Friday, October 30, 2009

BADRUL - DARI TONG TAIK KE KOLAM KUMBAHAN



Jika u tak setuju dengan PKR kerana moral Anwar dan u rasa u perlu lompat supaya tidak dilihat bersekongkol dengan kegiatan tidak bermoral tersebut, why u tak lompat ke dalam PAS mahupun DAP?

Why u lompat untuk jadi bebas dan menyokong BN? Kenapa u tak jadi bebas dan menyokong Pakatan?

Adakah BN khususnya UMNO itu sangat tinggi moralnya? Cuba u sebutkan sorang jer pimpinan UMNO yang moralnya tinggi dan tidak boleh dipertikaikan. Hampir takde sekor pun !!

Sekarang nih ibarat u lompat daripada satu tong najis ke dalam kolam kumbahan !! Bongok punyer Badrul !! Bongok lagi penternak katak yang gagal mendisiplinkan katak katak yang diternak !!

Setuju dengan pandangan Tan Sri Khalid Ibrahim - bukan soal Badrul mewakili parti mana atau menyertai parti mana, soalnya, beliau perlu buat kerja sebagai seorang wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat.

p/s : Tan Sri Khalid, Bandar Tun Razak macam mana? Tan Sri buat kerja tak? Atau, Tan Sri swastakan jer kepada Azman Abideen? Tan Sri pun sama juga macam Badrul. Kata dulang paku serpih.....

NASHARUDDIN - BERSILATLAH SELAGI MANA ANDA MAMPU BERSILAT



Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa semalam menafikan beliau seorang pemimpin 'bermasalah' seperti yang didakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya jika beliau seorang pemimpin bermasalah sudah tentu perwakilan tidak akan memilih beliau dan majoriti yang diperolehnya pada Muktamar Tahunan PAS ke-55 pada Jun lepas menunjukkan sebaliknya.

Nasharuddin, yang terkejut kerana namanya turut disebut oleh Menteri Besar Kelantan itu, bagaimanapun berkata ini adalah amalan biasa bagi pemimpin atasan untuk memberi nasihat kepada anggotanya.

"Cara kami bekerja dalam PAS ialah terutamanya pemimpin atasan lebihlebih lagi beliau (Nik Aziz) sebagai pemimpin berpengaruh sentiasa memberi nasihat kepada kami.

"Beliau juga sentiasa mengingatkan kami mengenai sebarang isu dan apa sahaja tetapi dalam kes ini teguran itu datang menerusi blog (Tok Guru)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, semalam.

Penafian itu merupakan kenyataan sulung Nasharuddin sejak Nik Aziz menamakan beliau sebagai antara "dua tiga kerat pemimpin yang bermasalah" dan mencadangkan parti itu mengadakan satu Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menentukan kedudukan pemimpin-pemimpin itu.

Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz dalam blognya, www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin dalam parti itu termasuk menyebut nama Nasharuddin, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Datuk Dr Hassan Ali yang merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Nik Aziz mendakwa perlunya ada perubahan dalam "pemainpemain utama" yang menduduki kerusi kepimpinan PAS di peringkat pusat ini kerana masih berterusan dengan isu kerjasama dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharuddin, bagaimanapun berkata Nik Aziz telah memperjelaskan apa yang dimaksudkannya dalam tulisan berkenaan kepada Jawatankuasa PAS Pusat semalam, dan jawatankuasa itu telah membuat keputusan tidak mengadakan EGM sebaliknya digantikan dengan Seminar Politik.

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat lebih empat jam semalam sebulat suara memutuskan Muktamar Agung Khas (EGM) tidak akan diadakan, dan sebaliknya akan digantikan dengan seminar politik pada 7 Nov ini.

Selain itu, keputusan yang diumumkan Presiden parti itu turut mengarahkan jawatankuasa disiplin parti menyiasat PAS Selangor berhubung isu-isu yang dibangkitkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri itu. - BERNAMA

p/s : "kalau saya bermasalah, tentulah perwakilan tidak akan memilih saya dan saya tidak akan memang dengan majoriti yang besar" - Masalahnya, perwakilan pilih hang sebelum hang buat masalah dan hang mula naik tocang lepas hang "memang besar" hasil kebongokan Mat Sabu dan Husam yang tak reti nak kompromi.

Thursday, October 29, 2009

KATAK BIRU MUDA BERMATA LEBAM MEMBIAK LAGI



Seekor lagi katak lahir ke muka bumi.

Sebelum ini, 3 ekor katak telah lahir di Perak iaitu seekor katak merah di Jelapang dan dua ekor katak biru muda masing masing satu di Behrang dan Changkat Jering.

Last few months, seekor katak juga telah dilahirkan di Kedah iaitu di Lunas. Juga dari spesis katak biru muda.

Kali ini di Selangor atau lebih tepatnya di Pelabuhan Kelang. Juga dari spesis biru muda.

Alhamdulillah, spesis katak hijau belum lahir kerana asyik keguguran sahaja.

Soalnya, kenapa spesis katak biru muda ini dilahirkan dengan begitu kerap sekali? Jawapannya, mudah.

Pertama - calon tangkap muat ketika PRU Ke 12 yang lalu.

Kedua - tamakkan kerusi sehingga lupa nak ukur baju di badan sendiri.

Ketiga - bodoh sombong tak nak dengar nasihat orang.

Keempat - takde iman.

Kelima - perjuangan yang takde halatuju yang jelas.

Keenam - parti lepas geram.

Nak marah..marahlah. Ada aku kesah?

ARTIKEL UST TANTAWI - BIKIN SERUPA CAKAP ATAU CAKAP TAK SERUPA BIKIN




Artikel ini adalah hasil tulisan Ust Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat. Aku diminta oleh seorang teman bloggers untuk memberikan sedikit ulasan terhadap artikel ini.

Pada aku, Ust Tantawi menulis dengan kekuatan ilmunya. Artikel ini bagus sebagus nasihat yang terkandung di dalamnya. Semua kita, termasuk Ust Tantawi sendiri, wajib muhasabah diri berpandukan persoalan yang dilontarkan oleh Ust Tantawi ini.

Sama ada kita "sebulu" mahupun "tidak sebulu" dengan Ust Tantawi, itu soal kedua. Yang utama, artikel ini wajib dibaca dan difahami.

Ada pembaca marah marah dengan aku di ruang chatbox atas tajuk yang aku berikan untuk artikel ini. Katanya, aku memfitnah Ust Tantawi.

Cuba jangan pandang tajuk tu dari sudut emosi. Baca tajuk dan fahami isi kandungan artikel, insyaAllah anda akan faham sama ada tajuk itu untuk Ust Tantawi atau untuk entry ini.

