Saturday, September 26, 2009

KETERBUKAAN ISLAM ADA PADA ALMARHUM TG HJ FADHIL NOR - TG HJ NIK AZIZ - IR HJ NIZAR - IR HJ KHALID SAMAD - DR MUJAHID YUSOF - YANG LAIN - ENTAHLAAA



Hati jadi sayu dan pilu apabila membaca "rasa hati" al-Bakistani tentang almarhum TG Hj Fadhil Nor dan TG Hj Nik Aziz.

Aku memang sensitif tentang hal hal sebegini. Aku sertai PAS secara rasmi kerana keterbukaan dan "sikap ayah" almarhum TG Hj Fadhil Nor.

Aku "follow" segala gala berkaitan almarhum. Bermula daripada mencari kaset-kaset ceramah almarhum sehinggalah membeli ratusan CD ceramah beliau.

Aku kumpul segala gambar yang merakamkan wajah beliau. Sehinggalah Allah swt membuka ruang untuk aku kenal beliau secara dekat.

Aku simpan sampai hari nih nasihat beliau kepada aku yang ditulis tangan oleh beliau pada sehelai kertas. Aku minta beliau tuliskan nasihat ini ketika muktamar terakhir yang beliau bersama kita sebelum beliau kembali kepada Allah swt.

"Jangan sesekali menyekutukan Allah swt dan jangan sesekali menyesal menjadi umat Muhammad saw. Islam membimbing manusia ke syurga. Jangan sesekali berasa diri terkongkong dengan Islam".

"Dampingi ulama. InsyaAllah, ada tempiasnya. Tuntutlah ilmu daripada ulama yang ikhlas dengan ilmunya dan istiqamah dengan jihadnya. Hati hati dengan "ulama ulama" yang memiliki ilmu tetapi menjadikan ilmu ilmu yang dimiliki itu untuk memperdayakan masyarakat. Hasilnya, namanya tinggi menjulang tetapi Islam entah ke mana".

"Bersangka-baiklah dengan teman teman walaupun anda dikhianati berulang kali oleh teman teman. Jadikan kebaikan teman teman sebagai contoh dan jadikan keburukan teman teman sebagai sempadan".

"Istiqamahlah dengan jemaah walaupun jemaah tidak memandang pada anda. Puji puja jemaah belum bererti jihad anda dinilai oleh Allah swt. Ikhlaslah dalam jihad anda. Jujurlah dalam memperkatakan kebenaran. Bertegaslah terhadap anasir anasir yang merugikan Islam dan hormatilah perbezaan pandangan selagi mana tidak memudharatkan Islam. Sanggahlah kemunafiqan kerana kemunafiqan sukar dilihat kecuali dengan mata ilmu dan iman".

"Sayangilah ulama yang ikhlas dan zuhud kerana umat akhir zaman tidak bertemu muka dengan Rasulullah saw. Jalan jalan yang dilalui oleh Rasulullah saw hanya akan dapat difahami dengan bimbingan ulama tetapi jalan jalan itu hanya dapat dijiwai jika dibimbing oleh ulama yang ikhlas".

"Dekati dan gaulilah ulama yang ikhlas kerana itulah permata di tengah kekalutan akhir zaman. Pertahankan mereka dengan segenap kemampuan hatta nyawamu sekalipun".

"Jujurlah dalam berdakwah. Muhasabahlah. Istiqamahlah. Hadapi cabaran dan mehnah perjuangan dengan sabar dan tenang. Tanpa cabaran dan mehnah, bukan perjuangan namanya".

"Sampaikanlah Islam kepada masyarakat. Jangn tunggu masyarakat datang kepada anda. Selami permasalahan dan keperluan masyarakat dengan segenap kekuatan. InsyaAllah, Islam pasti gemilang".

Aku pegang dan genggam nasihat di atas sampai sekarang. Biarlah apa orang nak kata. Aku tak kisah.

Munafiq wajib dikuburkan walau siapa pun pemilik jasad itu.

JAWAPAN AKU KEPADA BLOGGER PERAKKUME



Aku amat kurang senang dengan satu artikel "lepas geram", "lepas dendam" dan "provokasi" yang disiarkan oleh blogger PERAKKUME di blog beliau.

Nih artikel yang aku maksudkan.


Dato Hassan dah ada 2 ADUN PAS + 1 ADUN PKR ( P.Kelang)

Sehingga kini, PAS Pusat hanya menyatakan kekesalan terhadap kenyataan PJ PAS Selangor tetapi tiada apa tindakan susulan.

Daripada maklumat 2 ADUN PAS kini telah bersetuju untuk bersama Dato Hassan bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan UMNO/PAS di Selangor.


Takut sangatkah PAS Pusat untuk mengambil tindakan terhadap Dato Hassan serta 2 lagi ADUN PAS ini. Mengapa tidak paksa saja mereka-mereka ini diminta untuk meletakkan jawatan sebagai ADUN atau biarkan mereka-mereka ini menjadi ADUN BEBAS...?


Perosak , tiada pendirian , tamak kuasa, jahil Agama.....


Bila berlakunya krisis di Perak, orang PAS lah yang paling kuat maki-hamun Jamal Osman, orang PKR tak ada baiah, tak ada asas Agama..macam-macam lagi.
Sekarang...PJ PAS Selangor sendiri bersama kuncu-kuncunya, apa tak maki-hamun?

Ingat..manusia ni kalau masih belum diuji ALLAH SWT boleh lah cakap macam-macam, dah diuji baru tau macam mana...
Presiden PAS harus buat keputusan segera sebelum nama baik PAS dicemar!!!!!!!


Nih jawapan aku untuk PERAKKUME. Semoga ada kebaikan untuk semua.



Artikel anta nih bersandarkan fakta atau bersandarkan rasa hati dan andaian? Atau sekadar artikel nak lepas geram dan dendam kepada PAS?

Anta hanya menyebutkan "ada maklumat". Hanya itu sumber anta? Secara peribadinya, pada ana, takde bezalah di antara anta dan bloggers pencacai UMNO seperti RBF, taipingmali, Parpukari dan lain lain kerana mereka juga bersumberkan "ada maklumat" seperti anta.

Ok. Kita anggapkan "sangkaan" anta tu betul. Hassan Ali + 2 ADUN PAS + ADUN PKR Pelabuhan Klang akan lompat.

Soalan ana, MEREKA DAH LOMPAT KER?


Jamaluddin Radzi dan Osman Jailu dihentam teruk sebelum mereka lompat atau selepas mereka lompat?


Rasanya keduan duanya tidak pun dihentam walaupun ura ura mereka nak lompat tu dah diketahui umum.


Begitu juga halnya dengan Hassan Ali and The Gang. Mereka belum lompat walaupun ura ura tu ada.

Jika mereka terus dimakihamun sedangkan "ura ura" itu tidak menjadi kenyataan, bukankah itu dosa kering namanya kerana yang "dimakihamun" itu sebenarnya tidak wujud pun.


Jangan menulis untuk lepas geram kerana kenyataan tetap kenyataan. Itu realiti namanya. Dalam masa yang sama juga janganlah memaksa imaginasi "lompat" untuk menjadi realiti "lompat".

Anda tidak perlu menulis artikel bercorak lepas geram seperti ini. Anda juga tidak perlu "memanaskan" kami agar menghentam Hassan Ali and The Gang kerana analah akan menjadi orang pertama "membungkus" Hassan Ali and The Gang jika sungguh mereka berubah menjadi katak.


Ana menyokong PERINGATAN yang anta berikan kepada TG Presiden PAS tetapi sebelum meminta Presiden PAS melakukan sesuatu untuk mencegah "sumpahan" ke atas Hassan Ali and The Gang ini, anta sepatutnya cermin diri dahulu.

Apa yang Anwar buat untuk cegah Jamaluddin Radzi, Osman Jailu dan Radzi Lunas daripada lompat dahulu?

Adakah Anwar declare apa yang dia nasihatkan kepada mereka? Tidak, bukan? So?


Bukan niat di hati untuk membela Hassan Ali and The Gang tetapi "orang kena tuduh" belum terbukti bersalah selagi mana hakim belum membuat keputusan. Mereka belum menjadi "pesalah" dan masih tidak boleh memenjarakan mereka.
Ertinya, mereka masih belum lompat walaupun ura ura tu ada.

Jadi, Hassan Ali and The Gang sudah bertukar menjadi katak atau belum? Jawapannya, BELUM. So what?



Tidak sampai setengah jam selepas aku tinggalkan komen di blog beliau, PERAKKUME dah reply.

Ini "reply" beliau.


saya bukan lah pandai untuk membuat andaian..tapi begitulah sekarang keadaannya di selangor, kalau sekadar untuk memanaskan badan atau buat cerita dongeng tak perlulah saya menulis di blog...
terima kasih krn singgah di blog saya...


Ini pula jawapan aku kepada "reply" beliau tu.


Menang benar Selangor bermasalah sekarang tetapi bukanlah PR Selangor yang bermasalah. Yang bermasalah itu hanyalah beberapa ekor makhluk perosak sahaja dan makhluk makhluk perosak ini ada dalam PAS, ada dalam PKR dan ada dalam DAP.

