Tuesday, October 13, 2009

JAWAPAN DAN PERSOALAN KEPADA HIZBUT TAHRIR MALAYSIA



Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud;
"dan juga (lebih baik dan lebih kekal lagi) orang2 yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan solat dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang kami beri kepadanya"
( surah as-Syura ayat-38)

".. dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan2 itu, kemudian sesudah engkau berazam ( sesudah mesyuarat untuk membuat sesuatu keputusan ) maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha mengasihi orang2 yg bertawakkal kepada-Nya"
(surah ali-Imran ayat-159)
Inilah perintah Allah yang tidak digunakan kaedahnya oleh Hizbut Tahrir mungkin kerana tidak faham atau terlalu berfalsafah menggunakan rasional , ayat Allah ini menyentuh soal kewajipan bermesyauarat dan kaitannya dengan pilihan rayat.

Dalam surah As-Syura ayat-38 dan ali-Imran ayat -59, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebut tentang kewajipan bermesyuarat. Tetapi bagaimanakah kaedah hendak bermesyuarat yang dikehendaki oleh Allah Ta'ala? Sedangkan Al-Quran tidak menerangkan kaedah atau teknik mesyuarat itu dilaksanakan.

Dalam perkara ini datang keperluan untuk mendapatkan kaedah atau cara bermesyuarat itu dilaksanakan, justeru itu lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W mengadakan mesyuarat kerana banyak contoh di dalam sirah nabawiyyah yang menunjukkan dengan jelas tentang bagaimanakah caranya Rasulullah S.A.W bermesyuarat. Oleh sebab itulah maka Allah subhanahu wa Ta'ala tiada menyatakan secara detail tentang bagaimanakah sesuatu cara mesyuarat itu nak dilaksanakan.

Bermesyuarat itu biasanya ialah untuk mencapai kata sepakat dalam sesuatu perkara, misalnya dalam hal-ehwal peperangan dan lain-lain hal keduniaan seperti urusan politik, ekonomi, masyarakat dan lain-lain lagi yang mana keputusan-keputusan mesyuarat itu akan menjadi suatu dasar yang akan dilaksanakan.

Maka apakah keperluan yang semestinya ada dalam sesuatu mesyuarat? Di dalam Al-Quran Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak menyebut tentang peranan pengerusi yang akan mempengerusikan mesyuarat atau setiauasaha yang mencatat minit mesyuarat, tetapi Rasulullah S.A.W telah menunjukkan kaedah bermesyuaart melalui sunnahnya bahawa Rasulullah S.A.W sendiri mengendalikan mesyuarat. Malah apabila dua orang yang sedang bermusafir, Rasulullah S.A.W sendiri mengarahkan supaya melantik seorang ketua salah seorang dari tiga orang yang bermusafir itu, maka ketua itu adalah mempunyai tanggungjawab untuk mengendalikan perbincangan antara tiga anggota musafir tadi, yang keputusannya mesti dipatuhi bersama.

Dalam urusan politik mengikut sistem moden, bagi mendapatkan sesuatu keputusan muktamad di kalangan rakyat, maka sistem pilihanraya telah diperkenalkan supaya setiap individu dapat menyatakan pendirian mereka.

Hizbut Tahrir menyanggah kaedah pilihanraya sebagai jalan mendirikan negara Islam dengan mengatakan bahawa ini adalah satu kaedah yang diketengahkan oleh golongan kuffar, sedangkan pada zaman Rasulullah S.A.W tidak berlaku pilihanraya. Inilah suatu kenyataan yang lahir dari sikap gopoh, tidak boleh melihat sesuatu yang baru maka terus mereka menolaknya atas alasan pilihanraya tidak pernah wujud di zaman Rasulullah S.A.W namun hakikatnya sebagaimana hadith yang diriwayatkan seperti di atas tadi menunjukkan bahawa sistem memilih ketua juga adalah dinamakan pilihanraya.

Demikianlah betapa pentingnya memilih ketua melalui kaedah pemilihan atau ( dalam konteks pemilihan yang lebih besar dinamakan sebagai pilihanraya) seperti mana yang dijelaskan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Abu Dawud yang bermaksud;
" Apabila ada tiga orang keluar untuk bermusafir, maka hendaklah mereka menjadikan salah seorang daripada mereka itu sebagai amir ( pemimpin ) "
Sementara itu Imam Ahmad dalam musnadnya meriwayatkan dari Abdullah bin 'Amru bin Ash bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mafhumnya;
" Tidak halal bagi tiga orang yang berada di padang pasir dari bahagian bumi ini ( sedang melakukan perjalanan atau bermusafir ) kecuali hendaklah mereka melantik salah seorang dari mereka sebagai amir ( pemimpin ) "
Setelah diperhatikan kepada dua sumber sunnah tersebut, nyatalah kaedah melantik pemimpin atau ketua adalah berdasarkan kaedah pemilihan adalah diwajibkan. Dalam konteks perjalanan atau bermusafir seramai tiga orang, untuk melantik seorang ketua bagi mengharungi perjalanan tersebut, ia tidaklah dipanggil pilihanraya, cuma dipanggil orang cara memilih. Bagaimanakah pula cara mereka bertiga membuat pilihan. Sudah pasti ada yang mencadangkan atau mencalaonkan seorang atau dua orang menjadi calon ketua perjalanan tersebut.