Pada aku, tajuk itu aku berikan kepada entry ini kerana aku menyokong pandangan Ust Tantawi supaya jangan berjuang secara cakap tak serupa bikin. Sebab tu di awal tajuk tu lagi aku dah tulis perkataan "artikel".

Jadi, jika ada yang masih nak marah marah, aku nak tanya satu jer - FAHAM BAHASA MELAYU KER TAK? Itu jer.

Walau apa pun, menulislah atas kekuatan ilmu masing masing. Tetapi alangkah bagus jika kekuatan ilmu itu turut dikukuhkan dengan kefahaman yang tinggi dan tidak hanya bagus diatas kertas sahaja.

Wallahu a'lam.


PAS adalah Gerakan Islam

Bukan semata - mata Parti Politik


Parti Islam se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam yang melaksanakan aktiviti Amal Islami ke arah mencapai cita - cita perjuangan Islam iaitu meninggikan kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia.


Penyertaan PAS dalam medan siasah [ politik ] adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangannya untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini.


Siasah [ politik ] PAS adalah siasah Islamiyyah yang kaya dengan adab, akhlak dan prinsip Islami yang dipandu oleh wahyu dan sunnah. Semua pemimpin dan anggotanya terikat dengan tatacara yang telah dimaktubkan. Pelanggarannya dianggap satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh pemimpin dan anggota PAS.


Tugas dan tanggungjawab PAS jauh lebih besar dari hanya sekadar berpolitik. Tanpa mengabaikan tanggungjawab politik yang dilunas mengikut prinsip amal Islami, PAS juga mempunyai tanggungjawab besar untuk turun berdakwah dan memimpin fikrah [ pemikiran ], syakhsiyyah [ peribadi ] dan ruuhiyyah [ spiritual ] masyarakat.


Justeru itu , kurangkanlah politiking sesama sendiri yang hanya mengheret kita bersengketa dan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan keuntungan kepada perjuangan sebaliknya menjadikan kita retak dan pecah.


Berikan tumpuan kepada usaha pengukuhan gerakkerja dan mempelbagaikan aktiviti ke arah memahamkan masyarakat terhadap Islam yang kita perjuangkan. Tidak hanya menumpukan isu - isu politik sehingga memperlahankan tempo dalam gerakkerja dan aktiviti Amal Islami yang lain seperti pemantapan Aqidah dan Fikrah.


Jangan biarkan sebarang kemelut melintasi ruang jamaah kita sehingga ia merosakkan penumpuan dan keikhlasan kita terhadap amanah perjuangan. Keasyikan berpolitik dan keghairahan bersaing di dunia politik kini kelihatan banyak melahirkan pemimpin dan anggota parti yang tidak lagi menumpukan tanggungjawab asas sebagai seorang pejuang Islam.


Telah ramai pemimpin dan anggota jamaah yang telah mengabaikan solat berjamaah, menjauhkan diri dari majlis - majlis ilmu, tidak lagi melazimi usrah. Ucapannya pula tiada lagi hikmah sebaliknya kasar dan keras. Tindakannya gelojoh, egonya tinggi dan hanya merasa diri sahaja yang bijak dan pandai. Gemar bertelingkah dan suka memfitnah. Melakukan dosa tanpa sedar ianya berdepan murka dan kutukan Allah swt. Sebagai contoh mudah, apabila jamaah dan anggotanya dilanda badai dan kemelut, tiada lagi usaha untuk bermunajat dan solat hajat agar keadaan tenang dan terkawal. Sebaliknya berlumba - lumba nak menyalakan lagi isu yang sedia membara.


Saban ketika dan waktu hanya merancang bagaimana nak jatuhkan si anu dan si anu [ saingan politiknya ] kerana ia tidak sependapat dengan aku [ atau mereka memurnikan sedikit alasannya yang berbunyi " demi kebaikan jamaah ...." @ " demi masa depan jamaah ..." dan lainnya sebagai melindungi perkataan sebenar " demi kebaikan aku ..." @ " demi masa depan politik aku ......." ]


Segalanya kerana pengaruh politik tanpa agama dan akhlak. Hitungan seharian dalam dunia politik ialah bagaimana nak menang ! Bagaimana nak dapatkan undi Melayu dan non Malay ! Tetapi malang, sebahagiannya tidak memasukkan dalam hitungan mereka, bagaimana nak pertahankan Islam dan memenangkan Islam ! Malah ada yang berani mengatakan jangan bercakap Islam kerana nanti kita kurang popular dan non muslim akan menjauhi kita.


Sebagai anggota Gerakan Islam, kita tidak seharusnya prejudis terhadap Islam. Perjuangkan Islam nescaya Islam akan menambat hati nurani semua ummat, justeru Islam adalah agama wahyu untuk seluruh manusia. Keadilan Islam dan akhlaknya akan meruntun hati manusia walau pada mulanya mereka membenci Islam. Pentingnya kita mesti tegas bersama Islam.


Jangan hanya kita berbangga dengan ilmu dan akhlak pemimpin kita seperti Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz sedang kita tidak berusaha untuk jadi seperti mereka atau lebih baik dari mereka. Bangga meriwayatkan kesederhanaan 2 tokoh pemimpin kita tetapi kita hidup tenggelam dalam kemewahan yang keterlaluan. Bangga dengan tawadhu' dan wara'nya mereka tetapi kita gopoh, liar dan tidak cermat. Bangga dengan karisma dan wibawa mereka sementara kita sering culas dan nakal.


Binalah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita membinanya. Pagarilah jamaah ini sebagaimana kedua Tok Guru kita memagarinya. Kalau kita tidak mampu menjadi seperti mereka berdua, ambillah contoh dan ikutlah qudwah mereka bukan menjatuh dan melemahkan mereka serta melaga - lagakan mereka. Kerana itu perbuatan insan yang nakal lagi liar .


Berjuang biarlah dapat pahala, jangan berjuang untuk menambah dosa.Berjuang biarlah ramai sahabat, jangan berjuang meramaikan musuh. Berjuang biarlah tenang, jangan berjuang menambah serabut. Berjuang biarlah damai, jangan berjuang untuk bergaduh. Berjuanglah jangan tidak berjuang ....


Kita berjamaah untuk Islam bahkan kita menyertai PAS adalah untuk mendaulatkan Islam. Bukan membina empayar individu jauh sekali memburu kekayaan material. Lantaran itu, tidak sukar untuk kita memahami apa yang saya bangkitkan di sini. Jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik.

BUKAN SOAL EGM ATAU PUN BUKAN - SOALNYA DURI PERLU DICABUT



Walaupun sedikit kecewa dengan keputusan mesyuarat pimpinan PAS Pusat malam tadi, namun keputusan ataupun pendekatan yang telah dipilih secara musyawwarah itu wajib untuk kita berikan peluang bagi membuktikan keberkesananannya.