Artikel anta bukan membincangkan soal "Selangor bermasalah" tetapi lebih kepada "PAS munafiq".

Nyatakan sumber rujukan anda tentang "maklumat" tersebut supaya anda tidak kelihatan mengigau di siang hari.

Apa sumber anta ?

- cakap cakap di warung?
- blog UMNO?
- media?
- cakap cakap orang politik?
- sumber rasmi?

Walau apa sekalipun sumber anta, MEREKA MASIH DALAM PAKATAN DAN MASIH BELUM LOMPAT. Itu fakta.

BANGUNLAH WAHAI ANAK MUDA - BERSAMA KITA PASTIKAN TG HJ NIK AZIZ TIDAK MENANGIS LAGI




Siang malam TG Hj Nik Aziz berdoa demi masa depan Islam di tanahair kita. Air mata yang mengalir itu benar benar meruntun jiwa kami ahli bawahan.

Kegigihan perjuangan beliau tiada tandingan walaupun usia beliau kelihatan seperti tidak lagi mengizinkan beliau bergerak cergas. Apakan daya, cabaran mendatang tetap perlu beliau hadapi supaya jemaah PAS yang kita sayangi ini terus berada di jalan yang sepatutnya.


Wahai TG Nik Aziz,

Kami anak anak muda yang cintakan Islam sentiasa mendoakan keberkatan dari Allah swt untukmu. Kami sentiasa mendoakan agar Allah swt memanjangkan dan memberkati usiamu agar terus dapat membimbing kami ke jalan yang sepatutnya.

Kami berikrar akan terus membelamu selagi mana engkau membawa kami untuk mendaulatkan Islam. Kami berikrar akan terus bersamamu selagi mana engkau mentaati Allah dan Rasul-Nya. Kami akan tetap membelamu walau berhadapan dengan sesiapa sahaja selagi mana engkau ikhlas dalam perjuanganmu.


Wahai TG Hj Nik Aziz,


Doakan kami anak anak muda untuk terus istiqamah dengan perjuangan ini supaya daki daki munafiq itu dapat kami bersihkan. Doakan kegigihan yang ikhlas kerana Allah bagi kami supaya pengkhianat pengkhianat petualang perjuangan itu dapat kami hapuskan walau siapa pun dia.

Kami berikrar, air matamu tidak akan mengalir lagi. Malah, air matamu yang telah mengalir sebelum ini tidak akan kami persiakan. Kami anak anak muda yang cintakan Islam akan tetap menyayangimu selagi mana engkau mentaati Allah dan Rasul.

Friday, September 25, 2009

PAS SELANGOR IKUT JALAN RASULULLAH SAW ATAU IKUT JALAN HASSAN ALI



KELUAR PAKATAN? : NABI TIDAK PERNAH KHIANATI PERJANJIAN !!

Sebarang perjanjian, tidak pernah dikhianati oleh nabi SAW. malah, dalam sirah, kita akan dapati sebarang pengkhianati janji, semuanya datang dari pihak kafir @ yahudi.

Dalam sejarah perjanjian Al-Hudaibiyyah sebagai contoh, mengkhianati perjanjian tidak bermula dari Nabi, tetapi dari pihak Quraisyh. Hasil pengkhianatan perjanjian tersebut, menyebabkan Allah memberikan kemenangan kepada umat Islam, dengan kejayaan umat Islam memasuki Makkah – pembukaan kota Makkah selepas 10 tahun berlakunya perjanjian Al-Hudaibiyyah.

Begitujuga, dalam peperangan ahzab, kita juga dapati perjanjian damai yang dimetrai antara kerajaan islam Madinah pimpinan Nabi SAW dengan kaum yahudi bani Quraizhah, dikhianati oleh puak yahudi terlebih dahulu.

Malah, mengikut satu riwayat dalam sirah, didapati di awal pengkhianatan yang dilakukan oleh Yahudi bani Quraizah, Nabi SAW menghantar seorang sahabat (kalau tak salah ingat, sahabat itu bernama Sa’ad bin Muaz) sebagai mewakili nabi untuk berjumpa dengan Kaab, ketua yahudi Bani Quraizah - yang termakan hasutan Huyay bin Al-Akhtab, ketua Yahudi bani Nadhir - agar memujuk supaya Kaab tidak memutuskan perjanjian yang telah termetrai.

Pun begitu, ternyata hasutan Huyay bin Al-Akhtab itu terlalu kuat, menyebabkan Kaab tidak mengendahkan pujukan wakil nabi itu dan seterusnya tetap mahu putuskan hubungan perjanjian yang termetrai sejak sekian lama.

Hasil dari pengkhianatan perjanjian dari pihak Yahudi itu, menyebabkan kemenangan dalam peperangan dikecapi oleh nabi SAW, malah moral kejahatan tertempel kepada yahudi.

Apabila dunia melihat pengkhianatan perjanjian itu datang dari yahudi, menyebabkan dunia ketika itu terus melihat kejahatan itu datang dari yahudi, disamping, mereka mula melihat kebaikan Nabi SAW, seterusnya mereka mula mengkaji Islam dan memeluk islam di zaman Omar bin Al-Khattab menjadi khalifah.

Inilah kehebatan Nabi SAW dalam berpolitik dan berstrategi ketika melakukan sesuatu perjanjian, tetapi agak tidak wujud dalam diri pejuang islam yang mendakwa mengikut politik nabi SAW pada hari ini.


PAKATAN RAKYAT DAN SIYASAH SYARIIYYAH

Dalam siyasah Syariyyah, kita akan berjumpa perbahasan tentang konsep maslahah dan mafsadah atau manfaat dan mudaharat. Kedua-dua konsep ini penting dihadham dan difahami, agar sesuatu keputusan dalam sesuatu tindakan politik, benar-benar memberi keuntungan kepada Islam.

Dari konsep maslahah dan mafsadah dalam siyasah syariiyyah inilah, lahirnya beberapa perbahasan, seperti konsep tahaluf siyasi (pakatan politik), Al-Musyarakah bi ghair AL-Muslimin (berkongsi kuasa dengan bukan islam) dan berbagai lagi.

Sebarang gabungan antara parti islam dengan parti yang tidak Islam, semuanya berasaskan kepada konsep maslahah dan mafsadah, tidak kira ia diberi nama tahaluf siyasi ataupun Al-Musyarakah bi Ghair Al-Muslimin.

PAS dalam gabungan Pakatan Rakyat; bersama PKR dan DAP, ia perlu dibahas dari asas kaedah maslahah dan mafsadah ini. Apa yang dapat dilihat kini, sebilangan ustaz-ustaz PAS ternyata masih lagi membahaskan konsep tahaluf siyasi dalam kerajaan pakatan Rakyat, waimma keadaan sekarang bukan lagi tahaluf siyasi, tetapi Al-Musyarakah bi Ghair Al-Muslimin.

Dalam kes al-musyarakah bi Ghair Al-Muslimin, banyak syarat-syarat yang wajib disempurnakan, antaranya, wajib sesuatu parti islam itu melaksanakan dakwah berstrategi dalam kerajaan, disamping menghantar wakil dalam kerajaan gabungan, orang-orang yang mampu mempertahankan prinsip Islam dengan segala kebijaksanaan.

Apabila wujud wakil parti Islam tidak bijak mempertahankan sesuatu prinsip Islam, maka wajib pihak parti menggantikan orang lain sebagai wakil dalam kerajaan.

Firman Allah SWT;

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ

Maksudnya;
“Tidaklah kami utuskan seorang rasul pun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka”

(Surah Ibrahim : 4)

Maksud dengan “bahasa kaumnya” menandakan kebijaksanaan dalam berinteraksi dalam mempertahankan sesuatu perinsip Islam. Tanpa kebijaksanaan dalam mempertahankan perinsip, sudah pasti islam yang indah akan dipandang hodoh.

Pun begitu, jika parti islam ketandusan orang yang bijak; dengan tidak terdapat juga orang yang bijak dalam mempertahankan sesuatu prinsip, maka dibenarkan parti islam keluar dari gabungan tersebut.

Pun begitu, sebelum keluar dari gabungan kerajaan, pihak parti islam perlu melihat kemudharatan disebalik keluar gabungan tersebut, apakah ia benar-benar mempunyai maslahah yang besar; bersifat berpanjangan, ataupun mempunyai mudharat yang lebih besar; bersifat berpanjangan. Jika dengan tindakan keluar dari gabungan kerajaan itu, didapati banyak terdapat mudharat berbanding maslahah kepada Islam, ketika itu, tindakan keluar dari gabungan adalah tidak syarie.


KESIMPULAN

Dari perbahasan ringkas ini, apa yang ingin dinyatakan adalah seperti berikut;

Pertama;

Apabila PAS berada dalam kerajaan pakatan rakyat yang dilihat non Muslim mendominasi, PAS perlu menghantar wakil dalam kerajaan – exco orang yang sememangnya bijak dalam mempertahankan sesuatu perinsip Islam. Jika didapati wakil tersebut – exco ternyata tidak mampu, maka wajib digantikan dengan exco yang lebih bijak, dan pandai dalam mempertahankan prinsip.

