Sunday, October 4, 2009

ISU ISA SAMAD CALON KITAR SEMULA - TISU TANDAS YANG LUPA DIRI



Isa Samad menafikan dirinya sebagai calon kitar semula seperti mana yang digambarkan oleh Pakatan.

Menurut Isa Samad, Anwar Ibrahim adalah lebih tidak relevan berbanding beliau kerana menurut beliau, Anwar Ibrahim tidak bertanding dalam pilihanraya selama 6 tahun berbanding beliau yang cuma satu penggal sahaja tidak bertanding.

Itu hujah Isa Samad yang ala ala hujah doraemon.

Kitar semua membawa erti barangan terpakai yang terbuang yang sudah tidak boleh dimanfaatkan lagi dipungut semula untuk dimanfaatkan semula bagi urusan yang lebih rendah martabatnya berbanding urusan atau tugasan asal bahan terbuang tersebut.

Ertinya, jika dulunya kertas itu adalah kertas buku yang putih sifatnya, apabila kotor dan comot, maka kertas buku itu pun dibuang dan akan dipungut semula untuk dijadikan kertas tisu tandas.

Itu erti kitar semula.

Begitu juga dalam isu Isa Samad. Tisu tandas yang lupa diri masih memekik-mekik dirinya adalah kertas buku yang putih bersih. Saper nak percaya?

Dalam hal Anwar Ibrahim ini pula, beliau adalah barang lama yang terpakai tetapi masih disimpan kerana terdapat nilai sentimental padanya dan masih boleh digunakan.

Isa Samad ini adalah seorang bekas guru sekolah tetapi malangnya beliau gagal untuk membezakan diantara "terpakai" dan "terbuang".

Tidaklah hina untuk berwajah Doraemon tetapi janganlah akal fikiran pun nak diDoraemonkan juga.

Isa, cermin diri.

3 comments:

  1. recycle bin... idup lagi makhluk nie.

    ReplyDelete
  2. Orang macam Isa Samad nih adalah spesis spesis yang akan kekal dalam UMNO sampai UMNO tu hancur.

    Apa kita nak heran....

    ReplyDelete
  3. muka kulit bewak... mcm brahim kongkiak

    ReplyDelete