Bermula dengan cadangan EGM yang dilontarkan oleh TG Hj Nik Aziz yang kemudiannya di"cool"kan oleh Sallahuddin dengan pendekatan mesyuarat khasnya sehinggalah akhirnya diputuskan untuk berseminar sahaja, semua itu mengajar kita menjadi lebih matang.

Walaupun ramai di kalangan kita yang beremosi dengan setiap cadangan dan pendekatan yang diambil, namun, kita wajib menyedari bahawa jemaah ini bukanlah milik peribadi kita tetapi adalah merupakan milik ummah.

Keputusan yang ada itu bukanlah keputusan yang diputuskan atas kapasiti peribadi tetapi adalah keputusan yang terhasil daripada musyawwarah.

Maknanya, konsep musyawwarah itu mengatasi pandangan peribadi tidak kira pandangan peribadi yang diperibadikan mahupun pandangan peribadi yang dipaksa untuk diinstitusikan.

Hanya keputusan musyawwarah sahaja yang akan diinstitusikan dan bukannya keputusan mana mana individu yang kononnya mewakili jemaah seperti mana pandangan Ketua Penerangan PAS Selangor. Bercakap atas kapasiti peribadi tetapi mahu diinstitusikan atas nama PAS Selangor.

Berbalik kepada soal EGM - Mesyuarat Khas - Seminar tadi.

Ketiga tiga perkara itu hanyalah rangkaian pendekatan yang boleh diambil oleh PAS bagi mengatasi kemelut yang ada. Apa yang perlu diberikan perhatian secara khusus adalah apa kemelut itu dan bukannya apa pendekatan yang boleh diambil.

Sekiranya kemelut gagal dikenalpasti, apa sahaja pendekatan yang diambil, pasti akan gagal. Kenal pasti di mana punca masalah dan atasi masalah tersebut dengan pendekatan yang sesuai. Itu sahaja.

Ahli bawahan melihat masalah yang timbul itu adalah masalah kepimpinan dan berpunca daripada hilangnya kawalan Presiden PAS ke atas barisan pimpinannya. Presiden PAS dilihat banyak berdiam diri kerana kerap kali hanya menswastakan "PC" kepada Setiausaha Agong PAS yang juga dilihat sebagai lebih sudu dari kuah.

Salah Presiden PASkah? Tidak. Jadi, di mana salahnya? Tentulah pada penasihat penasihat rasmi mahupun tidak rasmi yang sentiasa berlagak serba tahu itu.

Sebab itulah Islam mengajar kita untuk menyerahkan sesuatu tugasan itu kepada individu yang "ahli" dalam hal tersebut dan bukannya melihat kepada barapa lama individu tersebut berada di dalam jemaah mahupun lulusan universiti manakah beliau.

Apa apa pun, tahniah kepada semua pimpinan PAS kerana masih mampu tersenyum walaupun senyuman itu sumbing sekali sifatnya.

Tuesday, October 27, 2009

APA YANG NASHA DAN HASSAN ALI DEDAHKAN DALAM PC KONTROVERSI DI RUMAH HASSAN ALI MALAM TADI


Ini diantara perkara yang disebutkan oleh Hassan Ali ketika PC di rumahnya malam tadi. "Ustaz" Nasha pun hadir gak.


Idea Kerajaan Perpaduan atau Unity Government atau UG telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua pimpinan PAS. TG Hj Nik Aziz tidak ada dalam perbincangan tersebut.


Perbincangan berkaitan Kerajaan Perpaduan atau Unity Government atau UG ini telah dicadangkan secara beramai ramai dengan dipimpin oleh Presiden PAS sendiri dan dipersetujui oleh seluruh AJK PAS Pusat.


Husam Musa adalah individu utama dan telah memainkan peranan penting dalam mempengaruhi TG Hj Nik Aziz supaya menolak idea Kerajaan Perpaduan atau Unity Government atau UG.


Dulu, isu UG tengah panas, Cikgu Pa minta semua tutup mulut. Alih alih mamat yang nama Nasha nih juga yang buka mulut semula sehingga TG Hj Nik Aziz terus bom.

Sekarang, isu EGM/UG, TG Presiden minta selesai secara musyawwarah dan jangan guna media walaupun media baru. Alih alih mamat yang nama Nasha nih juga yang panggil media untuk buat PC di rumah Hassan Ali.

Yang tak wala' tu kami atau mamat yang nama Nasha nih? Kalau kami tak wala', maka mamat yang nama Nasha nih lah "tok guru" kami.

Jika kami tidak taat kepada pimpinan, maka mamat Nasha nih lah yang ajar kami macam tu. Dia yang ajar kami untuk ikut kepala sendiri dan jangan hiraukan nasihat pimpinan.

InsyaAllah, aku akan korek sampai ke lubang cacing......nih gambar "majlis" di rumah Hassan Ali malam tadi. Aku amek dari blok albanjari.

PANAS - MALAM TADI ADA PRESS CONFERENCE DI RUMAH HASSAN ALI - MAJORITI YANG HADIR ADALAH BLOGERS UMNO TERMASUK SI GOMO



KENAPA SUSAH SANGAT KITA NAK FAHAM? KENAPA SUKAR SANGAT KITA NAK FAHAM? KENAPA SUKAR SANGAT PAS NAK AMBIL TINDAKAN? KENAPA LEMBAP MACAM SIPUT BABI?

MULAI HARI NIH, BLOGGERS UMNO AKAN MEMBELA PUAK PUAK UG DENGAN PENUH SEMANGAT KERANA MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI OLEH MEREKA BUKAN LAGI MAKLUMAT KHABAR ANGIN TETAPI MAKLUMAT YANG KELUAR DARIPADA MULUT "PIMPINAN" PAS SENDIRI !!

NAK MARAH PUN MARAHLAH. AKU DAH MALAS NAK BERLAPIK LAPIK LAGI.

DOAKAN SEMOGA AKU MENJADI MUNTAZAR ZAIDIE PERTAMA DI MALAYSIA. BUKAN BALING KASUT KAT NAJIB TETAPI KAT NASHA DAN HASSAN ALI.

Monday, October 26, 2009

KENAPA TG HJ NIK AZIZ UNIK BERBANDING LAIN LAIN PIMPINAN PAS



Tuan Guru Nik Abdul Aziz mempunyai pendidikan dari beberapa tokoh ulama dari India. Sejak di kelantan, bapa tuan Guru, iaitu Tuan Guru Haji Nik Mat Alim sendiri berguru dengan Tok Khurasan, seorang ulama yang menetap di kelantan, tetapi berasal dari India.