Kedua;

Jika terbukti tidak terdapat seorang pun orang yang bijak untuk dihantar sebagai wakil kerajaan – exco, maka sebelum mengambil keputusan untuk keluar dari gabungan, perlu dilihat terlebih dahulu keuntungan atau kerugian dakwah. Jika ternyata melahirkan kerugian dalam dakwah islamiyyah, maka ketika itu, keluar dari gabungan adalah tidak syarie.

Ketiga;

Jika PAS bertindak mahu memulakan usaha hendak keluar dari pakatan, ia merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada pengamalan nabi SAW. Ini kerana, sirah telah menbuktikan bahawa Nabi SAW tidak pernah menjadi pencetus terhadap pengkhianatan sesuatu perjanjian, waimma perjanjian itu dimetrai nabi dengan kaum yahudi sekalipun.

Justeru, berpolitiklah dengan bijaksana dan bijaksini. Agar, dalam berpolitik itu sememangnya benar-benar memberi keuntungan kepada Islam, seterusnya melahirkan kemenangan dalam membina sebuah Negara islam di Malaysia.

Sekian

p/s : Penyapu yang Khir Toyo bagi kat pegawai daerah tidak boleh disamakan dengan isu selcat. Pemberian penyapu Khir Toyo kepada pegawai daerah, dibenci oleh rakyat. Adapun pendedahan selcat ini, disukai oleh rakyat. Rakyat penentu undi dalam sistem demokrasi. Justeru, kiasan pemberian penyapu dengan isu selcat, adalah kias maa al-fariq. Kias yang tidak mempunya kesamaan illat pada usul dan furuknya.

Wallahu ‘Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


Sri Indah (B), Sg Buloh
25 september 2009 * 3:52 petang

CONTOH PIMPINAN PAS YANG TIDAK DITARBIYYAH SECARA HARAKI TETAPI PERASAN HARAKI NAK MAMPOS



Aku ada beberapa soalan untuk Hassan Ali yang budiman tu.

Pertama - Why tak bangkitkan hal nih dalam mesyuarat Exco?


Kedua - Why terus jumpa media?


Ketiga - Why tak ambil iktibar daripada isu arak hari tu?


Keempat - Why tak sebut soal "maruah" nih masa BALKIS kena soal dengan SELCAT dulu?


Kelima - Iskandar, Khairuddin dengan Roslan SMS tu membela Hassan Ali atau menjilat Hassan Ali?


Lu fikirlah sendiri....

**************************************

Ana terkilan satu jer.

Masa TG Hj Nik Aziz berbulan bulan kena hentam dan kena fitnah di media siang malam, takde saper pun yang bersuara kecuali kita yang berada di alam maya nih.

Bermula daripada Presiden sehinggalah AJK Cawangan, takde saper pun keluar kenyataan membela TG Hj Nik Aziz.


Waktu anak anak anjing kencing poster TG Hj Nik Aziz, TG Presiden dan Ir Hj Khalid Samad, hanya kita di alam maya juga yang bersuara.


Mana hilang puak puak nih? Puak puak nih nak bela Islam atau nak bela tembolok sendiri?


Puak puak nih mempertahankan PAS atau mempergunakan PAS untuk kepentingan sendiri?


Sebab tu ana kata MENJILAT HASSAN ALI dan bukannya MEMBELA HASSAN ALI.


Maklumlah, 3 stooges nih naik pun sebab dok bergantung di kaki seluar Hassan Ali.

**************************************

Ana bukan taksub TG Hj Nik Aziz seperti mana yang dituduh oleh orang orang tertentu.

Ana "tahu" Islam sejak kecil kerana dilahirkan sebagai seorang muslim.

Ana "kenal" Islam menerusi almarhum Ust Fadhil Nor.


Ana "faham" Islam menerusi TG Hj Nik Aziz dan Madrasah Rusila.


Lama juga ana berkampung di Kelantan dan Terengganu semata mata ingin menumpang berkat para ulama di sana sewaktu ana "hilang harapan" dulu.


Ana takde ilmu tapi ana pantang apabila ada orang "sentuh" TG Hj Nik Aziz.


Ana tidak akan berada di belakang beliau ketika mana beliau dihina kerana tempat ana adalah di depan beliau.


Ana sayang TG Hj Nik Aziz. Biarlah orang nak kata ana taksub sekalipun. Ana redha. Allah Maha Mengetahui.

HASSAN ALI - KEPALA OTAK ATAU KEPALA LUTUT - KEPALA TENGKORAK ATAU KEPALA TEMPURUNG




Selepas pendedahan dan pengakuan yang dibuat oleh DO Kelang, iaitu mereka dengan jelas telah membantu kempen Barisan Nasional serta berusaha diluar keupayaan mereka untuk memenangkan Barisan Nasional dengan wang rakyat, maka Dato Hasan Ali tiba-tiba datang untuk mempertahankan tindakan DO ini?

Tidakkah Dato Hasan Ali sedar bahawa tindakan2 DO ini telah menyebabkan calon-calon PAS terpaksa berhadapan dengan jentera BN yang dibiayai oleh wang rakyat?

Tidakkah Dato Hasan menyedari bahawa DO2 ini telah bertindak menentang serta menyukarkan keseluruhan jentera2 PAS di seluruh negeri Selangor?

Tidakkah Dato Hasan sedar bahawa mempertahankan tindakan DO2 ini adalah mengkhianati keseluruhan jentera-jentera piliharnraya seluruh Selangor yang terpaksa berhadapan dengan jentera kerajaan di dalam kempen-kempen mereka?

Soalnya sekarang mengapa Dato Hasan mempertahankan para pegawai yang bertanggungjawab meluluskan wang dalam jumlah juta-jutaan bagi tujuan kempen Barisan Nasional dan bagi tujuan mengalahkan PAS? Bukankah PAS telah kalah hampir di semua kerusi UMNO?

Bayangkan sekiranya kesemua DO2 ini TIDAK MELULUSKAN PERUNTUKAN SEGERA sebelum pilihanraya, tidakkah mungkin PAS menang sekurang-kurangnya 10 dari 19 kerusi yang UMNO telah menangi dalam PRU 2008?

Apa penyakit Dato Hasan mempertahankan mereka yang telah menguntungkan UMNO dan menyebabkan ramai calon PAS kalah tersunggkur dalam PRU 2008?
Mengapa Perlu Takut Menjawab Soalan Dari SELCAT?

Dato Hasan member alasan kononnya sessi soaljawab SELCAT itu memalukan para pegawai kerajaan. Diberitkan Dato Hasan berkata:

“Dr Hasan said the district officers, council presidents and top administrative officers in the states administration complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians and treated like school kids.

“We must not victimise the district officers in our quest to find the truth for they have served the government of the day and now most of them are aligned to Selangor-led Pakatan government.

“We must not create bad blood that will have a ripple effect with 23,000 other civil servants in the state,” he said.”
Apa mudah sekali Dato’ Hasan mempercayai mereka2 yang jelas telah mengkhianati PAS dan rakyat Selangor? Apa bukti yang pegawai2 ini telah menyokong Pakatan Rakyat?

Kalau benar pegawai2 Kerajan Selangor sudah menyokong Pakatan, mengapa Najib Tun Razak dapat menggunakan Masjid Selayang untuk program berbuka puasa anjuran UMNO baru2 ini?

Mengapa Majlis Perbandaran Selayang dengan sewenang-wenangnya merobohkan persiapan sambutan 10 tahun Parti Keadilan Nasional baru-baru ini?

Ini bererti pegawai-pegawai Selangor ini masih lagi balachi UMNO. Mereka tahu yang mereka akan terpaksa mendedahkan kebobrokan serta perangai korupsi UMNO kelak sekiranya sessi soal-jawab SELCAT ini berterusan.

Oleh sebab itu, mereka telah berjumpa dengan Dato Hasan untuk meminta SELCAT ini dibubarkan supaya integriti dan maruah UMNO dapat dipertahankan. Mereka sebenarnya sudah pun berbuat berbagai perkara untuk memenangkan semula UMNO di Selangor.

Hakikatnya, para DO ini telah meluluskan peruntukan tersebut kerana mereka sendiri adalah penyokong dan pendokong UMNO dan Barisan Nasional.

Mereka melakukan demikian tempohari kerana mereka sendiri mahu melihat UMNO dan Barisan Nasional menang. Mana mungkin mereka boleh mudah berubah fahaman politik mereka dalam hanya setahun setengah?

Dangkal sungguhkan pemikiran Hasan Ali?

SUMBER : www.bloglistpolitik.blogspot.com

KENYATAAN MEDIA DR HASSAN ALI



KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT.

Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT.

Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan.

Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT.

Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya.

Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan.

Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memelihara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.

RENUNGAN KEPADA PENCINTA KERAJAAN PERPADUAN UMNO/PAS - FAHAMAN "PERPADUAN ATAS NAMA MELAYU" - BUKAN JALAN YANG DILALUI OLEH RASULULLAH SAW



DEMI PERKAUMAN, MEREKA TUTUP KEBENARAN

”Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah, dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkar akan Hari Akhirat.Orang-orang macam ini hakikatnya menyekat orang lain daripada mengikuti jalan Allah yang sebenar” Demikian Firman Allah menerusi surah hud ayat 19.

