Friday, December 11, 2009

NASIHAT BUAT PIMPINAN PAS - JANGAN GADUH SOAL RUMAHTANGGA DI JALANRAYA



Oleh : idham Lim (cina islam)

Saya hairan bila Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sekali lagi mempertahankan pandangannya agar menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digugurkan segera daripada menerajui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Selain itu beliau dipetik sebagai tidak tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan, juga sebagai pengerusi PMBK, yang menyifatkan kenyataannya hanya memberi peluang kepada Umno "berpesta". apalagi pandangan itu diluahkan kepada media pihak lawan PAS, adakah tidak ada lagi saluran lain untuk beliau mengeluarkan pandangan.

Nik Abdul Aziz hari ini dilaporkan berkata Mahfuz cuba memandai-mandai dalam pentadbiran syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu sedangkan peletakan jawatan Abdul Ariffahmi telah diputuskan bersama oleh beberapa pemimpin kanan PAS.

Apapun pada pandangan saya siappun yang mengeluarkan kenyataan dalam soal keputusan yang telah dipersetujui adalah membawa satu masalah lain, apalagi sejak akhir-akhir ini nampaknya ada trend baru untuk mengeluarkan kenyataan kepada media musuh PAS sendiri.

Bagi saya soalan yang dikeluarkan oleh rakan media musuh sudah tentu merupakan perangkap dan segala jawapan yang diberikan dimanipulasi semaksima mungkin untuk melaga-lagakan antara pemimpin PAS. Semuanya mesti berhati-hati.

Gunakanlah segala saluran parti yang ada untuk menyelesaikan masalah rumahtangga PAS termasuklah persoalan PMBK. Kalau nak berkelahi janganlah dikedai kopi atau di bank nanti orang tengok dan dengar, yang malu rumah tangga sendiri. apa lagi berkelahi di situ pastinya tidak menyelesaikan masalah yang kusut, bertambah kusut malah ada. Malah dalam kes PMBK jelas yang untung adalah musuh PAS.

6 comments:

  1. awat la hg nie mahfuz kalut & gelojoh sgt? dah la tingkah laku & percakapan gelojoh dgn kalut, tak cukup dgn tu busy body rumahtangga org. woitt mahfuz, lebih baik hg pi jaga kawasan hg dan kawasan sekitar alor star yg dikatakan kotor dgn sampah sarap. ubah mentaliti tu, jgn dok teropong cari kesalahan org saja. low mentality la hang ni kamjad.

    ReplyDelete
  2. Ana pun sokong juga.

    Bontot sendiri ada najis meleleh tak? ADA.

    So, janganlah dok kalut dengan bontot orang lain.

    Cuci bontot sendiri tu dulu.

    Kita sekarang dah memerintah walaupun belum sepenuhnya. Apsal masih gagal nak buang jauh mentaliti sebagai pembangkang tu?

    ReplyDelete
  3. Maaflah kepada pihak Mahfuz, lagi banyak dia dok bersuara dan balas membalas dalam isu nie, lagi hilang respek ana pada Mahfuz. Sudah²lah Mahfuz.Nak jadi macam Kickdefella jugak ker?
    Kickdefella tuh walaupun tindakan dia buruk, dia hanya blogger, dia bukan ada saluran macam Mahfuz. So, dia lepaskan cara terbuka. Ini Mahfuz, naib Presiden PAS, buat perangai tak elok macam nie. Ego tak bertempat.Orang tau la apa yang hang sebut tuh betui. Orang tak pertikaikan apa yang hang sebut. Tapi orang meluat cara hang. Hang bising2 kat media. Kalau gentleman pergi jumpa TG la kat KB sana?? Macam Presiden dan rombongannya buat? Hang dok bising dlm media saja tindakan bacul dan bodoh. Depan tok guru berani ka?

    -jejak awan.

    ReplyDelete
  4. mahfuz bangang tahap lahabau

    ReplyDelete
  5. PS dok melondehkan PAS dlm blognya lagi dahsyat! Posting dari blog MSO pulak tu... lagi dahsyat! MSO tu asyik hentam Husam, lepas tu sindir tok guru (pukul anak sindir menantu)... kemudian PS pula paste "artikel munafikin" kat sini... lepas tu berkatalah 'SAYYESTOMUNAFIQEEN. :) Tahniah!

    ReplyDelete