Semasa kecil lagi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah dibawa oleh bapanya untuk mendalami ilmu hadis dan tafsir dengan Tok Khurasan. Kemudiannya mendalami ilmu mantiq dengan Tuan guru Haji Abbas, seorang tokoh Ulama yang tinggal di besut; yang mendapat pendidikan dari Negara India juga.

Jamiah Darul Ulum Dioband, New Delhi, India merupakan tempat jelajah Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam mendalami ilmu setelah menuntut dengan sebilangan ulama-ulama di Tanah melayu.

Apa yang perlu difikirkan, keberadaan ulama India tidak sama seperti ulama-ulama dari Negara arab. Cara mereka berfikir agak unik, jika mahu dibandingkan dengan ulama Madinah dan makkah, juga ulama dari Negara mesir.

Ekoran itu, kita dapat melihat bagaimana Maulana Ilyas boleh mencetuskan satu pertubuhan yang disebut sebagai Jemaah tabligh dikala negara India mendapat tekanan politik dari penjajah. Ketika itu, serangan dari penjajah terhadap umat Islam di India amat menekan, menyebabkan Maulana Ilyas meletakkan usaha dakwah itu sekadar kemampuan yang ada. Jika mahu masuk dunia politik, sudah pasti akan menimpa mudharat yang lebih besar, makanya Maulana Ilyas mengambil sikap menyeru manusia kepada islam dalam perkara yang tidak mendapat serangan dari penjajah, iaitu dengan menyeru manusia memahami islam menerusi solat berjemaah, juga diwujudkan juga majlis-majlis ta'lim.

Dilihat dari sudut positif, tindakan Maulana Ilyas itu mengandungi seribu-satu kebijaksanaan dalam menyeru manusia kepada Islam. cumanya, puak-puak tabligh yang wujud pada hari ini, tidak memahami tujuan dan maqasid yang telah dilakukan oleh maulana Ilyas tersebut.

Mungkin itu salah satu tokoh ulama dari Negara India. Tetapi, jika kita perhatikan, tindakan ini bukan sekadar dilakukan oleh Maulana Ilyas sahaja, malahan dilakukan juga oleh sebilangan besar ulama-ulama dari negara india yang lain.

Dilihat dari sudut ini, sudah pasti tindakan mereka mengandungi seribu satu rahsia, yang mungkin kurang difahami dengan pandangan mata kasar, tetapi akan difahami apabila didalami dan diselami.


PAS DAN TOK GURU

PAS sudah amat sinonim dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Apabila menyebut PAS, kelihatan wajah Tuan Guru. Menyebut nama Tuan guru, kelihatan pula lambang bulan, atau lambang 'bola pimpong' yang sering disebut oleh pengundi cina dan india, yang merujuk kepada PAS.

Tuan Guru sering menyebut, PAS sekadar wadah, bukan matlamat. Tujuan asal dalam perjuangan PAS adalah islam. Bahkan, banyak kali juga Tuan Guru menyebut bahawa pendokong PAS perlu menjadi pejuang islam, bukan pejuang PAS.

Atas asas ini, menyebabkan Tuan Guru berjaya menjaga pemerintahan islam di kelantan semenjak 1990 sehingga hari ini. kejayaan ini amat susah kelihatan dalam sejarah PAS sejak ditubuhkan lagi.

PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, amat unik jika mahu dibandingkan dengan tokoh-tokoh kepimpinan PAS yang lain. ucapan beliau mengandungi seribu satu maksud, yang kadangkala susah untuk difahami jika difikirkan sekali imbas sahaja. Tetapi, jika didalami dan diselami, kita akan dapat lihat dan memahami pemikiran beliau, bahawa pemikirannya itu saling tidak tumpah dengan cara berfikirnya ulama-ulama dari negara india. Mungkin kerana faktor tempat pengajian beliau memberi banyak kesan kepada cara beliau berpolitik.


PAS DAN KELANTAN

PAS pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya menguasai kelantan sejak 1990 sehingga pada hari ini. membaca sejarah, didapati Tuan Guru adalah tokoh penting dalam usaha menggabungkan antara PAS dengan parti-parti melayu ketika itu – termasuk semangat 46 – atas nama APU (angkatan perpaduan Ummah)

Dari sejarah itu, dapat dilihat bahawa kejayaan PAS merampas Kelantan dari taghut UMNO, adalah berasaskan faktor penyatuan PAS dengan parti-parti pembangkang yang lain dalam melawan UMNO. Tanpa penyatuan dengan parti-parti yang lain, agak mustahil PAS berjaya mengalahkan UMNO dalam pilihanraya.

Tidak ada dalam sejarah, PAS berjaya menguasai negeri dengan sebab kekuatan PAS sendiri. Selalunya, kejayaan PAS menguasai negeri, semuanya disebabkan kelemahan musuh – iaitu UMNO – dikala mereka berperang sesama sendiri.

Kejayaan PAS menguasai Terengganu, bersebabkan perbalahan UMNO semasa mereka dalam kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan perdana Menteri, disamping PAS ketika itu bersama PKR dan DAP menubuhkan Barisan Alternatif (BA) dalam melawan UMNO – laknatullah alaihim ajmain.

Pun begitu, apabila wujud persengketaan antara PAS dengan parti-parti Barisan Alternatif, menyebabkan lahirnya kekurangan kerusi PAS yang agak teruk di Kelantan, tetapi kekalahan maha buruk di Negeri terengganu pada tahun 2004.

Secara teorinya, asas kemenangan PAS adalah kebersamaan PAS dengan parti-parti yang lain. tanpa kebersamaan ini, sudah pasti PAS tidak akan mencapai kemenangan, malahan tidak mustahil PAS boleh jatuh dari pemerintahannya pada bila-bila masa sahaja berlaku pilihanraya.


PAKATAN RAKYAT

Pakatan rakyat telah terbina; membariskan PAS, PKR dan DAP. Kekuatan PAS merupakan kekuatan bagi PKR dan DAP, begitujuga PKR dan DAP merupakan kekuatan bagi PAS.

Dengan wujudnya kebersamaan antara PAS, PKR dan DAP dalam menghadapi sesuatu pilihanraya kecil, pasti kerusi Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan. Tetapi, kekalahan parti Pakatan Rakyat berlaku, apabila tidak wujud kebersamaan antara parti-parti; PAS, PKR dan DAP

DUN Bagan Pinang menjadi bukti yang amat kukuh. Begitujuga, DUN manik urai. Ketidak-kebersamaan itu, menyebabkan PAS kalah teruk di Bagan Pinang, juga kemerosotan undi yang agak teruk dalam pilihanraya DUN Manik Urai.

