Wednesday, July 15, 2009

MAJORITI 65 UNDI : TUDING JARI ATAU CERMIN DIRI




Aku dah agak dah. Mesti hujah hujah yang disediakan itu akan berkonsepkan TUDING JARI dan bukan CERMIN DIRI.

Ramai petugas dan pimpinan PAS yang menjadikan SOGOKAN WANG OLEH UMNO sebagai punca penurunan majoriti di Manek Urai. Ramai juga yang menyalahkan SPR kerana gagal menangani PENGUNDI HANTU.

JANJI PEMBANGUNAN juga menjadi di antara faktor yang menyebabkan PAS hampir menggigit jari di Manek Urai. Petugas PAS juga kononnya mempunyai bukti bahawa UMNO MEMBAYAR PENGUNDI LUAR AGAR TIDAK PULANG MENGUNDI.

Begitulah pendirian atau hujahan ramai di kalangan petugas dan pimpinan PAS apabila diajukan soalan "macam mana boleh jadi macam nih?".

Macam macam lagi hujahan yang diberikan bagi MENUTUP PEKUNG DI DADA.

Cukuplah wahai para sahabat dan para pimpinan yang dikasihi. Sekarang bukanlah masa untuk menuding jari. Sekarang adalah masa untuk kita sama sama CERMIN DIRI supaya kita KENAL DIRI dan SEDAR DIRI.

Sudah bertahun kita menjadikan hujahan hujahan murahan itu untuk menutup kelemahan kita setiap kali kita tersungkur atau nyaris tersungkur.

Buka mata, buka minda dan buka hati. InsyaAllah, kita akan dapat lihat daki daki hitam kemunafikan di dalam jemaah ini. Jangan mimpi kita akan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah swt selagi daki daki hitam kemunafikan itu bersarang di sanubari jemaah yang kita kasihi ini.

Jangan kita lupa bahawa kemenangan yang dicapai ketika PRU ke 12 adalah suatu "kurniaan" daripada Allah swt atas "kerja buat" kita.

Kemenangan itu boleh jadi "anugerah" atas kejujuran dan keikhlasan hati kita.

Kemenangan itu boleh jadi "ujian dan dugaan" daripada Allah swt supaya kita lebih istiqamah dan merendah diri dalam berjuang.

Atau, boleh jadi kemenangan itu lebih merupakan "istidraj" daripada Allah swt agar kita terus terusan sombong dan bongkak serta lupa muhasabah diri.

1 comment:

  1. Begini jawapan saya, mudah saja:

    1) Tolong jgn salah kan media arus perdana! Takdir ilahi telah menentukan, mereka di lahirkan untuk mengadu domba jemaah kita!
    2) Dalam barisan jemaah kita ini, masih ada yang MUNAFIQ…kecintaan pada allah hanya di bibir, di hati …..lain kot!!
    3) Bezanya ialah; MUNAFIQ yang ada dalam jemaah kita ini sedikit bilangan nya (secara relatifnya) daripada yang berada di gerombolan be-END
    4) Walaupun berada dalam jemaah islamiyah, kita tetap memegang tittle yang sama…MELAYU
    5) Ingat! MELAYU ini kaya…kaya dengan: hasad dengki, busuk ati, tak boleh tengok org senang, suka cari pasal, suka cari publisiti murahan, suka glamor, singkat akal,...dan yag palin penting! CEPAT LUPA DIRI!
    6) Apa yang jemaah lupa? Jemaah kita lupa apa yang berlaku di tahun 1999+2008 (menang bergaya!) berbanding 2004(kalah teruk!)..Lupa menginsafi diri! Lupa, bagaimana cara menguruskan kemenangan.
    7) Ada beza dia antara berikut ini: mengurus atur kemenangan, mengekalkan kemenangan, mencari kemenangan dan……mempertahan kan kemenangan untuk satu jangka waktu yang panjang!
    8) Jemaah lupa! Mereka di luar sana sedang memerhatikan kita (terutama yang bukan islam kot)…tentang perselisihan pendapat kita, tentang pertelingkahan secara terbuka, tentang perpecahan kepimpinan… Mungkin juga ada yang MUAL melihat semua ini..Hentikan lah….!(susah kot nak berhenti..sbb kita pegang tittle yang sama = MELAYU!)
    9) Yang tersirat nya adalah…..ini adalah kemenangan mutlak & besar be-END…usaha tentang UG telah membuah kan hasil.
    10) Jgn kita bodoh menanalisis apa yang PiEM Najib katakan…. Yang tersurat nya adalah skongan kembali pulih..tetapi untuk kita yang malas berfikir…biar aku jelas kan, yang tersirat nya kesah dongengan Kerajaan Perpaduan telah menampak kan hasil untuk be-END…. Bersedialah wahai jemaah..”peperangan“ yang lebih besar dlm bentuk “tersirat“ akan dtg lagi...lebih dahsyat lagi! Soalan nya: telah kah kita bersedia!??????
    11) Jika pilihanraya ini adalah permainan bolasepak, saya boleh simpulkan PiEM Najib adalah “pakar taktikal” …pikir2 kan lah…
    12) Takbir…allahu akbar….

    ReplyDelete