Friday, December 11, 2009

ARIFAHMI - DI MANA MAHFUZ DI SAAT SAAT TOK GURU DI HENTAM TERUK JIKA BENAR BELIAU SAYANGKAN TOK GURU?


Kenapa sekarang baru mahu bersuara? Kenapa semasa ayahanda, termasuk saya sendiri diasak, dikecam dulu beliau hanya membisu.”

Demikian reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berhubung kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang mendesak agar beliau segera meletakkan jawatannya itu bagi meredakan konflik sedang berkisar dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Malah Ariffahmi menegaskan beliau masih berpegang pada pendirian sebelum ini bahawa hanya akan meninggalkan PMBK akhir Mac depan.

Semasa dihubungi The Malaysian Insider, Ariffahmi yang juga menantu kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan sebagai seorang pemimpin atasan Mahfuz sepatutnya terlebih dahulu memikirkan kesan akibat kenyataannya.

“Persepsi dari impak yang timbul tidak mustahil boleh mengundang padah,” kata beliau yang masih tidak faham apa motif sebenar Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena itu membuat kenyataan sedemikian.

Ariffahmi dan Nik Aziz menjadi sasaran serangan politik sejak awal November lalu.

Beliau telah memutuskan untuk akur kehendak Nik Aziz, yang melantik beliau dulu, agar melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Awal minggu lalu Ariffahmi mengumumkan bahawa berdasarkan terma kontrak perkhidmatannya beliau hanya akan meninggalkan

PMBK pada Mac depan dengan memberi notis tiga bulan berkuat kuasa Dis 24 ini.

Sehubungan itu, pada Isnin lalu Mahfuz meminta Nik Aziz selaku Penasihat PMBK supaya berbincang dengan ahli Lembaga Penasihat perbadanan itu supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera.

Pendirian Mahfuz itu juga dipertikaikan oleh Nik Aziz.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pemimpin, Ariffahmi melahirkan rasa kesal apabila sesuatu kenyataan diutarakan tidak berasaskan sumber yang jelas.

Ariffahmi menambah beliau juga telah cuba menghubungi Mahfuz melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataannya, namun tiada sebarang maklum balas.

“Saya tidak tahu kenapa beliau tidak jawab panggilan dan SMS saya,” katanya.

Seorang lagi Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata kedudukan Ariffahmi sekarang tidak harus diperdebatkan oleh orang luar memandangkan ia melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan.- SUMBER

5 comments:

  1. masa tGNA kena hentam, mahfuz pi danok berkaraoke. kalutttttttt la hg nie mahpuuuuz.

    ReplyDelete
  2. Salam ps...

    ambo tengok la arifahmi ni mace tok puas hati kenok letok jawatan. Ada ke tanya 'mana mahfuz ketika tok guru dihentam'?...mahfuz nak ulas macamana sebab isu ini berpunca dari beliau (arifahmi). Dialah punca kemelut semua ni. tak kiralah dia ke atau kickdefella ke..masalahnya arifahmi!

    cukup2 lah..mahfuz pun sama ..arifahmi pun sama biar tok guru sajo buny sudoh la..ore lain dok diam2 sudoh...

    ReplyDelete
  3. john,

    Kita kena stop tuding jari. Kita kena kumpul fakta.

    ReplyDelete
  4. orang macam mahfuz inilah seperti golongan orang yang engkar semasa peperangan uhud, yang bukan sahaja menyebabkan Rasulullah cedera malahan bapa saudara Nabi Sy Hamzah syahid.

    kurang akal punya timbalan presiden, tak tahu prosedur kerja ka..ingat despatch ke boleh berenti 24jam

    ReplyDelete
  5. Pembetulan - Hj Mahfuz Omar adalah Naib Presiden PAS dan bukannya Timbalan Presiden PAS.

    ReplyDelete