Justeru, kebersamaan antara PAS, PKR dan DAP perlu diperkukuhkan. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kebersamaan kita menang, pertembungan kita kecundang.


DURI DALAM DAGING

Pakatan Rakyat perlu diperkukuhkan, demi mahu melahirkan kekuatan. Tanpa kekuatan, mana-mana parti pun dalam pakatan Rakyat akan gugur menyembah bumi. Tidak kira, ia bernama PAS, ataupun PKR, juga DAP.

Justeru, sebarang tindakan dari mana-mana parti yang boleh melahirkan permasalahan sesama parti, atau pertembungan sesama parti, wajib dihindarkan. Jika berlaku juga, penyelesaian dengan kadar segera perlu diusahakan.

Isu kerajaan Perpaduan dan 'gabungan PAS-UMNO' benar-benar memperlihatkan kekalutan, juga melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP. Di kala ia disebar-luas, ketika itu pertembungan demi pertembungan sering terjadi.

Isu Kerajaan perpaduan dan 'gabungan PAS-UMNO', bukan sekadar melahirkan pertembungan antara PAS dengan PKR dan DAP, bahkan wujud juga pertembungan sesama dalaman PAS. apabila ini terjadi, sudah pasti akan melahirkan kelemahan pada Pakatan Rakyat itu sendiri.

Kelemahan Pakatan Rakyat merupakan kelemahan PAS juga. Begitujuga, kelemahan yang akan menimpa pada PKR dan DAP dalam mengadapi UMNO/BN yang maha jahat lagi sial sesial-sialnya.

Makanya, pertembungan ini wajib diselesaikan. Penyelesaian yang paling baik adalah, hapuskan terus pemikiran kerajaan perpaduan ini, juga usaha-usaha 'gabungan UMNO-PAS'. sengaja mewujudkan juga dua isu ini, bermakna berusaha hendak melemahkan Pakatan rakyat, seterusnya memberi kekuatan kepada UMNO/BN yang sedang melakukan penyatuan ahlinya. Apabila UMNO/BN sudah bersatu kembali, maka tunggulah jangka kalah yang akan menimpa Pakatan Rakyat.


POLITIK TOK GURU

Dilihat, isu Kerajaan perpaduan dan 'gabungan PAS-UMNO' datang dari PAS, sudah pasti Tuan Guru Nik Abdul Aziz amat tertekan dengan keadaan yang menimpa. Apabila ini disedari oleh Tuan Guru, sudah pasti Tok Guru akan bertindak sebijaksana yang mungkin dalam menghindarkan perkara ini.

Sudah berkali-kali Tuan Guru Nik Abdul Aziz berpesan, tutup sahaja isu kerajaan perpaduan, juga jangan wujud lagi sebarang tindakan yang melahirkan usaha 'gabungan PAS-UMNO' ini. disamping itu juga, tidak pernah terlalai dari lidah Tuan Guru menyebut tentang keputusan Muktamar PAS di Ipoh yang menekankan peri-pentingnya PAS perkukuhkan Pakatan Rakyat.

Pun begitu, ada sebilangan pimpinan PAS yang agak 'kepala batu', menyebabkan isu yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat sering dijadikan mainan. Permainan demi permainan dilakukan, sehingga meluat rakyat berbangsa cina dan India kepada PAS amat teserlah.

Jika keadaan ini dibiarkan, ia memberi kesan bahaya kepada PAS, malahan pakatan rakyat sendiri – termasuk PKR dan DAP – bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 lagi. Justeru, sebelum tiba waktu pilihanraya umum, tindakan yang paling berkesan perlu dilakukan.

Makanya, Tuan Guru pun meledakkan 'Bom C4' di tengah-tengah rakyat Malaysua, menjadikan ramai kepimpinan PAS 'terkujat biawak' apabila mengetahui berita tersebut. Kenyataan meminta diadakan EGM khas, yang melibatkan Presiden PAS, Timbalannya, setiausahanya, juga tidak ketinggalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor yang banyak membuat masalah di negeri selangor merupakan bom C4 yang tidak dijangka, tetapi mengandungi seribu satu rahsia politik.

Mungkin jika dilihat sekali-imbas, kenyataan itu seperti mewujudkan pertembungan sesama PAS, tetapi hakikatnya, tindakan tersebut merupakan cara untuk menyelamatkan PAS, juga kawan-kawan dari Parti PKR dan DAP dari kalah bagi menghadapi PRU ke 13 nanti.

Aku tidak beranggapan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz meluat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi sehingga benar-benar mahukan Tuan Guru Haji Abdul Hadi melepaskan jawatan Presiden, tetapi sengaja dilakukan sedemikian, agar orang yang berada 'dikeliling' Tuan Guru Haji Abdul Hadi terkujat dan tidak lagi melakukan tindakan yang boleh melahirkan pertembungan sesama Parti Pakatan Rakyat, yang boleh melahirkan kekalahan PAS dan pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 kelak.

Mengapa aku beranggapan sedemikian? Jawapanku adalah, kerana aku melihat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berguru dengan ulama-ulama dari negara India. Makanya, sengaja aku menafsirkan begitu, kerana lebih 4 tahun aku berguru dengan ulama-ulama diobandi di pakistan yang beraliran pengajian dari negara India.

sumber : Al-Bakistani

PRESIDEN PAS JAUH LEBIH MATANG BERBANDING PRESIDEN UMNO



KENYATAAN PENUH PRESIDEN PAS
“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini.
Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru.

Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Datuk Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini.

Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.


Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) 6 Zulkaedah 1430 H bersamaan 25 Oktober 2009

JANGAN BIARKAN TG HJ NIK AZIZ MENANGIS LAGI



“Saya dah tua tak perlu didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”

Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.

Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.

Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.

Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.

“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.

Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.

“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.

Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.

Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.

Ketika ditanya media mengenainya, Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.

Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.

Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.

“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.

SUMBER : www.darisungaiderhaka.blogspot.com

YA ALLAH, KAMI SERAHKAN PIMPINAN KAMI KEPADA-MU - SINGKIRKANLAH MEREKA JIKA MEREKA ITU MUDHARAT



Nampaknya suara suarayang menyanggah cadangan TG Hj Nik Aziz semakin kuat berbunyi. Suara suara yang tidak bersetuju dengan cadangan EGM telah diberikan ruang seluas luasnya oleh media UMNO.

Manakala, pemimpin yang paling lantang menyanggah pula akan mendapat liputan meluas daripada pihak media musuh.

TG Hj Nik Aziz pula nampaknya sekali lagi akan dijadikan punching bag oleh kelompok kelompok jahanam nih.

Tak mengapalah. Mungkin yang ramai ramai tu "matang berpolitik" walaupun ketara sekali tidak memiliki kematangan politik.

