Tuesday, July 14, 2009

INSYAALLAH PAS AKAN MENANG KECUALI ALLAH SWT MAHUKAN SEBALIKNYA







Jika diteliti petunjuk dunia dengan pengundi datang bertali arus, bunga bunga kemenangan PAS telah mula berkuntum.

Ramai pengundi luar yang majoriti daripadanya adalah pengundi muda telah pulang untuk membuang undi. Maklumat tidak rasmi menunjukkan pengundi muda ini cenderung kepada PAS kerana masing masing kelihatan langsung tidak singgah ke tempat yang disediakan UMNO.

Malah, ada pengundi luar menyerahkan saguhati yang UMNO berikan kepada mereka kepada PAS. Semua ini mencerminkan betapa bencinya rakyat negara ini kepada UMNO dan BN.

Walaupun berlaku kekecohan di beberapa tempat mengundi, namun semua itu tidak melemahkan semangat para petugas PAS yang bersemangat sejak awal pagi lagi. Petugas muslimat adalah kelompok yang paling bersungguh sungguh berjuang untuk mempastikan kemenangan tetap milik PAS.

Setakat jam 1300, SPR mengesahkan seramai 70% pengundi telah keluar untuk membuang undi dan peratusan ini dijangkan meningkat selepas solat Zohor.

Kepada semua pejuang yang berada di medan juang, di rumah, di markas, di bilik gerakan, atau di mana sahaja, teruskan berdoa kepada Allah swt supaya pertolongan Allah swt "turun" kepada kita. Ameen.

No comments:

Post a Comment