Mereka menyekat, menghalangi orang dengan pujuk rayu, dengan ugutan, dengan bermacam-macam perkara asalkan orang itu taat kepada nafsu mereka. Kalau dibiarkan kepada manusia menjaga manusia, maka manusia tidak akan mengajak manusia lain balik kepada Tuhan. Bila manusia tidak ada langsung semangat agama, dia dengan sendirinya akan mengajak orang supaya berabdi kepadanya; seperti dia kata, ”kamu kena dengar kata aku, kamu kena dengar peraturan aku, kamu kena turut undang-undang aku, kamu kena dengar cakap aku”

Susah dapat manusia yang mengajak orang lain supaya jangan mendengar pemikiran dirinya, bahkan mengajak dengar kata-kata Tuhan - kecuali pejuang-pejuang Islam - kerana manusia ini hendak sangat orang memuja dia, menghormati dia, mengagungkan dia. Itu perangai manusia dan di atas punca inilah Allah taala mengirim nabi-nabi kerana nabi-nabi ini jenis orang yang mengajak manusia balik kepada Tuhan.


NABI TIDAK MENCARI PUBLISITI MURAHAN

Jika kita membaca kisah nabi SAW, kita akan dapati bahawa Nabi SAW sedikit pun tidak pernah mengambil kesempatan untuk mengambil pengaruh peribadi. Nabi tidak akan akan bertindak menghalalkan perkara yang haram; semata-mata kerana mahu mencari publisiti murahan.

Pernah berlaku pada zaman nabi SAW tentang kematian anak baginda yang bernama Ibrahim. Saat kematian Ibrahim, ketika itu Nabi SAW sedang pangku anaknya itu. Masa Nabi pangku, kelihatan air mata Nabi SAW meleleh. Lelehan air mata Nabi SAW itu dilihat oleh Abdur Rahman bin Auf.

”Apakah kamu menangis Wahai Rasulullah SAW?” Abdur Rahman bertanya.

Mendengar pertanyaan Abdur Rahman, Nabi SAW terus berkata;

إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ

Maksudnya;
”sesungguhnya mata ini mengalirkan air, dan hati dalam keadaan bersedih. Tidak ada apa yang mampu ku katakan melainkan reda dengan ketetapan tuhan. Wahai Ibrahim, aku amat bersedih berpisah denganmu[1]

Berita kematian anak baginda, Ibrahim tersebar luas. Di saat itu juga, berlaku gerhana. Ramai beranggapan, gerhana yang menimpa mempunyai kaitan dengan kesedihan Nabi SAW.

Anggapan yang salah itu, ditegur oleh Nabi SAW dengan sabda Nabi;

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَةٌ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَصَلُّوا

Maksudnya;
”Sesungguhnya matahari dan bulan tidak menjadi gerhana dengan sebab kematian ataupun kelahiran seseorang. Malah, kedua-duanya merupakan tanda-tanda (kekuasaan) Allah. Apabila kamu melihat kedua-duanya (bergerhana), maka hendaklah kamu menunaikan solat[2]

Dari cerita ini, kita dapat melihat bagaimana Nabi SAW tidak pernah mengambil kesempatan untuk menaikkan publisiti baginda. Tetapi, ia tidak pernah berlaku sedemikian, kerana ia membuktikan bahawa para nabi ini berkerja, benar-benar untuk menyampaikan kebenaran, bukan untuk mencari keuntungan peribadi.


YAHUDI MENCARI PUBLISITI MURAHAN

Puak-puak yahudi amat mengetahui tentang kedatangan Nabi SAW sebagai Nabi Akhir zaman. Pengkisahan Nabi SAW dalam kitab taurat amat nyata dan jelas.

Firman Allah;

الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
”Mereka yang kami datangkan Al-Kitab (taurat dan injil), mereka mengenalinya (nabi Muhammad) seperti mereka kenal anak-anak mereka. (pun begitu) sesungguhnya satu puak dari kalangan mereka menyembunyikan kebenaran, walhal mereka mengetahuinya”

(Surah Al-Baqarah : 146)

Firman Allah menerusi ayat ini dengan jelas menyatakan bahawa orang yahudi dan nasrani amat mengenali nabi SAW. Malah, jika diselidiki pada sirah Nabi, kita akan dapati banyak kisah-kisah yang menyatakan sedemikian, seperti kisah Nabi SAW dibawa oleh bapa saudaranya, Abu Talib dikala umur remaja berjumpa dengan seorang Rahib di Basra.

”wahai Abu talib, siapakah remaja ini” Buhaira’ bertanya

Sambil melihat wajah Nabi SAW yang masih remaja itu, Abu talib menjawab ”wahai rahib, remaja ini adalah anak aku”

”aku tidak percaya dengan jawapan kamu. Aku lebih berkeyakinan bahawa remaja ini sudah kematian ibu dan bapanya” jawapan Buhaira’ seakan-akan satu tamparan terhadap Abu talib.

”wahai rahib, aku minta maaf. Disebabkan kesayanganku terhadapnya terlalu tinggi, lantaran itu aku mengatakan ia anakku” Abu Talib membetulkan keadaan.

”sebenarnya, memang benar apa yang kamu katakan; ibu dan bapa remaja ini sudah meninggal dunia” sambung Abu Talib.

Kisah ini dapat membuktikan betapa Nabi SAW amat dikenali oleh ahli-ahli kitab; Yahudi dan Nasrani. Waimma Nabi SAW masih umur remaja, rahib Buhaira sudah dapat menyangka kematian ibu dan bapa Nabi, walau tidak diberitahu sekalipun.

Pun begitu, memandangkan mereka takut publisiti perkauman mereka jatuh disebabkan Nabi bukan sebangsa dengan mereka, mereka sanggup menukar gantikan kandungan kitab taurat yang menceritakan hal nabi SAW. Tindakan mereka itu dilaknat dan dicela oleh Allah SWT.

Firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ

Maksudnya;
”Kecelakaan terhadap mereka yang menulis kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka mendakwa ’ini datang dari Allah’. Tujuan mereka adalah, membelinya dengan harga yang murah. Kecelakaan bagi mereka dengan apa yang ditulis oleh tangan-tangan mereka, dan kecelakaanlah daripada apa yang mereka usahakan”

(Surah Al-Baqarah : 79)

inilah bahananya perkauman yang melampau. Tidak dinafikan, Yahudi dan Nasrani juga berkata tentang Allah, tetapi mereka berkata itu bukan untuk menyatakan kebenaran, tetapi mahukan publisiti murahan, demi mengukuhkan perkauman melampau mereka yang hakikatnya tidak bersesuaian dengan kehendak Allah SWT.

Sekian

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Sri Indah (B), Sg Buloh

25 september 2009 * 3:23 pagi


[1] Sahih Al-Bukhari : 1220.
[2] Sahih Muslim : 1521.

SINAR HARIAN LAPOR - AKU ULAS - 25 SEPT 2009



Pertama - PAS tiada niat keluar Pakatan (ms N1 dan N6)

Itu apa yang dinyatakan oleh Khairuddin Othman. Beliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor.

Sememangnya PAS tidak mempunyai niat untuk meninggalkan Pakatan baik di negeri Selangor mahupun di Pusat. Yang menjadi masalah bukanlah PAS Selangor tetapi Hassan Ali.

Jadi, janganlah memberi pandangan secara "lari isu" sebegini.

Pakatan di Selangor tidak mempunyai "masalah" dengan PAS Selangor. Begitu juga sebaliknya. Yang bermasalah dengan Pakatan Selangor adalah Hassan Ali.

Yang dicabar meninggalkan Pakatan adalah Hassan Ali. Bukannya PAS Selangor. Jangan cuba untuk mempraktikkan "lidah biawak" seperti mana media.

Yang menjadi isu dan petualang adalah Hassan Ali. Bukannya PAS Selangor. PAS Selangor tidak ada kena mengena dalam kemelut ini walaupun Hassan Ali itu Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jika Khairuddin Othman berpandangan PAS Selangor perlu berdiri di belakang Hassan Ali kerana Hassan Ali adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, kenapa beliau tidak menggunakan pendekatan yang sama ketika mana Mursyid al-'Am dihentam, difitnah dan diperlekeh berbulan bulan di media?

Bukankah itu Mursyid al-'Am PAS? Kenapa Khairuddin Othman tidak bersuara ketika itu? Kenapa perlu double standard?

Pergi jahanam sama daki daki Kerajaan Perpaduan !!


Kedua - Hassan Ali ada hak beri pandangan mengenai SELCAT (ms N1 dan N6)

Betul. Hassan Ali berhak memberikan pandangan berkaitan SELCAT. Pertama, kerana beliau seorang EXCO. Kedua, kerana PAS adalah sebahagian daripada Pakatan di Selangor.

Masalahnya, kenapa ketika SELCAT dicadangkan, dibahaskan dan ditubuhkan dahulu, beliau menyokongnya? Kenapa tidak bersuara ketika itu?

