Sunday, October 11, 2009

YA AKHI..DARAHMU TIDAK AKAN SIA SIA DI SISI ALLAH SWT




Lihatlah wajahnya. Jelas penuh kesabaran di dalam memperjuangkan Islam dan menolak pemimpin rasuah untuk ditabalkan sebagai Wakil Rakyat di Dun Bagan Pinang.

Apakah beliau berbaloi dengan perjuangannya sehingga bibir pecah? Di sisi dadanya terlekat lencana wajah kepimpian Ulamak dan beliau redha menyapu darah dibibirnya asalkan kepimpinan Ulamak utuh di dadanya.

Mudah-mudahan insan mulia ini dirahmati Allah perjuangannya dan semangat beliau ini akan diwarisi oleh tujuh keturunannya nanti. Apa yang pasti, beliau tidak kesal untuk berjuang bersama PAS kerana PAS satu-satunya parti yang berjuang untuk Islam.

Seandainya, InsyaAllah, PAS menang, sudah pasti insan ini orang yang paling gembira.

Sekiranya, Na`Uzubillah, parti rasuah itu menang, insan ini tidak akan berdukacita kerana darah yang mengalir di bibirnya itu pasti akan menjadi saksinya di dalam kubur dan di Akhirat nanti.

Ya, Allah, kurniakanlah kemenangan kepada Islam dan kurniakanlah kepada kami zuriat yang mempunyai semangat jihad seperti insan ini, Amin.

2 comments: