Wednesday, December 9, 2009

DI MANAKAH MAHFUZ OMAR..............



Artikel di bawah nih adalah luahan perasaan seorang teman yang bukan ahli PAS tetapi amat mengasihi Tok Guru Hj Nik Aziz.

Beliau bergiat dalam PAS tetapi sampai sekarang PAS tak tahu pun dia nih bukan ahli PAS. Bukan kerana dia tak mendaftar sebagai ahli tetapi dah berpuluh kali isi borang PAS tetapi sampai sekarang tak tahu apa jadi dengan borang borang yang telah beliau isi itu.

Nih emailnya.


Salam PS,

Ana sekadar nak luah perasaan dan kemusykilan yang terbuku di hati tentang dua tiga kerat pimpinan PAS yang
seperti yang semua sedia maklum - terlalu mesra media atau dalam bahasa kasarnya terlalu gila mikrofon.

Jika diperhatikan, terdapat dua pimpinan kanan PAS yang mempunyai sikap demikian iaitu Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Ybhg Ustaz Datuk Hj Harun Taib dan Naib Presiden PAS Dato Hj Mahfuz Omar.

Setiap isu yang timbul mengenai PAS, wartawan pasti akan menghulurkan mikrofon kepada dua pemimpin ini dan dua pemimpin ini akan bercakap dengan penuh lancar dan galak tetapi tidak dengan kebijaksanaan berpolitik.

Mulut mereka akan lancar berbicara dari A sampai Z dan langsung tidak memikirkan adakah penjelasan mereka itu akan memberikan implikasi kepada PAS.

Syukur kepada Allah yang diantara sifat-Nya Maha Penyayang dan Maha Mengasihani kerana telah mewujudkan kebijaksanaan dalam berbicara kepada Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dalam beberapa isu kebelakangan ini.

Dia antaranya, isu Kolonel Mat dan isu doa pecah perut. Nampaknya, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat telah pandai memilih isu yang mana yang boleh dibuka kepada media dan yang mana yang perlu dijelaskan secara dalaman.

Tahniah kepada Ybhg Ustaz Datuk Hj Harun Taib.

Pimpinan PAS di Kelantan juga sudah menunjukkan sedikit kebijaksanaan dalam berhadapan dengan media selepas insiden Ustaz Hj Nik Ammar termuntahkan isu namakan pengganti Tok Guru di Kelantan.

Ertinya, masing masing sudah mula sedar tentang kewajipan menjaga rahsia jemaah supaya tidak diambil kesempatan oleh musuh.

Malangnya, seorang lagi Naib Presiden PAS yang amat friendly kepada semua masih gagal mewujudkan kebijaksanaan dalam berhadapan dengan provokasi media. Apa sahaja yang media hidangkan pasti beliau akan santap dengan penuh berselera.

Sepatutnya beliau mencari jalan supaya isu ini dimatikan di mata media dan mencari jalan supaya isu ini diselesaikan secara segera di peringkat dalaman parti tanpa ada yang menyedarinya.

Ibarat kata bidalan Melayu, menarik rambut dalam tepung, tepung tidak berselerak dan rambut tidak putus. Mungkin beliau agak sukar untuk memahami bidalan ini kerana darah Pakistan yang menjalar segar ditubuhnya itu.

Yang terkini, beliau secara terbuka mahukan Arifahmi yang sudah terkenal seantero dunia itu untuk meletakkan jawatan segera supaya isu di Kelantan dapat diselesaikan.

Sedarkah beliau bahawa isu itu sudah didiamkan dan api fitnah itu sudah semakin malap? Apa perlunya untuk beliau menyimbah petrol ke atas isu itu? Apa tujuan beliau?

PS, pada ana, walaupun beliau bercakap di atas kapasiti sebagai seorang Naib Presiden PAS, namun pandangan beliau itu hanyalah pandangan peribadi dan sangat tidak friendly dalam konteks menjaga kerahsian jemaah.

Ini berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh seorang lagi Naik Presiden PAS iaitu Hj Sallahuddin
Ayub yang lebih gemar membicarakan permasalahan parti menerusi pendekatan dalaman berbanding media.

Malah, Hj Sallahuddin Ayub lebih bijaksana dalam berhadapan provokasi media berbanding Dato Hj Mahfuz terutamanya dalam soal menjaga kerahsiaan parti.

Jarang sekali kita mendengar Hj Sallahuddin memberikan pandangan peribadinya kepada media. Malah, pernah beliau secara terus terang enggan menjawab soalan media kerana parti belum membuat keputusan dalam hal yang diajukan tersebut.

Nah ! Inilah sikap bijaksana dalam berpolitik. Bukannya mewujudkan peluru supaya parti dan jemaah terus dihentam bertubi tubi oleh pihak musuh.

Sekarang Dato Hj Mahfuz sudah menyediakan peluru kepada pihak musuh untuk kembali mengkeronyok Tok Guru yang kita sama sama kasihi itu.