Kenapa beliau tidak bersuara ketika SELCAT menyiasat BALKIS dulu? Kenapa dalam isu "pegawai daerah" ni baru beliau nak bersuara tentang "kemaluan" itu? Adakah kerana BALKIS itu tidak punya "kemaluan" dan "harga diri"?

Ini bukan soal ketelusan dalam memberikan pandangan atau keterbukaan memberikan teguran tetapi ini adalah soal nak "cover line" !!

"Line" apa yang nak dicover? "Line" yang boleh menjadikan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor yang seterusnya.

Hassan Ali yang dulu tetap Hassan Ali yang hari nih. RM RM RM.............


Ketiga - "Tidak ada seorang ahli pun yang berhak melucutkan hak Pesuruhjaya kerana beliau (Hassan Ali) merupakan ketua PAS di Selangor" - Khairuddin Othman (ms N1 dan N6)

Adakah itu bererti selaku Pesuruhjaya PAS Selangor, maka segala galanya benar belaka jika keluar daripada mulutnya mahupun mindanya?

Kedudukan sebagai Pesuruhjaya itu tidak membuatkan Hassan Ali menjadi maksum berbanding ahli bawahan. Kedudukan sebagai Pesuruhjaya itu sebenarnya membuatkan Hassan Ali lebih dekat dengan neraka berbanding ahli bawahan.

Sedarkah Khairuddin Othman bahawa ketaatan kepada manusia adalah ketaatan yang bersyarat dan bukannya ketaatan yang sembrono? Tidak ada ketaatan secara membuta tuli atau secara membabi buta atau secara paksa memaksa dalam jemaah Islam.

Yang ada hanyalah adab melakukan teguran. Malangnya, adab ini hanya dititikberatkan ke atas ahli bawahan yang ingin menegur pimpinan. Bagaimana pula dengan sikap pimpinan? Adakah segala adab yang ada itu hanya untuk kami ahli bawahan? Adakah pimpinan terkecuali dan tidak terikat dengan adab adab itu?

Janganlah asyik menekankan tarbiyyah ke atas ahli bawahan tetapi diri sendiri pun sebenarnya tidak ditarbiyyah secara haraki !!

Faham ker apa erti tarbiyyah haraki?! Tarbiyyah haraki bukan bererti summer camp di Hulu Langat !! Tarbiyyah haraki bukan bererti isi borang PAS !! Tarbiyyah haraki bukan bererti pakai jubah dan serban ataupun memakai kopiah putih !! Tarbiyyah haraki bererti didikan atau asuhan untuk hidup secara satu jemaah supaya wujud wahdatul fikr dan wahdatul amal !!

PAS Selangor gagal dalam membentuk wahdatul fikr dan wahdatul amal !! Kenapa?! Kerana masing masing merasakan pandangan dan diri mereka sahaja yang betul manakala yang lain itu salah dan tidak wala' belaka !!


Keempat - Khir Toyo tidak perlu pecah belahkan Pakatan (ms S5)

Makhluk nih pun satu lagi petualang yang ada di Selangor. Sekolah tinggi tinggi tapi bodoh bertingkat tingkat.

Sepatutnya ko jawab segala apa yang dibangkitkan. Bukannya ko sondol sana sini. Bila aku kata ko GAMPANG dan BEBAL, jap lagi ada banjengan bajengan yang akan menyalak marahkan aku.

Kalau tak nak aku panggil ko GAMPANG dan BEBAL, ko jawablah segala apa yang ko panggil "fitnah" Pakatan ke atas diri ko tu. Bukannya ko menyondol macam babi hutan sondol anak pokok pisang !!

Memang hamlau tahap lahabau puak puak pejuang tembolok nih......

Thursday, September 24, 2009

HASSAN ALI - RAKYAT BUKAN BERUK DAN TIDAK BOLEH DIBERUKKAN



SELCAT : TEGURAN ATAU ‘COVER LINE’?


Dato’ Hasan Ali sekali lagi dipertahankan oleh Exco PAS yang dilantik oleh Pesuruhjaya tanpa menerusi mesyuarat perhubungan. Dakwaannya, teguran Dato’ Hasan Ali itu sebenarnya adalah mainan media UMNO, bukannya satu isu yang besar.


Teguran Dato’ Hasan Ali ini pasti tidak akan menjadi isu jika dilakukan dalam meeting exco. Juga tidak akan menjadi isu jika tidak seirama dan semelodi dengan kenyataan Khir Toyo.


Waimma ia dianggap bukan sebagai isu, tetapi jika dilontarkan di media, menyebabkan ia akan menjadi isu. Ini kerana, setelah dilontar oleh Dato’ Hasan Ali, sudah pasti pihak media akan bertanya komentar dari pihak lain pula, seperti kenyataan Tan Sri Khalid, YB Teng, Mahfuz Omar, Lim Guan Eng dan sebagainya. apabila ditanya, sudah pasti mereka akan memberi jawapan yang tidak sealiran dengan kenyataan Dato’ Hasan Ali.


Lebih menjadi isu, kenyataan ini seiring dan sejalan dengan kenyataan Khir Toyo yang sedang terpalit dengan banyak skandal rasuah dan penyelewengan duit rakyat Selangor. Malah, Selcat itu sendiri banyak membuktikan segala palitan skandal-skandal tersebut.

Ekoran itulah, keikhlasan Dato’ Hasan Ali akan dipersoal; terutama sebelum ini sudah banyak isu-isu yang dikeluarkan kenyataan Dato’ hasan Ali yang ’memanjakan’ UMNO/BN.


Jika teguran dan kritikan itu dilakukan dalam meeting exco, sudah pasti teguran dan kritikan itu dianggap sebagai usaha mengkuatkan kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi sebaliknya, kebanyakkan pihak - bermula dari bawahan hingga atasan - menganggap bahawa teguran dan kritikan Dato’ Hasan Ali dalam media merupakan tindakan yang melemah kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.


Jika beliau tidak exco, sudah pasti teguran itu tidak menjadi isu. Tetapi memandangkan beliau seorang exco yang berada dalam kerajaan, lantaran itu ia menjadi isu.


Berkenaan dengan wujudnya cadangan dari salah seorang ahli parlimen PAS agar Dato’ hasan Ali tidak lagi menjadi Pesuruhjaya, malah digantikan dengan orang lain?


Itu terserahlah kepada pihak yang berkuasa. Ia sekadar cadangan yang dikemukakan oleh seorang Ahli Parlimen PAS. Jika kita memperjuangkan hak kebebasan bersuara, mengapa dimarah kenyataan Ahli parlimen tersebut.


Yang peliknya, mengapa dicadangkan agar manusia menjadi seperti beruk? Mengapa perlu menjadi beruk yang kononnya pandai memilih buah untuk dipetik. Kan lebih baik menjadi Tuan beruk yang pandai mempergunakan beruk untuk mendapatkan buah?? Bukan sekadar mendapatkan buah, malah ’mengedit’ buah menjadi pelbagai jenis makanan pun boleh, seperti rojak buah, jus buah dan sebagainya.


Yang lebih parahnya, ada pula orang yang berjawatan dalam kerajaan yang sudah menganggap rakyatnya seperti beruk. Justeru, dia ’memberukkan’ rakyatnya untuk mendapatkan ’buah’ yang menguntungkan dirinya, dan kawan-kawannya; juga mahu ’cover line’ demi menyelamatkan ’kawan-kawannya’ daripada terbukti sebagai pencuri ’buah’. Perlu diingat, Rakyat bukan beruk dan tidak boleh 'diberukkan'. Jangan sampai, rakyat pula 'memberukkan' dalam pilihanraya akan datang sudah la....


Sekian


Wallahu ’Alam


p/s : PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com


Sri Indah (B), Sg Buloh

24 september 2009 * 11:39 pagi

HASSAN ALI - BUKAN LAGI MILIK RAKYAT TETAPI MILIK AHLI POLITIK TERTENTU



SELCAT : JATUH MARUAH ATAU TERKANTOI?

Teringat dengan filem Anak Bapak lakonan P Ramlee bersama AR Tompel. Satu sesi siasat telah dibentuk seperti dalam sebuah mahkamah diwujudkan dalam kediaman semata mata mahu mempastikan tidak ada penyelewengan wang perbelanjaan yang diserahkan oleh si bapa kepada anak yang kononnya mahu berumahtangga.

Dalam filem itu, walaupun dakwaan penyelewengan itu sekadar RM4 ribu sahaja tetapi memandangkan ia adalah isu penyelewengan hak si bapa maka sudah pastilah dalam siasatan tersebut terdapat beberapa soalan provokatif agar segala rahsia yang mahu disembunyikan akan terbongkar.

“Boleh terangkan bagaimana wang boleh dikeluarkan apabila dimohon oleh seseorang YB?”

“Apakah boleh seseorang Pegawai Daerah mengeluarkan wang setelah pembubaran DUN/Parlimen sudah berlaku?”

“Boleh terangkan, bagaimana wang boleh dikeluarkan apabila dimohon oleh seseorang YB?”

