Friday, October 23, 2009

LUAHAN MAT REMPIT "PAS" - JANGAN PANDANG KAMI SEBELAH MATA



Kami sokong PAS bukan kerana kami suka PAS. Kami sokong PAS kerana kami benci UMNO. Kami meluat dan menyampah dengan UMNO. Kami bersama PAS kerana kami suka geng geng Ustaz.

Lakukan sesuatu kepada kami. Jangan hanya pandang kami ketika kempen pilihanraya sahaja. Ramai di kalangan kami yang belum isi borang PAS. Apatah lagi nak tengok dan baca perlembagaan PAS.

Hati kami tak tahu sama ada dengan UMNO, PAS atau PKR. Yang penting, sekarang kami dengan PAS walaupun PAS tak pandang kepada kami pun.

Ada ustaz ustaz PAS ketika kempen pilihanraya, turun jumpa kami macam mereka tu ahli syurga dan kami nih ahli neraka.

Adakah semua remaja tu rempit? Adalah semua remaja tu menjadi liar dan kaki kacau dalam masyarakat?

Janganlah hukum kami begitu.

Teringat kata kata seorang "abang" PAS kepada kami - CARILAH REDHA ALLAH SWT WALAU HANGPA NIH REMPT SEKALI PUN. REMPIT PUN LAYAK MASUK SYURGA JIKA REMPIT ITU SEORANG MUSLIM YANG PATUH DAN TAAT.

SUMBER : www.tentanghabishabisan.blogspot.com

2 comments:

  1. Syurga atau Neraka bukannya milik manusia samada dari PAS mahupun UMNO. Syurga dan Neraka adalah ketentuan berpaksi kepada Janji Allah. Jika menjadi Muslim yang baik, Insya'allah ganjarannya Syurga. Jika engkar kepada suruhan Allah janjinya Neraka.
    Merempit itu sendiri adalah larangan Allah. Lebih baik kembali kepada ajaran Allah yang sebenar. Kembali belajar dan mempraktikkan ajaran Allah. Itu yang sebaiknya.
    Amanah Islam wajib dipikul oleh Umat Islam bukan hanya kepada pemimpin Islam.
    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik komen kekacang nih diakhiri dengan kalimah "wallahua'lam". Jika tidak, nak jer aku hurai panjang.

    ReplyDelete