Monday, July 27, 2009

TG HJ NIK AZIZ : MANA ADA KERJASAMA PAS UMNO




Mursyidul Am PAS TG Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa beliau pernah menyebut mengenai perpaduan antara Umno dan PAS, malahan menyifatkan Umno kini umpama kisah Laila Majnun.

Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mencabar pihak berkenaan mengemukakan bukti rakaman audio atau visual bahawa beliau pernah menyebut perkara seumpama itu atau menghulurkan salam perpaduan PAS kepada Umno.

"Umno umpama cerita Laila Majnun," katanya sambil menegaskan bahawa ia mengambarkan sikap desperado Umno.

"Saya bercakap mengenai kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan kerjasama antara parti," kata beliau sambil berkali-kali menafikan apa yang dilaporkan akhbar media utama.

No comments:

Post a Comment