“Apakah boleh seseorang Pegawai Daerah mengeluarkan wang setelah pembubaran DUN/Parlimen sudah berlaku?”

Soalan-soalan sebegini, apabila dilontarkan kepada seorang pegawai Daerah, ia memang nampak seperti soalan budak-budak sekolah. Tetapi, soalan sebegini amat perlu untuk dikemukakan soalan selanjutnya.

Seperti soalan-soalan berikut;

“Mengapa wang kerajaan boleh dikeluarkan tidak sampai 2 jam setelah permohonan YB, sedangkan seawal-awal kelulusan pengeluaran wang mesti mengambil masa selama 2 minggu?”

Soalan sebegini sudah pasti terpancul setelah terbukti ada satu cek pengeluaran Wang rakyat tidak sampai 2 jam, disamping pengeluaran itu mencecah jutaan ringgit.

“Mengapa hakikat pengeluaran Wang itu berlaku setelah pembubaran DUN/Parlimen?” soalan ini terkeluar setelah terbukti; terdapat satu cek yang tercatit tarikh pengeluaran wang setelah pengisytiharan pembubaran DUN/Parlimen.

Bagi pegawai daerah yang terbukti bersalah, sudah pasti soalan-soalan sebegini menyebabkan mereka terkantoi; malah menyebabkan mereka akan merasa gelabah.

Lebih menjadi kelam kabut, jika semua siasatan ini dilakukan dalam keadaan terbuka; semua dapat melihat gelagat dan kegelabahan para pegawai Daerah yang terkantoi itu. lebih-lebih lagi, semuanya terdapat rakaman yang diCDkan; yang bila-bila masa sahaja boleh diedarkan disekitar Selangor.

Dengan alasan inilah, mereka akan mendakwa imej mereka tercemar dan terguris kereputasian diri mereka.

Yang lebih parah, dikhabarkan bahawa ada antara pegawai daerah itu mendakwa bahawa beliau ditelefon oleh orang-orang politik tertentu pada waktu malamnya; meminta agar tidak menyebut perkara-perkara tertentu, kerana ia boleh melahirkan kebocoran rahsia terhadap penyelewengan yang telah dilakukan.

Dalam filem anak bapa, hanya RM 4 Ribu sahaja pun sudah dipertikaikan oleh bapa terhadap anak, inikan pula kalau wang rakyat yang didakwa diselewengkan itu mencecah ratusan juta Ringgit.

Jika ditanya pada rakyat, sudah pasti rakyat ingin tahu kemana perginya wang mereka yang telah dibayar cukai. Apakah benar digunakan untuk kegunaan awam, ataupun diselewengkan demi mengkayakan golongan tertentu?

Mungkin ini yang tidak disetujui oleh Dato’ Hasan Ali dengan dakwaan menghina Pegawai Daerah yang disiasat?. Mengapa beliau tidak setuju? Mungkin kerana sekarang Dato’ Hasan Ali bukan lagi kepunyaan rakyat, tetapi kepunyaan ’orang-orang politik’ tertentu?

Sekian

p/s : PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA.

Wallahu ’Alam

Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

Sri Indah (B), Sg Buloh
24 September 2009 * 2:01 pagi

HASSAN ALI - MUSANG BERBULU AYAM ATAU SERIGALA LAPAR



Bukan kali pertama Dr Hassan Ali buat hal. Dah banyak kali. Lepas satu, satu. Lepas satu, satu. Warna sebenar Dr Hassan Ali semakin jelas.

Dulu, sebaik sahaja keputusan PRU Ke 12 diumumkan, makhluk yang bernama Dr Hassan Ali ini telah "bersegera" bertemu dengan Khir Toyo bagi membincangkan kerajaan campuran PAS-UMNO. Sedangkan PAS tak tahu apa apa pun.

Waktu PRK Manek Urai, beliau berkokok kokok dengan isu Kerajaan Perpaduan yang kemudiannya "ditalkinkan" oleh TG Hj Nik Aziz.

Di PRK Permatang Pasir, beliau tak semena mena "menjaringkan gol sendiri" dengan berkokok kokok isu arak di Selangor.

Sekarang PRK Bagan Pinang, beliau berkokok pula isu SELCAT. Kononnya SELCAT bersikap menghukum dan perlu dirombak.

Apa yang Hassan Ali luahkan tidak jauh bezanya dengan apa yang Khir Toyo luahkan. Malah, adakalanya kelihatan senada. Lebih malang lagi adakalanya Hassan Ali kelihatan seperti menjadi jurucakap kepada Khir Toyo.

PAS Selangor, insyaAllah, akan tetap bersama sama dengan Pakatan di Selangor. PAS Selangor tidak mempunyai masalah di Selangor. Yang bermasalah di Selangor hanyalah Hassan Ali dan bukannya PAS Selangor.

Yang tidak berpuas hati "sana sini" di Selangor adalah Hassan Ali. Bukannya PAS Selangor.

Apa sumbangan Hassan Ali yang kita boleh banggakan sepanjang beliau menjadi Exco? Forum Perdana? Air liur yang merembes rembes keluar daripada mulutnya atau apa?

Buat Hassan Ali, janganlah terlalu angkuh dan syok sendiri. Anda bukanlah yang terbaik di Selangor. Begitu jugalah anda bukannya yang tercerdik di Selangor. Anda hanya selamat kerana anda seorang Pesuruhjaya yang dipilih oleh Presiden.

Apabila disebut "dipilih oleh Presiden", maka makhluk yang bernama Hassan Ali ini perlu sedar bahawa pilihan Presiden bukan semestinya bererti pilihan ahli bawahan. Ahli bawahan taat kepada anda hanya sanya kerana simbolik kepada ketaatan kepada Presiden sahaja. Tidak lebih daripada itu.

So, janganlah buat PAS Selangor macam Hassan Ali Enterprise seperti mana Sammy Vellu meng"enterprise"kan MIC.

Seperkara lagi, atas alasan apa Hassan Ali ini menjadi pilihan Presiden untuk diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor? Kerana kepetahannyakah? Atau kerana "nama"nyakah?

Renungkan. Beliau mungkin berilmu tetapi adakah beliau telah melalui proses tarbiyyah haraki seperti pimpinan yang lain? Berilmu bukan bererti faham amal jam'ie.

Sekiranya beliau faham apa erti amal jam'ie, maka keputusan beliau pasti merupakan keputusan yang bersifat kolektif dan bukannya keputusan yang "ikut kepala sendiri".

Adakah Presiden masih belum melihat "Hassan Ali" ini? Atau, adakah Presiden masih menunggu nasihat daripada seorang lagi "anak Ali" yang pemikirannya juga lebih kurang Hassan Ali? Aahhhh...serabut.

PAS adalah sebuah jemaah Islam yang didokong dan didirikan oleh kelompok mujahid tidak kira siapa sama ada ustaz, ulama, doktor, jurutera, petani, pelajar mahupun tukang kebun atau nelayan.

Jemaah Islam tidak memerlukan kelompok "nasionalist muslim" kerana walaupun dikaitkan dengan Islam, nasionalist tetap nasionalist dan Islam tetap Islam. Tidak mungkin bercampur. Ini soal fahaman dan ideologi. Bukan soal latarbelakang pendidikan atau cara berpakaian.

Tidak mengapa jika Hassan Ali masih kekal dengan songkok hitamnya tetapi sama samalah kita berdoa agar hati beliau tidak sehitam songkoknya itu.

Presiden, lakukanlah sesuatu sebelum ahli bawahan memprotes Hassan Ali secara terbuka. Kerana apabila Hassan Ali diprotes secara terbuka, maka secara tidak langsung, Presiden juga akan terpalit najisnya kerana Presidenlah yang memilih Hassan Ali yang bebal lagi angkuh itu sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Pergi mamposlah kelompok musang berbulu ayam yang ada dalam PAS walau siapa pun dia !!

Wednesday, September 23, 2009

KRISIS MINDA DR HASSAN ALI - ANTARA PERJUANGAN UNTUK RAKYAT DAN PERJUANGAN UNTUK TEMBOLOK YANG TAK PERNAH KENYANG




SELCAT : KEBEBASAN BERSUARA? WALA’? SIQAH?

Dua orang pendokong Dato’ Hasan Ali sudah bersuara dalam isu Selcat yang menjadi kecaman Dato’ Hasan Ali. Iskandar Samad dan Roslan SMS bertindak mempertahankan Dato’ Hasan Ali dalam isu Selcat ini, waimma ramai pendokong Pakatan Rakyat mengkritik balik terhadap tindakan Dato’ Hasan Ali tersebut.

Iskandar Samad mengemukakan dua isu; iaitu isu ‘kebebasan bersuara’ dan ‘kekesempurnaan selcat’. Adapun Roslan SMS pula mengemukakan isu lama; isu yang mampu menumpulkan daya intelek ramai ahli-ahli PAS, iaitu ‘wala’’ dan ‘siqah’ tanpa merujuk kepada perbahasannya yang sebenar.


KEBEBASAN BERSUARA


Secara peribadi, aku beranggapan kritikan balas yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap Dato’ Hasan Ali bukanlah menyekat kebebasan bersuara, tetapi ia merupakan membuka ruang untuk kebebasan bersuara.