Ya Allah, jika jemaah ini mendapat redha dan restu-Mu, Engkau bukakanlah jalan supaya semua kemelut yang melanda ini selesai. Namun, Ya Allah, jika jemaah yang ada ini semakin hanyut dalam arus cintakan dunia dan pimpinan yang ada itu memang mempunyai "janji sulit" dengan UMNO, Engkau hancurkanlah jemaah ini dan Engkau gantikanlah jemaah ini dengan jemaah yang lain supaya kesucian dan kemurnian jihad ini tetap terjaga.

Ya Allah, kami keliru dengan gelagat pimpinan kami. Kami menjadi semakin tidak faham dengan tujuan perjuangan mereka. Ya Allah, jika mereka ini masih bermanfaat kepada jemaah dan ummah, kekalkanlah mereka di dalam jemaah ini untuk memimpin kami.

Namun, Ya Allah, jika mereka ini lebih banyak mendatangkan mudharat kepada jemaah dan perjuangan ini, Engkau pisahkanlah mereka dari jemaah dan perjuangan ini dan Engkau gantikanlah mereka dengan pimpinan yang ikhlas dan amanah supaya kesucian jihad ini tetap terpelihara.

Ya Allah, Engkau Maha Mendengar dan Maha Memahami. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa serta Maha Kuat. Engkaulah Zat yang kami sembah dan kami mohon pertolongan. Bantulah kami, Ya Allah.

Ameen

Friday, October 23, 2009

PESAKIT KENCING MANIS - POTONG KAKI DEMI MENYELAMATKAN BATANG TUBUH - BEGITU JUGA PAS



Banyak pihak kelihatan seperti melatah dan melompat apabila TG Hj Nik Aziz mencadangkan agar PAS mengadakan Muktamar Khas bagi membincangkan segala permasalahan yang dihadapi PAS.

Secara jelas, TG Hj Nik Aziz juga mengutarakan beberapa masalah yang semakin membusuk dalam PAS. Sama ada kita bersetuju atau tidak, punca masalah tersebut berpunca daripada persoalan pimpinan dan kepimpinan.

Bukanlah niat TG Hj Nik Aziz untuk menyatakan kepimpinan yang ada ini lemah dan lembab. Niat TG Hj Nik Aziz hanyalah mahu menyedarkan kita semua untuk memperbaiki segala kebocoran yang ada pada bahtera yang bernama PAS ini.

Jadi, janganlah kita menimbulkan soal TG Hj Nik Aziz ingin membalas dendam di atas kekalahan pimpinan PAS Kelantan ketika pemilihan pada muktamar yang lalu.

Cuba kita baca, fahami dan hayati apa yang TG Hj Nik Aziz tuliskan. Buang jauh soal sentimen dan soal prejudis yang bersarang di dalam hati kita.

Kita semua sayangkan jemaah ini. TG Hj Nik Aziz juga begitu. TG Hj Hadi juga begitu. Sayangnya mereka kepada jemaah ini tentulah tidak dapat ditandingi oleh kita kerana hati dan jiwa raga mereka adalah untuk jemaah ini berbanding kita yang hanya berjuang secara "part-time" dan "suka suka"ini.

Ibarat pesakit kencing manis. Kaki yang sudah membusuk itu perlu dipotong bagi menyelamatkan batang tubuh pemilik kaki tersebut. Adakah itu menunjukkan pemilik batang tubuh tersebut tidak sayangkan kakinya? Tentu tidak, bukan?

Begitu juga PAS. Pimpinan tertentu dalam PAS perlu direhatkan atas beberapa alasan. Tidak kiralah sama ada pimpinan itu perlu direhatkan atas alasan kurang komited, atas alasan pemikiran tidak selari dengan era globalisasi, atas alasan mewujudkan jemaah dalam jemaah, mahupun apa alasan sekalipun, kita wajib bersikap terbuka dalam menghayati cadangan TG Hj Nik Aziz ini.

Kita turunkan mereka bukan kerana kita bencikan mereka tetapi kerana kita lebih sayangkan jemaah ini. Jemaah ini adalah iman dan keyakinan kita kerana Islam adalah pegangan kita. Genggam erat bai'ah kita dengan Allah swt dan Rasul-Nya. InsyaAllah, kita akan nampak jalan keluar daripada segala kekusutan ini.

Peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah kertas kerja Allah swt untuk mengasingkan mu'min dan munafiq di Mekah. Begitu juga dengan segala kekusutan yang sedang kita hadapi ini. Muktamar khas ini juga bertujuan untuk membersihkan daki daki munafiq daripada terus menerus membusuk dalam PAS.

Masalah kepimpinan dalam PAS telah dikesan sejak Pilihanraya Umum Ke 10 lagi. Banyak pihak telah cuba untuk mencari jalan penyelesaian terhadap semua masalah ini. Malangnya, penasihat penasihat yang bersekolah tinggi tetapi berotak tepu yang ada itu tetap menyapu segala galanya ke bawah carpet.

Apabila timbul masalah, hujah yang akan disajikan kepada kita hanyalah - "ini hanyalah ribut di dalam cawan". Soalnya, sampai bila nak tutup? Sampai bila nak "bersilat" dan nak menafikan?

Kenapa sekarang baru Ketua Pemuda PAS Pusat nak "tersedar" bahawa PAS memang bermasalah? Adakah para penasihat di sekeliling beliau tersalah memberi nasihat? Atau adakah beliau memang jenis yang pekak badak?

Aaaarrrrrgggggggghhhhhh......hangpa jangan buat PAS macam mak bapak hangpa punya.

LUAHAN MAT REMPIT "PAS" - JANGAN PANDANG KAMI SEBELAH MATA



Kami sokong PAS bukan kerana kami suka PAS. Kami sokong PAS kerana kami benci UMNO. Kami meluat dan menyampah dengan UMNO. Kami bersama PAS kerana kami suka geng geng Ustaz.

Lakukan sesuatu kepada kami. Jangan hanya pandang kami ketika kempen pilihanraya sahaja. Ramai di kalangan kami yang belum isi borang PAS. Apatah lagi nak tengok dan baca perlembagaan PAS.

Hati kami tak tahu sama ada dengan UMNO, PAS atau PKR. Yang penting, sekarang kami dengan PAS walaupun PAS tak pandang kepada kami pun.

Ada ustaz ustaz PAS ketika kempen pilihanraya, turun jumpa kami macam mereka tu ahli syurga dan kami nih ahli neraka.

Adakah semua remaja tu rempit? Adalah semua remaja tu menjadi liar dan kaki kacau dalam masyarakat?

Janganlah hukum kami begitu.

