ReplyDelete
  9. Pertemuan itu ana tak tahu dan tak minat nak amek tahu.

    Presiden kata STOP. So, fullstop.

    ReplyDelete