Mengapa dianggap itu sebagai menutup kebebasan bersuara, sedangkan jika dihayati balik, Dato’ Hasan Ali sendiri mengamalkan dasar menutup kebebasan bersuara itu.

Apakah kita sudah lupa dengan sejarah pemecatan dua tokoh dalam PAS; Khalid Samad dan Syaari Sungip disebabkan kritikan mereka berdua terhadap Dato’ Hasan Ali dalam mesyuarat Perhubungan PAS disebabkan tindakan Dato’ Hasan Ali memburukkan Pakatan RAkyat diselangor; dengan dakwaan bahawa kononnya PAS ‘dianaktirikan’ dalam PR di Selangor, waimma dakwaan itu adalah purba sangka semata-mata.

Jika benar Dato’ hasan Ali mengamalkan kebebasan bersuara, sudah pasti kritikan dua tokoh ini tidak berakhir dengan pemecatan, sepertimana Tan Sri Khalid tidak memecat Dato’ Hasan Ali sebagai exco setelah beberapa kali melakukan masalah dalam kerajaan pakatan Rakyat di Selangor.

Adapun dalam isu selcat, Dato’ hasan Ali dikritik balas setelah kritikan terbuka yang dilakukan oleh Dato’ hasan Ali terhadap perjalanan selcat. Jika kita mengamalkan dasar kebebasan bersuara, maka berilah jawapan balas yang bersifat ilmiyyah terhadap kritikan mereka itu.

Jika tidak mengkritik balas, tetapi sekadar mendakwa bahawa sudah tidak wujud lagi kebebasan bersuara, itu merupakan kedangkalan kita berfikir, malah kedangkalan dalam memahami konsep kebebasan bersuara yang diperjuangkan oleh islam itu sendiri.

Dalam Islam, kritikan amat dialu-alukan, tetapi kritikan yang diterima adalah kritikan yang mengandungi unsure ilmu. Kritikan dengan tidak disertakan hujjah ilmu, itu bukan kritikan yang diizinkan dalam Islam.

Ditambah lagi, sebagai exco, Dato’ hasan Ali boleh melakukan kritikan terhadap selcat dalam mesyuarat exco, bukannya menerusi media. Lainlah kalau Dato’ hasan Ali bukan exco. Jika beliau tidak exco, lalu melakukan kritikan tersebut, maka itu tidak menjadi sebarang masalah.

Jika mahu mengkritik juga menerusi media, dicadangkan Dato’ Hasan Ali meletakkan jawatan exco serta merta. Malah, jika beliau mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat dikala beliau tidak menjadi exco, aku sendiri bersedia menjadi pembantu. Tapi syarat, biarlah ada nilai hujjah dan rasional.


SUDAH BANYAK MASALAH


Sebelum ini, sudah banyak kenyataan Dato’ hasan Ali dilihat seperti 'menganaktirikan' pakatan Rakyat, disamping 'memberikan susu berkhasiat’ kepada UMNO/Barisan Nasional.

Mungkin kita sudah lupa dengan kenyataan Dato’ hasan Ali dalam isu Lembu yang melibatkan Tan Sri Khalid, isu arak yang melibatkan Ronnie Liu dan sebagainya.

Memelikkan lagi, banyak kenyataan Dato’ hasan Ali memperlihatkan bahawa khir Toyo seperti ‘kawan’, sedangkan Pakatan Rakyat adalah ‘lawan’. Disebabkan itulah, tidak hairanlah dengan isu kuil yang melahirkan penghinaan UMNO terhadap Khalid Samad, Dato’ hasan Ali tidak bersuara membela. Sebaliknya, dalam isu selcat, cepat-cepat Hasan Ali bersuara senada dan seirama dengan Khir Toyo.

Tidak dinafikan, selcat tidak sempurna. Tetapi, perlu diingat, tindakan Hasan Ali terhadap Pakatan Rakyat kebelakangan ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau ‘lebih tidak sempurna’ berbanding selcat.


WALA’


Mengeluarkan kenyataan berbeda dengan pimpinan atasan, itu dikatakan sebagai tidak wala’? tafsiran wala’ yang merujuk kitab mana yang mengatakan sedemikian?

Wala’ ditafsirkan sebagai taat yang diberikan kepada pimpinan. Pimpinan yang diberikan wala’ adalah pimpinan yang mempunyai kesiqahan. Tanpa siqah, wala’ tidak akan hadir.

Seseorang pemimpin, perlu menjaga siqah terlebih dahulu. Apabila siqah sudah wujud dalam diri seseorang pemimpin, secara automatik, pimpinan itu diberikan wala’.

Ada sebilangan perkara yang disuruh wala’ kepada pemimpin yang mempunyai kesiqahan, tetapi perkara yang disuruh wala’ itu tidak disukai, kerana tidak bersesuaian dengan kehendak nafsu, maka ketika itu, wala’ memang wajib diberikan kepada pimpinan tersebut.

Adapun wala’, tidak boleh diberikan kepada pimpinan yang mengikut kehendak nafsunya. Mana mungkin mengikut kehendak nafsu pimpinan. Masakan nafsu pimpinan perlu dituruti, nafsu sendiri pun tidak boleh diikuti sesuka hati.

Inilah yang dimaksudkan dengan maksud hadis, daripada Abi Hurairah r.a berkata, sesungguhnya Nabi SAW bersabda;

عَلَيْكَ السَّمْعَ وَالطَّاعَةَ فِي عُسْرِكَ وَيُسْرِكَ وَمَنْشَطِكَ وَمَكْرَهِكَ وَأَثَرَةٍ عَلَيْكَ

Maksudnya;
“hendaklah kamu dengar dan taat dalam perkara yang kamu susah atau kamu senang; kamu suka atau benci; dan perkara yang dipentingkan dirinya atas kamu
[1]

Ketaatan juga berlaku dalam perkara yang tidak melahirkan mudharat kepada sesuatu jemaah dan parti. Jika tetap melakukan ketaatan yang boleh melahirkan mudharat, maka ketaatan itu tidak syarie.

Justeru itu, dilihat pada satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada Ali bin Abi talib bercerita;

”Rasulullah telah melantik seorang lelaki dari ansar untuk mengetuai satu kumpulan tentera. Dalam perjalanan, lelaki itu telah mengarahkan para tentera agar menghimpun kayu api, lalu dibakar dan disuruh tentera-tentera itu terjun ke dalam api itu. ada sebilangan tentera mahu terjun ke dalam api, tetapi dihalang oleh seorang pemuda, lalu menyuruh tentera agar hal ini di rujuk kepada Rasulullah SAW terlebih dahulu.

Ketika mereka berjumpa dengan Rasulullah SAW, dan bertanyakan hal itu, menyebabkan baginda SAW terus berkata;

لو دخلتموها ما خرجتم منها أبدا؛ إنما الطاعة في المعروف

Maksudnya;
”Kalau kamu masuk dalam api itu, pasti kamu tidak akan keluar sampai bila-bila (baca : masuk neraka). Hanya sesungguhnya ketaatan itu dalam perkara ma’ruf sahaja
[2]

Hadis ini jelas menunjukkan, ketaatan yang hendak diberikan hendaklah dalam perkara ma’ruf. Adapun ketaatan dalam perkara yang tidak ma’ruf, seperti perkara yang boleh melahirkan mudharat, maka itu tidak wajar diberikan ketaatan.

Justeru, tindakan Dato’ Hasan Ali yang memegang jawatan exco, tetapi tidak mengkritik dalam mesyuarat exco, tetapi menerusi media merupakan tindakan yang boleh melahirkan kemudharatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Makanya, wala’ kepada beliau disaat ini adalah tidak syarie.


Sekian

p/s : Jangan sekali-kali mencandukan wala’ demi perut sang rakus dan PATIK MOHON SEMBAH DERHAKA

Wallahu ’Alam


Al-Bakistani
ustaz_bakistani@yahoo.com

- Sri Indah (B), Sg Buloh
23 september 2009 * 12:46 tengahari.


[1] Musnad Ahmad : 8596.
[2] Sahih Al-Bukhari : 4340 dan Sahih Muslim : 1840.

SINAR HARIAN LAPOR - AKU ULAS - 23 SEPT 2009



Menikmati gulai kambing sambil membelek akhbar Sinar Harian. Itu yang aku buat tadi. Teman teman "muqarribin" aku rasanya masih di kampung lagi. Sorang pun belum nampak muka lagi nih.

Tergerak hati aku untuk ulas beberapa perkara yang dilaporkan oleh Sinar Harian hari nih. Bermula dari isu calon UMNO DUN Bagan Pinang, isu Pemuda UMNO nak tarik undi kaum India supaya menyokong UMNO, kemelut komponen BN, isu ugutan bunuh ke atas Khir Toyo sehinggalah isu kekesalan pengundi Tian Chua.

Ini ulasan aku.


Pertama - Isu calon UMNO DUN Bagan Pinang (ms N1 dan ms N2)

Tun Mahathir yang bijak bestari itu berkata - "Jika orang berpendapat kita tidak serius (melawan rasuah), kita mungkin menang di Bagan Pinang tetapi mungkin kalah di tempat lain termasuk pada PRU Ke 13 nanti".

