Tuesday, December 1, 2009

KICKDEFELLA - YOU DESERVED TO BE KICKED



Pada mulanya aku baca jugak blog Kickdefella. Walaupun pada mulanya, ada perkara-perkara yang aku rasa perlu diketengahkan, dan diselesaikan. Dan pada mulanya juga aku merasakan bahawa Kickdefella mempunyai sebab untuk marah. Tapi itu lebih dua minggu dulu. Sekarang aku rasa…Kickdefella mempunyai tujuan lain apabila mendedahkan salahlaku pengurusan PMBK.

Apa yang Kickdefella mahukan? Menyingkir Arifahmi?…dah selesai. Mahu membongkar rasuah? Sepatutnya Kickdefella buat lebih lama dulu. Semasa dia menerima gaji buta hampir lima ribu sebulan…tanpa perlu pergi kepejabat. Mahu membongkar rasuah-rasuah yang berlaku di PMBK?

Bongkar lah..aku setuju. Tapi sekarang sudah lain motif Kickdefella. Bila tengok blognya…ia tidak lagi berkisar tentang rasuah dan salah laku…tetapi tentang memburukkan Nik Aziz. Dan apa yang aku perhatikan, Kickdefella begitu licik memainkan peranan untuk menumbangkan Nik Aziz.

Kickdefella tidak menulis memburukkan Nik Aziz didalam posting, tetapi dia menulis melalui komen-komen. Dia menghentam Nik Aziz dan berselindung dibelakang nama-nama samaran diruangan komen. Perhatikan tukang-tukang komen diruangannya. Sebahagian besar daripada mereka bukan lah nama-nama yang biasa dilihat membuat komen dimana-mana blog.

Perhatikan juga didalam posting-posting lama Kickdefella. Bagi mereka yang biasa menerima komen spam, sudah biasa dengan cara ini. Orang yang sama membuat berpuluh-puluh komen dengan nada yang sama. Dan tujuan mereka didalam komen-komen blog Kickdefella ialah memburukkan Nik Aziz dengan kata-kata yang kesat.

Dulu ini kerja geng-geng cybertrooper Umno…sekarang Kickdefella dengan senang hati melepaskan komen-komen tersebut. Kickdefella bukan lagi penyokong Pas tetapi pengkhianat Pas kerana kepentingan diri. Semasa menerima gaji buta…semuanya bagus. Tetapi apabila gaji buta ditarik balik…semuanya buruk. Bagi aku…Kickdefella samalah dengan dengan Jamaludin, Osman ataupun Radzi. Pembelot apabila kepentingan diri tidak dipenuhi.

Kickdefella adalah lambang budaya Umno dalam Pas. Budaya Umno bukan saja terdapat dalam PKR..DAP…malah budaya Umno juga sudah merebak luas didalam Pas. Dan tindakan Kickdefella ini nampaknya cuba mengalih perhatian ramai dari UG. Malah…tidak keterlaluan kalau aku katakan…tindakan Kickdefella ini seolah-olah mendapat restu puak-puak UG.

Sekarang orang tak peduli dengan keputusan Lembaga Disiplin terhadap Hasan Ali. Tuan Ibrahim sudah jadi hakim coklat hacks. Semua perhatian tertumpu kononnya tentang rasuah dan kronisma didalam PMBK.

Aku bukan ahli Pas. Bukan juga penyokong fasal 3,4 dan 5 Perlembagaan Pas. Aku juga bukan penyokong rasuah. Malah ketika ditanya oleh seorang rakan blogger kepada aku, aku kata dua-dua patut disingkir. Arifahmi dan Kickdefella.

Tapi aku tentang Kickdefella kerana cuba menjatuhkan Nik Aziz. Nik Aziz perlu dijatuhkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Dan aku tentang Kickdefella kerana dia bukan lagi penyokong Pas atau Pakatan Rakyat…sebaliknya mahu menjahanamkan Pakatan Rakyat. Hanya kerana keinginannya untuk mendapat gaji buta sebanyak sepuluh ribu campur empat ribu ditolak.

Blog Kickdefella bukan lagi sebuah blog penyokong Pakatan Rakyat sebaliknya lebih merupakan landasan untuk menjatuhkan Nik Aziz.

This fellow deserved to be kicked.

matsamankati

15 comments:

  1. NOT ONLY TO BE KICKED BUT TO BE FUCK OFF FOREVER.....

    ReplyDelete
  2. betul ke? mungkin kebetulan mungkin tidak.

    tapi kalau betul, PAS Kelantan sepatutnya bertindak cepat untuk menyelesaikan masalah PMBK supaya tiada lagi peluru untuk orang buat 'tuduhan'. aku sendiri pun dah malas nak baca komen-komen dlm blog kickdefella tu sebab banyak sangat unsur-unsur cybertrooper UMNO kat situ. tidak lah aku sampai menuduh kata Sheih yg menulis sendiri komen-komen tu.

    TG Nik Aziz dan PAS Kelantan patut lebih cepat. depa patut belajar dari apa yg berlaku pada PAS Pusat dan isu UG. selagi benda tu tak diperbetulkan selagi itulah orang dok mengata. takkan la orang nak mengata saja-saja kot?

    mungkin aku tak baca sangat komen-komen tu, tapi rasanya kebanyakannya pasal hal dalaman PMBK yg tak selesai lagi? hal-hal yg 'kononnya' berbangkit dari sejak Ariffahmi memegang jawatan CEO?

    - kuntau

    ReplyDelete
  3. tapi kau org kena ingat ni le org org yg sama menyemak Pak Lah bersama TGNA. kalau TGNA sorang pak lah tak tercampak, nasib baik ada penyepak kickthefella, kalau skrg penyepak dia dihalakan ke TGNA ramai yg akan menyepak dia pulak, termasuk tuan punya laman web ni.

    ReplyDelete
  4. Pendirian john...

    Ambo tak tengok who is the hell is kickdefella..but i support the accusation to Arifahmi together with their fact!..who ever bring the news don't see 'who' but see it 'what is the news'.
    if kickdefella start to provoke tok guru, i'm is the one who will spit or pee on him...for now i'm waiting the denial from arifahmi or defamation suit from arifahmi. If arifahmi insist to remain silent then i can make conclusion that whatever kickdefella say about him is true and nothing is not true but all true!..adios amigos

    ReplyDelete
  5. nsb baik bkn kau yg tulis pemburu syurga tapak kaki ajis...

    ape yg selesainya.....smpai skrg AF xletak jawatan lagi...

    aku caya kick ada buah kilas dgn hal ni..kick hanya wak dogo...tok dale dia aku rase huse..kl tanpa keizinan huse,kick xakn dedahkan perkara ni..xcara r kick ada motif gapa pun, yg penting kick telah dedahkan kpd rakyat kelate perangai buruk dan base pedal huduh ajis...

    ReplyDelete
  6. yang pelik lagi ajaib...org yg bawak Kickfella..ni sapa dia?tak tahu ke..sapa KF ni?yang bawak tu penganut UG ke? semua duk sal;ahkan org lain..yg kambus tahu tu disayangi dan boleh gelak dalam selimut lagi...

    ReplyDelete
  7. Seperti yang akau dah bgtau dulu, aku tak akan layan komen berkaitan konflik PMBK. Muktamad.

    ReplyDelete
  8. JGN biarkan Kick mabuk pinang muda lama2

    1.TGNA kata Huse budak bijak lagi baik :Tulus Ikhlas drpd TGNA
    2.Kick kata Huse patuk keluar dr kelate
    3.Kick kata AF jahat
    4.Huse kata dia xser jawate
    5.Huse kata dia xnak cari balah dgn TGNA
    6.Anak2 TGNA kata Exco ni .....Nampak jelas drpd Anak2 TGNA
    7.Orang2 kata Kick orang kuat Huse
    8.Tapi Huse Xkata kick ......
    Ada apa dengan Husam ?!
    ( drpd rumus_ibarat)

    ReplyDelete
  9. Semoga puak puak bertopeng nih jahanam cepat.

    ReplyDelete
  10. Mu patut jahanam awal wahai Tuan Tanoh munafik

    ReplyDelete
  11. Jahanam di sisi manusia bertopeng tak sama dengan jahanam di sisi Allah swt.

    Begitu juga jika jahanam di sisi bloggers bukan bererti jahanam di sisi Allah swt.

    Mulia dan terpuji di sisi bloggers bukan bererti mulia dan terpuji di sisi Allah swt.

    Mulia dan terpuji di sisi pimpinan juga bukan bererti mulia dan terpuji di sisi Allah swt.

    ReplyDelete
  12. mapuih mu kickfella

    ReplyDelete
  13. I have yet to hear from Husam.
    Husam to me is nice men, but he has yet to give his stand on this matter.
    Its teranjangfella or arifffahmi or I look both are condemn attitude

    ReplyDelete