Teringat kata kata seorang "abang" PAS kepada kami - CARILAH REDHA ALLAH SWT WALAU HANGPA NIH REMPT SEKALI PUN. REMPIT PUN LAYAK MASUK SYURGA JIKA REMPIT ITU SEORANG MUSLIM YANG PATUH DAN TAAT.

SUMBER : www.tentanghabishabisan.blogspot.com

TG HJ NIK AZIZ - PAS PERLU ADAKAN EGM UNTUK PROSES PEMBERSIHAN



Latarbelakang:

Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri.

Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri.

Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata.

Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

i). Dalam peristiwa Badar setelah perang berakhir yang memberi kemenangan kepada tentera Islam, terdapat sejumlah 70 tawanan perang. Apabila Nabi SAW membuka perbincangan, apa yang patut dibuat dengan tawanan-tawanan perang ini, Saidina Umar berpandangan, mereka semua perlu dibunuh manakala Sadina Abu Bakar pula berpendapat lebih baik mereka dibenarkan bebas setelah diambil wang tebusan.

Ditakdirkan Allah, keputusan yang ada dilangit adalah selaras dengan syur yang dikemukakan oleh Saidina Umar. Ia berbunyi:

Tidak patut bagi seorang Nabi mempunyai tawanan sebelum ia dapat melumpuhkan musuhnya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda duniawiah sedangkan Allah menghendaki (pahala) akhirat (untuk mu) dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Kalau sekiranya tidak ada ketetapan yang telah terdahulu dari Allah, nescaya kamu ditimpa seksaan yang besar kerana tebusan yang kamu ambil.(Surah Al-Anfaal Ayat 67 – 68)

Dari sini, jelas bahawa tidak ada sesuatu yang pelik dalam tradisi menegur pemimpin didalam Islam.

ii). Peristiwa kedua ialah sewaktu Nabi S.A.W. bersumpah tidak akan meminum sejenis madu dari bunga tertentu kerana menerima teguran dari salah seorang dari isteri baginda S.A.W. sewaktu berada di rumah salah seorang isterinya. Dalam peristiwa ini, sekali lagi Nabi S.A.W. di tegur dengan lafaz berbunyi:

Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagi mu; kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri mu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah At-Tahriim Ayat 1)

iii). Dalam surah ‘Abasa, sekali lagi kita dapat saksikan teguran Allah S.W.T. ke atas Nabi S.A.W. yang dilihat tidak memberikan layanan kepada seorang buta ketika Baginda didatangi oleh pemimpin Quraish yang turut berada di dalam majlis yang sama pada waktu itu. Teguran Allah S.W.T. berbunyi:

Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling, kerana telah datang seorang buta kepadanya. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manafaat kepadanya. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya.(Surah ‘Abasa Ayat 1 – 6)

Apa isunya?

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :

“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”


Pandangan Saya

Atas pandangan inilah saya berfikir dan terus berfikir. Setelah berfikir sambil berdoa, maka saya berpuashati untuk mengatakan begini :

Kalau Umno boleh buat sesuatu dengan mengadakan Mesyuarat Agong Khas dan MCA pun boleh mengadakan EGMnya sehingga sempat menggugurkan Presiden dan Timbalan Presidennya. Demikian juga dengan PKR yang telah membuat pindaan Perlembagaannya melalui Kongres Khas mereka. Maka kita?

Walaupun isu MCA benda lain, iaitu rasuah, kita lagilah tidak payah khuatir untuk adakan Muktamar Khas kerana kita bukan membawa isu rasuah . Isu kita ialah isu dua tiga kerat pemimpin bermasalah.

Masyarakat India pun boleh menentang Samy Vellu dengan mewujudkan parti lain. Maka pelik apa, kita panggil mesyuarat parti yang tergempar misalnya; mungkin dipanggil muktamar khaslah. Kalau nak kirakan, kitalah yang sepatut buat dulu. Demi “tajdid” kita perlu buat Mesyuarat Agong Luarbiasa ini.

Bila Mesyuarat Agong tak mahu tukar Presiden, misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah. Begitu juga dengan isu-isu disekitar Hassan Ali atau Mustafa Ali yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan Perpaduan atau UG.

Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ni?

Tidak boleh jadi ni, kita duk “ghok-ghak” (kacau) begini. Orang boleh terima atau tak boleh terima, bawa ke Muktamar Khaslah; senang cerita. Biar tentu sah, nak ikut yang mana. Kita nak kekal yang mana dan buang yang mana.

Dengan Muktamar Khas yang boleh menjelaskan dan memutuskan banyak perkara ini, puak-puak atas pagar yang membuat swing votes dan mempengaruhi keputusan pilihanraya juga akan berpuas hati samada nak swing atau tak nak swing lagi kerana mereka sudah dijelaskan oleh keputusan Muktamar Khas berkenaan. Mereka jelas.

Biarlah kita ambil mandat baru sekali lagi. Mesyuarat biar ringkas;ambil sehari penuh atau dua hari penuh misalnya tetapi prosesnya mesti ringkas, dan keputusannya adil, telus, tepat, terus dan jelas. Undi perlulah sulit dan dilakukan di atas kertas .

Untuk kali ini, saya dengan kuat merasakan bahawa perlu ada perubahan dalam pemain-pemain penting yang menduduki kerusi kepimpinan PAS diperingkat pusat. Kalau nak kata ini persiapan ke arah PRU ke 13 pun, kata gi lah. Dan memang betul begitulah.

Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am PAS/Menteri Besar Kelantan
Bertarikh : 02 Zulkaedah 1430 / 21 Okt. 2009

Thursday, October 22, 2009

PERBANDINGAN ANTARA HANIPA MAIDEEN DAN IDRIS AHMAD



Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 ( “Pengajaran dari Bagan Pinang” ). Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang. Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau. Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide ( niat jahat ). Tulisan tersebut , bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang. Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah , Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan ( Hasan Ali ) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno. Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja ? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS – melalui tindak tanduk , kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari “siege mentality ( mentaliti terkongkong ). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik ( good listener ) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

Wednesday, October 21, 2009

KEPADA PENYANGAK YANG ADA DI KELANTAN - JANGAN MAIN KASAR DENGAN TG HJ NIK AZIZ



AWAS !!
ANDA DALAM PERHATIAN !!

CITA CITA ANDA TIDAK MUNGKIN MENJADI KENYATAAN
KERANA KETAMAKAN ANDA SENDIRI !!

JANGAN SESEKALI MENYENTUH TG HJ NIK AZIZ
HANYA SANYA UNTUK MENUTUP
"KEMALUAN" ANDA YANG SEMAKIN MEMBUSUNG TU !!

