Friday, October 9, 2009

UMNO MEMPERKUDAKAN MPPD UNTUK MENURUNKAN BANNER PAS - NASIB BAIK SEMPAT HALANG




UMNO yang semakin terdesak telah memperkudakan segala jabatan yang ada untuk kepentingannya.

Terkini, dalam jam 10 pagi tadi, UMNO telah memperkudakan MPPD untuk menurunkan banner PAS yang kononnya tidak tertulis "hak milik PAS" pada banner tersebut sedangkan sangat terang dan sangat jelas tertera di atas banner itu lambang parti komponen Pakatan Rakyat.

Atas tindakan segera petugas PAS yang diketuai oleh YB Dr Dzulkefli Ahmad, kerja jahat itu dapat dihalang dan hanya satu banner sahaja yang berjaya diturunkan pihak musuh. Banner itu walau bagaimana pun telah diserahkan semula kepada petugas PAS oleh penguatkuasa MPPD.

Dulu, SPR mahupun PBT tidak kisah tentang apa juga banner selagi mana ada lambang parti dan tidak bersifat provokasi tetapi kini kenapa undang undang itu berubah?

Adakah kerana undang undang itu sudah digubal atau baru teringat nak dikuatkuasakan atau undang undang itu gunanya hanya untuk melindungi kepentingan UMNO yang semakin nazak itu?

Buat pengundi Bagan Pinang, alang alang UMNO dah nazak, so, tunggu apa lagi? Ayuh !! Kita kuburkan sajer UMNO di Bagan Pinang.

No comments:

Post a Comment