Saturday, October 10, 2009

PENYOKONG UMNO BAGAN PINANG MAMPU MENYELAMATKAN MARUAH UMNO DARIPADA PERASUAH SEPERTI ISA SAMAD



Semua orang tahu siapa Isa Samad. Aku tak nak bincangkan tajuk ini menerusi kacamata penyokong Pakatan Rakyat kerana pastinya pandangan pandangan itu sangat memihak.

Aku nak bincangkan isu nih menerusi kacamata seorang yang neutral.

Dari kacamata penyokong Isa Samad, Isa Samad merupakan individu yang mampu membela mereka. Pada mereka, jika Isa Samad menang, maka senanglah kehidupan mereka kerana mereka kroni Isa Samad.

Namun, bagaimana pula "Isa Samad" menerusi kacamata penyokong UMNO yang bukan dari kem Isa Samad? Kem Mohamad Hassan? Kem calon calon UMNO yang turut tersenarai tetapi ditolak selepas diugut boikot oleh penyokong Isa Samad? Kedua dua kem ini wajar diberikan satu perhatian yang serius.

Umum mengerahui UMNO Bagan Pinang telah terbahagi kepada 3 kumpulan. Kumpulan Isa Samad, kumpulan Mohammad Hassan dan kumpulan calon yang dicantas oleh Isa Samad.


Pertama

Penyokong Mohamad Hassan adalah merupakan kelompok yang mahu melihat kedudukan Menteri Besar itu diperkukuhkan supaya pentadbiran kerajaan negeri menjadi lebih lancar dan tersusun.

Isa Samad, jika menang, tidak dapat tidak, pasti akan melakukan sesuatu bagi menjatuhkan Mohamad Hassan supaya kerusi empuk Menteri Besar itu jatuh ke tangan beliau semula.

Secara tidak langsung, kemenangan Isa Samad akan menjadi penyebab kepada terbantutnya usaha murni Mohamad Hassan untuk mewujudkan kerajaan negeri yang bebas rasuah dan penyelewengan tahap mega.

Adakah penyokong Mohamad Hassan rela dan tidak kisah jika Negeri Sembila sekali lagi diketuai oleh seorang Menteri Besar yang kaki rasuah dan pencinta penyelewengan?


Kedua

Penyokong bakal calon yang telah dicantas oleh Isa Samad juga berhak untuk berasa kecewa dan terkilan dengan tindakan jahat dan dengki yang dimainkan oleh penyokong Isa Samad.

Usaha mereka untuk menobatkan calon yang bersih dan berkaliber telah digagalkan dan disabotaj oleh Isa Samad.

Bagi kelompok ini, Bagan Pinang berhak untuk memilih calon yang bersih dan amanah bagi menjadi ADUN mereka dalam usaha memantapkan lagi pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan.

Kelompok ini menolak Isa Samad kerana mereka tahu dan tahu sangat segala penyelewengan yang pernah dilakukan oleh Isa Samad sepanjang beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan beberapa ketika dulu.

Sau perkara yang perlu kelompok ini renungkan adalah - mereka masih punya peluang untuk menobatkan calon yang bersih dan amanah yang masih ada di dalam UMNO Bagan Pinang dengan syarat Isa Samad dikuburkan terlebih dahulu.

Jika tidak, jangan harap dan jangan bermimpi untuk mempunyai calon lain kerana Isa Samad pasti akan mencantas sesiapa sahaja setelah beliau berada di puncak kuasa.


Ketiga

Kedua dua kelompok ini iaitu kelompok Mohamad Hassan dan kelompok bakal calon yang dicantas oleh Isa Samad harus bersatu bagi membuktikan bahawa UMNO masih boleh diselamatkan jika pimpinan atasan mendengar rintihan, cadangan dan pandangan ahli bawahan.

Kedua dua kelompok ini wajib bersatu hati bagi membuktikan kasih sayang mereka kepada UMNO mampu menyelamatkan UMNO di Bagan Pinang pada masa hadapan.

Tidak lain tidak bukan, kedua dua kelompok ini wajib mempastikan Isa Samad tersungkur supaya individu individu yang bersih dan amanah mendapat tempat semula di dalam UMNO.

Ada orang kata, bukan senang mahu menjatuhkan Isa Samad kerana Bagan Pinang merupakan kubu kuat beliau. Yang sebenarnya, itu soal yang amat kecil untuk dibahaskan kerana hulurkan sahaja tangan anda kepada PAS.

Bukan bererti anda mengisi borang PAS tetapi bererti bekerjasamalah dengan PAS dalam usaha murni anda menyelamatkan maruah UMNO daripada terus menerus diperlekehkan oleh pemimpin UMNO yang dudah hilang akal itu.

Isa Samad pasti akan tersungkur jika anda berani membawa perubahan dengan memberikan undi kepada calon PAS. Bukan bererti anda menyokong PAS tetapi itu merupakan pengorbanan terbesar untuk anda menyelamatkan maruah UMNO daripada dilacuri oleh penipu dan perasuah seperti Isa Samad.

Bangkitlah wahai penyokong UMNO Bagan Pinang. Bersatu hatilah untuk menjatuhkan Isa Samad supaya calon yang bersih dapat disenaraikan dalam PRU Ke 13 nanti.

Berilah undi anda kepada calon PAS sebagai tanda protest anda kepada kedunguan dan ketamakan pemimpin UMNO yang tidak pernah kenyang itu.

No comments:

Post a Comment