WALAU SIAPA PUN ANDA,
KAMI, BLOGGERS,
AKAN TETAP BERADA DI HADAPAN TG HJ NIK AZIZ
UNTUK MENDEPANI ANDA DAN KUDA KUDA TUNGGANGAN ANDA !!

SAYU SETIAP KALI MENGENANGKAN TG HJ NIK AZIZ



Dulu, beliau dihentam berbulan bulan lamanya. Bukan setakat oleh akhbar malah oleh pimpinan pihak musuh juga. Majlis Fatwa juga menghentam beliau. Ustaz pro UMNO pun menghentam beliau. Prof Mahmood Zuhdi, hentam. Nakhaie, hentam. Dr Yusuf Hussin, hentam.

Takde saper pun bersuara. Semua diam. Kelihatan bersetuju sajer dengan hentam hentaman musuh itu. Semua yang ada setakat jadi pemerhati jer.

TG Hj Nik Aziz dituduh "pelampau", MANA KETUA PENERANGAN PAS?

TG Hj Nik Aziz dituduh "penyeleweng", MANA KETUA PENERANGAN PAS?

TG Hj Nik Aziz dituduh "memegang kunci syurga", MANA KETUA PENERANGAN PAS?

Bangak lagi tuduhan liar dan kurang ajar jika mahu disenaraikan di sini. Di mana KETUA PENERANGAN PAS ketika itu?

Sekarang, apabila secara ilmiahnya, Prof Aziz Bari melontarkan satu idea yang kelihatan tidak senada dengan parti, maka bersuaralah KETUA PENERANGAN PAS dengan hujah hujah bertaraf pemikiran budak tadika KEMAS.

Apa yang Prof Aziz Bari suarakan itu hanya tidak senada dengan kehendak parti sedangkan segala tuduhan liar ke atas TG Hj Nik Aziz itu melibatkan salah faham terhadap Islam. Mana satu yang lebih patut diperjelaskan? Kepentingan parti atau kepentingan Islam?

Yang bersuara hanya bloggers jer. Sayu sangat bila kenangkan semua nih. Tapi, takperlah. Kami akan perangi sesaper juga yang memperlekehkan TG Hj Nik Aziz walaupun pimpinan PAS selagi mana TG Hj Nik Aziz berada di atas landasan yang betul.

Tak tahulah kot kot KETUA PENERANGAN PAS nih pun jenis otak tepu macam KETUA PEMUDA PAS juga.

Monday, October 19, 2009

SEMOGA PAKATAN RAKYAT TIDAK MENJADI PAKATAN OTAK UDANG



Dah macam macam persoalan timbul. Dah macam macam konflik berlaku. Dah muak dah nak tengok. Dah meluat sangat sebenarnya.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang rapuh. Itu kata kelompok musuh terutamanya UMNO.

Aku tak setuju sikit pun dengan statement itu kerana Pakatan Rakyat tidak rapuh. Yang rapuh adalah semangat "pakatan" individu tertentu dalam Pakatan Rakyat. Yang rapuh adalah "daya juang" individu tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Elok juga jika individu individu yang "manja lebih" nih disingkirkan sahaja. Tidak kiralah sama ada individu itu apa statusnya. Baik Presiden, Timb Presiden, Penasihat Umum, Ketua Pemuda, Pesuruhjaya Negeri, Ketua Perhubungan Negeri mahupun apa sahaja statusnya, eloklah disingkirkan demi survival rakyat seluruhnya.

Era nih bukan lagi era "politik ceramah". Era ini bukan lagi era "politik air liur". Era ini bukan lagi era "politik bekas menteri". Era ini adalah era "politik walk the talk" !!

Budaya retorik yang dulunya menjadi makanan utama UMNO telah menjangkiti Pakatan Rakyat, termasuk PAS juga. Jika diperhalusi, budaya retorik ini tidak ada bezanya dengan amalan munafiq. Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap.

Lihat sahaja Dewan Pemuda PAS. Sejak "menang" dalam Pilihanraya Umum Ke 12 sampai sekarang masih "diawang-awangan". Begitu juga dengan PKR. Sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat sampai sekarang masih hidup segan mati tak mahu. Segala galanya akan disapu ke bawah karpet oleh Penasihat Umum yang selalu "talk the walk" dan terlalu gemar berslogan itu tapi hakikatnya "gula gula" belaka.

Rakyat menolak UMNO/BN kerana rakyat sudah muak dengan pentadbiran yang "RM1 untuk rakyat dan RM100 untuk kroni".

Sekarang, Pakatan Rakyat juga dijangkiti penyakit sedemikian. Telur sebiji riuh sekampung. Puji melangit apabila berjaya mencuci najis yang ditinggalkan UMNO/BN tapi najis sendiri tetap meleleh-leleh juga.

Sampai bila? Rakyat sudah muak dengan gelagat Hassan Ali. Rakyat sudah muak dengan gelagat Shamsul Iskandar yang hanya layak menjadi pemantau. Rakyat sudah muak dengan gelagat Che'gu Bard yang cakap berdegar degar tetapi hanya berani bertempur dengan mikrofon.

Rakyat sudah muak dengan Hj Hadi yang tak ubah macam Pak Lah yang tidur celik. Celik tapi tak nampak. Tahu tapi buat buat bodoh. Kemampuan untuk memimpin terlalu lemah kerana dikelilingi oleh penasihat yang berotak udang dan berotak tepu.

Jeneral "era baru" telah ramai di dalam Pakatan baik dari DAP, PAS mahupun PKR. Apa kurangnya Ust Nik Zawawi? Apa kurangnya Hj Salahuddin? Apa kurangnya Dr Dzulkefli? Apa kurangnya Ir Hj Khalid Samad? Apa kurangnya Lim Guan Eng? Apa kurangnya Azmin Ali? Apa kurangnya Ir Amiruddin? Apa kurangnya Loke Siew Fook? Apa kurangnya Yusmadi?

Apa kurangnya pimpinan generasi baru ini jika dibandingkan dengan "pemimpin era 70an" dan "pemimpin jilat menjilat" yang ada itu?

Undurlah. Nafas baru perlu diberikan kepada Pakatan Rakyat supaya Pakatan Rakyat tidak menjadi Pakatan Otak Udang.

Rakyat berjuang untuk perubahan. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Presiden PAS. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Penasihat Umum PKR. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Penasihat DAP.

Perjuangan rakyat adalah untuk menjana perubahan. Malangnya, perubahan itu kelihatan semakin sukar dicapai kerana pimpinan yang gagal untuk memandu rakyat ke arah perubahan yang didambakan sejak puluhan tahun.

Jangan sampai Pakatan Rakyat diludah oleh rakyat seluruhnya akibat daripada najis najis yang meleleh ini.