Friday, December 11, 2009

TOK GURU - MAS KAHWIN TINGGI MENGGALAKKAN PERTAMBAHAN ANDARTU



Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ia boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

"Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

"Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu. - BERNAMA

4 comments:

  1. Salam,
    apa komen Exco Agama Selangor, Dato' Hassan Ali?

    ReplyDelete
  2. So far ana tak jumpa lagi ulasan Dr Hassan Ali. Yang ana jumpa hanya ulasan Khusrin Munawi yang UMNO itu.

    ReplyDelete
  3. Rasanya mas kahwin RM300 masih ok di Selangor. Duit mas kahwin adalah hak si isteri. Yang galakkan andartu adalah mak ayah yg mcm dah 'jual anak' dengan letak hantaran tinggi2. Hantaran biasanya diguna untuk tampung kenduri kahwin. Hantran tinggi2 ikut artis la katakan. Ada hntran yg ikut kelulusan anak. Ada yg ikut jwtan bakal menantu. Mungkin juga maksud TGNA bila bercakap tentang mas kahwin adalah lain (maksudnya hantaran) sbb di Kelantan dan Terengganu mas kahwin dan hantaran diakadkan sekali. Jadi duit tu semua jadi hak isteri sbb hantaran diakadkan sekali dgn mas kahwin. Jadi bila TGNA bgtahu beliau letak mas kahwin anak2 beliau rendah, tu bermaksud bersama hantaran sekali. Di negeri2 lain biasanya hantaran yang melampau tinggi tu diasingkan dgn mas kahwin. Yg jadi beban bila kenduri gah sangat, ada kugiran, baju salin berpasang2. Yg kesian pengantin habis duit sbb memenuhi kehendak org tua dan saudara mara dan mungkin juga diri sndri, almaklumlah hanya sekali hehehe...

    ReplyDelete