Maknanya, Tun Mahathir terang terangan menentang pemilihan Isa Samad sebagai calon DUN Bagan Pinang. Tun Mahathir mendakwa beliau bercakap demi survival parti berbanding pemimpin UMNO yang lain bercakap demi survival tembolok masing masing.

Pada aku, ini merupakan peluang yang perlu dimanfaatkan sebaiknya oleh Pakatan terutamanya PAS. Manfaatkan krisis "cakar mencakar" yang berlaku di dalam UMNO ini.

Jika UMNO gagal untuk memilih calon yang diterima semua pihak, maknanya jentera pilihanraya UMNO pasti berantakan. So, manfaatkanlah.

Jika kita tidak mampu memerangi UMNO secara berdepan, perangi UMNO secara dalaman. Gunakan jentera UMNO untuk memerangi UMNO. Bagaimana? Takkan dalam ramai ramai Jeneral dalam Pakatan tak boleh nak fikir, kot?

Berbaik baiklah dengan kelompok yang "kecewa" dalam UMNO. Jika ditelitikan, yang akan menjadi kelompok yang "kecewa" itu adalah kelompok Isa Samad. So, "kahwin muta'ah" dengan kelompok nih. InsyaAllah, ada manfaatnya nanti.

Dari kenyataan Tun Mahathir itu, jelas kita vdapat fahami bahawa UMNO memang sedang membusuk daripada dalam. So, lepaskan ulat ulat dan anai anai untuk meruntuh dan meranapkan UMNO.

"Meruntuh" dan "meranap" ini pula hanya akan berjaya jika Pakatan terutamanya PAS "buang jauh" penyakit "terlalu yakin memang". Bunga bunga penyakit tu dah nampak dah. So, muhasabah sebelum "punah".


Kedua - Pemuda UMNO nak tarik undi kaum India supaya mengundi calon UMNO di Bagan Pinang (ms N2)

Sah mengigau. Pemuda UMNO kata akan bekerjasama dengan Pemuda IPF dan Pemuda PPP untuk mendekati dan menjiwai masyarakat India.

Aik? Yang mengarak kepala lembu dan memijak kepala lembu di Shah Alam dulu tu bukan Pemuda UMNO juga ker?

Takkan kali nih Pemuda UMNO nak arak kepala lembu dan cium kepala lembu tu setiap kali sampai depan rumah pengundi India kot?

Bau busuk sikap perkauman UMNO dah tak dapat nak dibendung lagi dah. Bau busuk tu dah tak boleh nak sorok lagi dah.

UMNO ibarat pesakit AIDS yang dah penuh bernanah seluruh badan yang akan singgah ke rumah semua pengundi India dan akan menyatakan betapa sucinya "dirinya" itu walaupun busuk tahap gaban.

So, teman teman berbangsa India baik yang Muslim, Hindu mahuopun Kristian, berhati hatilah dengan taktik jahat UMNO nih. Pastikan "pesakit AIDS" ini tidak bertandang ke rumah anda. Anda berhak menutup pintu rumah anda demi masda depan generasi anda sendiri.


Ketiga - Kemelut komponen BN (ms N7)

Ada "Profesor" kata "jika Pakatan menerima Chua Soi Lek, ini menunjukkan Pakatan telah tergelincir daripada landasan perjuangan mereka".

"Profesor" tersebut juga mengulas panjang tentang betapa buruknya moral Chua Soi Lek sehinggakan beliau dilihat begitu kotor untuk berada di dalam Pakatan.

Ok. Aku setuju dengan pandangan beliau. Pakatan memang untuk tempat pemimpin yang bersih dan pemimpin "kotor" yang ingin bertaubat di atas dosa dosa lampaunya.

Namun, sedarkah "profesor" bahawa Chua Soi Lek yang rendah moral itu jugalah yang berada di dalam MCA/Bn sekarang ini.

Kenapa apabila beliau ingin bersama Pakatan, maka "Profesor" membangkitkan soal moralnya? Kenapa sial moral itu tidak n"Profesor" bangkitkan ketika beliau berada di dalam MCA/BN?

Adakah kerana "Profesor" terlepas pandang? Atau sememangnya sudah tidak ada apa apa lagi yang bernilai di dalam BN itu kecuali sampah dan sarap sahaja? Atau adakah yang tidak bermoral atau yang rendah lagi hina moralnya itu hanya layak berada di dalam BN sahaja?

Jika Pakatan menerima Chua Soi Lek, maka Pakatan dianggap tergelincir daripada matlamat perjuangannya, bagaimana pula dengan MCA/BN yang masih memeluk mesra tubuh Chua Soi Lek walaupun sekali sekali Ong Tee Keat "menggigit manja" telinganya?

Jika Pakatan + Chua Soi Lek = tergelincir matlamat perjuangan. Bagaimana pula BN + Chua Soi Lek? Adakah membawa erti "teguh" perjuangannya serta murni matlamatnya? Sudah tentu tidak, bukan?

Mustafa Ishak, anda seorang Profesor. Hormatilah anugerah itu. Lainlah jika anda hanyalah seorang "Profesor Kangkung" yang akan menjalar keriangan setiap kali kerbau lembu melepaskan najis najisnya.

Malangnya Malaysia kerana mempunyai Profesor yang bodoh seperti Mustafa Ishak.


Keempat - Isu ugutan bunuh ke atas Khir Toyo (ms N12)

Ketua Polis Selangor yang suka bercakap ikut sedap mulut itu berkata pihak polis sedang meneliti beberapa perkara berkaitan DNA yang menyelesaikan kes ugutan bunuh ke atas Khir Toyo.

Baguslah. Siasat sampai dapat dan seret ke mahkamah. Politik bunuh membunuh ini tidak ada tempat di Malaysia.

Aku cuma nak tanya sikit jer. Juga berkaitan ugutan iaitu ugutan bunuh ke atas Ir Hj Khakid Samad dan ugutan rogol ke atas Rodziah Ismail.

Dah siasat ker? Dah sampai tahap mana siasatan tu? Apa perkembangannya sekarang? rasanya dua kes ugutan nih lebih mudah untuk diselesaikan oleh pihak polis. Tak perlu nak buat DNA test pun.

Dah tangkap ker? Atau, buat buat bangang jer? Rasanya, makhluk makhluk UMNO yang buat ugutan tu hari tu tak tutup muka pun, kan? Apa yang susah sangat nak tangkap? Bila rakyat kata polis "double standard", Musa Hassan yang samseng tu kata "masyarakat tak faham tugas polis".

Soalnya, "masyarakat tak faham tuigas polis" ker atau "polis yang tak faham apa tanggungjawabnya kepada masyarakat"? Ketaatan pihak keselamatan adalah kepada negara bukananya menjilat ponggong pemimpin UMNO !!


Kelima - Isu kekesalan pengundi Tian Chua (ms S1 dan ms S5)

Sekumpulan "anak muda" yang sudah agak senja yang menggelar diri mereka sebagai Kelab Belia Kawasan Batu telah menyatakan kekesalan terhadap sikap "lepas tangan" dan "minat" Tian Chua yang merupakan Ahli Parlimen Kawasan Batu.

Setahu aku, Tian Chua adalah MP Wilayah Persekutuan yang paling banyak keluar akhbar terutamanya Sinar Harian. macam macam program yang beliau hadir. Bermula daripada membantu mangsa banjir sehinggalah menyampaikan bantuan "Idul Fitri.

Sah lagi sahih puak puak proksi UMNO nih tak baca akhbar. Lepas tu, bercakap main hembus jer. Penduduk bawahan setakat nih puas hati dengan khidmat Tian Chua. Yang tak puas hati nih hanya UMNO dan konco konconya sahaja.

Mereka bukan tak puas hati sebab Tian Chua lepas tangan atau apa. Mereka tak puas hati sebab Tian Chua tu bukan BN. Itu sajer.

Mereka juga menyatakan kekesalan dengan "minat aneh" Tian Chua iaitu berdemonstrasi di barisan hadapan. Kononnya mereka malu mempunyai wakil rakyat yang seperti itu.

Hangpa sedar tak Tian Chua bukan sekadar tak pernah gagal hadir demonstrasi tetapi juga turut tidak pernal gagal menghadiri sidang Parlimen? Bengong tahap gaban betullah puak puak "proksi UMNO" nih. Sama bengong dengan UMNO jugak.

Nih lah contoh lembu kenyang yang dibela oleh UMNO. Suruh angguk, angguk. Suruh geleng, geleng. Padahal, tak tahu apa apa pun. Elok bagi pelempang jer lembu lembu kenyang nih.

Nak tanya sikitlah kepada "belia belia" nih, wakil rakyat dulu bagi apa kat hangpa? Jawab dengan jujur. Aku pasti, jawapan hangpa adalah jawapan yang akan membuatkan hangpa menjilat ludah sendiri.

Orang lain berpolitik, hangpa pun nak berpolitik. Tapi, tak sedar diri tu bangang nak mampos.