Sepatutnya, selaku Naib Presiden PAS, Dato Hj Mahfuz sepatutnya tampil menjernihkan keadaan dan bukannya mengeruhkan kembali keadaan yang sedang menjernih itu.

Dato Hj Mahfuz sepatutnya bersuara sejak dulu jika benar benar mahu menjaga nama baik PAS dan kepimpinan PAS.

Di mana beliau ketika Tok Guru dituduh sesat? Di mana beliau ketika Tok Guru dituduh pemecahbelah ummah? Di mana beliau ketika Tok Guru dituduh memegang kunci syurga?

Di mana beliau ketika Hj Nizar dihentam bertubi tubi dalam soal lilin dahulu? Di mana beliau ketika Tok Guru dihina dan dikeji dalam soal tajaan haji? Di mana beliau ketika mana Ir
Khalid Samad berhadapan dengan isu kuil Hindu di Shah Alam?

Di mana beliau ketika YAB Ust Azizan berhadapan dengan isu perobohan pusat sembelihan babi di Alor Setar dulu?

Di mana beliau ketika isu pita rakaman Hassan Ali - Nasha - UMNO terkantoi dulu? Di mana beliau dalam persoalan pendedahan hasil postmortem kekalahan PAS di Terengganu 2004?

Di mana beliau dalam mengetengahkan hasil postmortem kekalahan memalukan PAS di Bagan Pinang? Di mana beliau dalam memperkatakan isu Kota Seputeh?

Pendek kata, dalam menghadapi saat saat genting sebegini, di manakah beliau? Di pihak A atau di pihak B atau di pihak PAS?

Atau, entah dimanakah pendirian beliau dalam perjuangan ini setelah beliau menang kembali di
Pokok Sena.

Saranan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Ybhg Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga adalah sangat relevan dalam menghadapi saat genting ini. Kita selaku orang yang berada di luar pentadbiran Kelantan perlulah menutup mulut dalam isu ini dan berilah kepercayaan penuh kepada Tok Guru untuk menyelesaikannya.

Janganlah kita ganggu dan usik ketenangan Tok Guru kerana beliau telah berada dalam dunia pentadbiran politik itu sejak tahun 1967 lagi sehinggalah sekarang secara non-stop berbanding Hj Mahfuz yang bertanding berkali kali dan hanya menang dua kali itu pun tidak secara berturut turut.

Bukan mahu merendahkan tetapi janganlah membuka ruang untuk anda dipandang rendah.

Kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, jadikan anda sebagai Jurucakap Rasmi PAS dalam berhadapan dengan media supaya anda tidak diovertake oleh bekas Ketua Penerangan itu.

Itupun jika anda mahu membuktikan anda adalah seorang Ketua Penerangan PAS Pusat yang tidak mandom.

11 comments:

  1. Salam, apa pasal mau tutup buku, sepatutnye sokong saranan YB mahfuz..daripada org main bisik-bisik and sosek...lebih bagi kata terus terang and AF perlu letak jawatan ASAP atau ambil cuti..jangan bersekutu dgn issue kroni and rasuah..

    ReplyDelete
  2. sy sgt bersetuju dgn pndgn sdare yg anta email tersbt. Bg sy, isu ini lbey krg sm aje mcm isu Nik Amar. W'pn Mahfuz attack Arif fahmi, tp tempiasnya adlh kpda tok guru. Bnda2 teknikal cmni tk ptt di upkan sbgai isu. Ape slhnya pegi bncg mcm yg di buat olh Salahudin Ayub. Igt pepatah lama, 'kerana mulut badan binasa'.

    ReplyDelete
  3. aku sokong pendapat dari email nie...

    ReplyDelete
  4. Baca rencana dalam the star. tgk apa yg ditulis tentang MP Salahudin Ayob

    Wednesday December 9, 2009
    Ariffahmi has to be a thing of the PAS-t
    ANALYSIS By JOCELINE TAN

    nstead of quickly quitting and making a fresh start elsewhere, Ariffahmi has been moving around trying to convince people that he is a victim of a conspiracy hatched by Syed Azidi and state exco member Datuk Husam Musa.

    Said PAS vice-president Salahud-din Ayob: “I ran into him a few nights ago. He was upset that our party’s national leadership had not listened to his side of the story before we asked Tok Guru to let him (Ariffahmi) go.

    “I told him we were not influenced by anyone or blogs. The situation in PMBK is a clear case of a conflict of interest because under the MACC Act, a son-in-law is considered a family member.”

    PAS MPs were among the most vocal when the MACC Bill was tabled in Parliament and some of them had used the controversy over Khairy’s role in Abdullah’s administration to insist that the Bill include sons and daughters-in-law in the definition of family. They feel deeply embarrassed and compromised now that the tables have been turned on them.

    “It‘s awkward when things like this happen. It puts us between a rock and a hard place especially the way the media has exploited the issue. All I can say is that the sooner Ariffahmi goes, the faster our recovery will be,” said Kuala Selangor MP Dzulkifli Ahmad.

    ReplyDelete
  5. Mahfudz, kau dengar baik-baik : ".....orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini,"
    Tuan Man kan anak saudara TGNA. Kau orang luar tak ada sangkut paut dengan keluarga dia orang tau!

    ReplyDelete
  6. Arifahmi....... Why you make it too difficult for us.... Please step down... all issues will be gone....

    ReplyDelete
  7. Salam, bg sy isu yg di bw mahfuz ade bnrnya. Tp mslh yg berbangkit kt cn adlh, nape mahfuz nk up kn kisah ini kpda press?? Mahfuz sbgai naib pres bley buat teguran scra dlmn dl.. Isu btl, tp cr nk up kn tu tk bp btl.

    ReplyDelete
  8. aku agreed dgn annon 11:36..
    ape yg mahfuz kata tuh betul dr segi urus tadbir bussiness yg professional.. cuma silap dia ckp kat press..itu silap....

    dan mcm kata salahudin- kes ni MCM melanggar akta SPRM yg baru...

    dan mcm kat dr zul-
    lagi cepat arifahmi pergi- lagi cepat settle issues dan recovery..

    dan sekali kita tegaskan yg kita tak kata ariffahmi buat salah itu ini..

    tp kita tgk dr segi contact undang2 SPRM yg baru dan perseption masyarakat dlm bg jawatn penting dlm kerajaan bila melibatkan keluarga.

    Kita semua sayangkan TGNA- sebab itu kita bg pandangan utk elakkan musuh mencemarkan nama baik TGNA dan pas..itu shj.

    ddan its normal utk seseorg manusia yg tak maksum utk melakukan kesilapan dan kekhilafan..tp yg terbaik adalah kita cepat memperbetulkannnya.. kalaupon tak silap tp kalau boleh membawa fitnah kita cepat2 utk tutpkannya dr terusan berlaku.. itu adalah terbaik..

    kalau tgk comment2 kat sini hampir semua adalah utk kebaikan pas..dan berfikirlah secara terbuka..

    ReplyDelete
  9. TG Nik Aziz dah reply ....
    direct kena batang idung mahfuz...

    Kata Nik Aziz, tindakan itu seolah-olah membuka lorong kepada pihak lawan berpesta atau mencuri peluang untuk menghentam parti sendiri.

    “Ucapan Datuk Mahfuz betul-betul memberikan peluang kepada Umno berpesta,” katanya sambil menegaskan, proses ke arah melepaskan jawatan sudah siap malah mengikut segala prosedur, dan sepatutnya tidak perlu dibangkitkan.

    Pada masa sama Nik Aziz turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya PAS Pusat meminta Ariffahmi menyegerakan peletakan jawatannya.

    “Tidak segera. Dia (Arifahmi) hanya diminta berundur. Segera atau tidak, dia (PAS Pusat) tak minta,” katanya.

    Isnin lalu Naib Presiden PAS itu menyebut bahawa perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK berbincang dengan ahli PMBK supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.



    ...........................................





    Nik Aziz anggap isu menantunya sudah selesai setelah pertemuannya dengan rombongan pimpinan PAS pusat tempoh hari.

    “Tetapi dia bercakap dengan umum juga, dia pandai-pandai. Itu tidak ada strategi,” katanya pada wartawan di pejabatnya.

    Nik Aziz berkata Mahfuz tidak perlu lagi mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak sepatutnya kepada media.

    Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen Rabu untuk mengulas polimek itu tidak berganjak dari pendiriannya.



    *** - semua orang pun sayangkan TG, sayangkan PAS, tapi tindakan terbuka macam nie, menunjukkan kita tak sayang PAS..tak sayang TG...
    -jejak awan...

    ReplyDelete
  10. mana mahfuzzzzzzzz?? cis, mahfuz bole mampusssssssss ler. ada akal tak pakai, cakap ikut sedap hati..... bile org cakap kau BODOhhhhhhhhh marah. menyusahkan. nak tunjuk garang, tegas, berani tak bertempat.......lagak mcm hero tamilllllll.
    piiiiiiiiiirahhhhhhhhhhhh.

    ReplyDelete
  11. Semua komen di atas adalah betul mengikut persepsi masing masing.

    Yang membuatkan kita berbeza adalah dari sudut mana kita menilai isu ini.

    Itu sahaja.

    Jadi. komenlah atas isu dan bukannya atas peribadi.

    Dulu, aku juga menyerang peribadi dalam usaha menjelaskan isu. Semuanya kerana emosi yg adakalanya tidak bertempat.

    Bila beremosi, kita akan gagal menilai sudut positif sesuatu isu. Hasilnya, berbalah sesama kita walaupun hanya di alam maya.

    ReplyDelete