Apabila sudah ada calon, barulah mereka bertiga memilih siapakah yang akan menjadi ketua, mungkin dengan cara mengangkat tangan, mungkin dengan menulis nama calon di kertas-kertas, atau tiada calon kedua maka dikira dipilih sebulat suara atau dikira menang tanpa bertanding. sudah tentulah yang paling banyak persetujuan itu yang akan menang dan menjawat jawatan ketua.

Dalam satu kumpulan tiga orang, ada dua orang calon difikirkan sesuai, maka sudah pasti satu calon akan mendapat dua sokongan dan calon yang satu lagi hanya mendapat satu sokongan, sokongan inilah diterjemahkan dalam bahasa pemilihan dipanggil undi. dalam konteks masyarakat yang ramai, maka kaedah ini dipanggil pilihanraya, raya mewakili maksud 'besar' dan maknanya adalah memberi makna satu proses pemilihan yang besar.

Saya tidak pasti apakah Hizbut Tahrir tidak menjumpai hadith ini yang menyebut dengan mudah perkara yang sama kaedahnya dengan pilihanraya. Hizbut Tahrir mendakwa bahawa sistem pilihanraya ini diperkenalkan oleh golongan kapitalis yang mendokong sistem demokrasi sedangkan ketika ahli falsafah Yunani memperkenalkan demokrasi, kapitalis belum wujud lagi!

Yang memperkenalkan kaedah pilihanraya adalah pendokong demokrasi kapitalis, tetapi bagaimana pula dengan kaedah pemilihan yang di arahkan oleh Rasulullah S.A.W seperti yang saya sebutkan di atas?

Kalaulah pilihanraya ini seperti mana yang didakwa oleh pendokong Tizbut Tahrir ini haram kerana ianya ciptaan kuffar, bagamanakah pula dengan hadith Rasulullah yang menyebut tentang kaedah pilihanraya seperti yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin 'Amru Bin Ash..?

Beranikah Hizbut Tahrir mengatakan bahawa hadith ini datang diucapkan oleh manusia yang kufur hanya kerana kaedahnya sama dengan kaedah yang diperkenalkan oleh barat. Bagaimana pula sekiranya kaedah itu baratlah yang mencedoknya kemudian diberikan label baharu dan mereka mendakwa ini adalah produk demokrasi kuffar sekular sedangkan di cedok dari Islam?

Malangnya Hizbut Tahrir menolak hujah ini kerana majoriti pendokong Hizbut Tahrir menolak sumber sunnah dari 'hadith ahad'. Persoalannya, apakah Hizbut Tahrir menolak 'hadith ahad' walaupun masyhur dan sanadnya soheh semata-mata untuk menafikan hadith ini seterusnya lari dari perdebatan lantaran kontang hujah?

Pilihanraya adalah juga salah satu kaedah bermesyuarat, sekiranya ahli mesyuarat tidak ramai sudah tentulah ia dapat dilaksanakan dalam satu majlis yang terhad, mungkin boleh di adakan di dalam bilik mesyuarat, atau di dewan orang ramai, balairaya, pejabat, rumah malah di bawah pohonan pisang sekalipun. Segala masalah boleh dibahas dan dibincangkan bersama, dan kemudiannya pendapat ahli mesyuarat boleh dicapai dengan cara mengangkat tangan atau dengan menggunakan kertas undi.

Tetapi sekiranya pendapat rakyat dalam sesebuah negara yang penduduknya berjuta-juta malah mungkin berpuluh juta, mana mungkin boleh diadakan mesyuarat dalam satu majlis. Bagaimana pula orang yang mengatur mesyuarat itu hendak mendapat persetujuan ahli mesyuarat sama ada mereka setuju atau tak setuju..??

Oleh itu pilihanraya diwujudkan sebagai suatu kaedah mesyuarat bagi mencapai satu keputusan, di mana semua rakyat yang berdaftar sebagai pemilih dapat menyertainya dengan menyatakan pendirian mereka melalui kertas-kertas undi yang disediakan. Itulah sebenarnya hikmah mengapa Al-Quran tidak menetapkan cara bermesyuarat itu hendak diuruskan dengan cara yang bagaimana, sedangkan perintah mesyuarat itu adalah tertulis di dalam syari'at Islam..maka apa kaedah mendapat persetujuan Hizbut Tahrir untuk menegakkan daulah khilafiyah..?

5 comments:

  1. Biarlah PAS dengan pendekatan Demokrasinya dan Hizbut tahrir dengan pendekatan Khalifahnya,kita lihat siapa yang mampu menegakkan Daulah Islamiyah di Malaysia.Masing-masing mempunyai hujah dan dalil dari Al-Quran dan Hadis sememangnya ini Khilaf. Tak perlulah nak mencari kelemahan masing2 kerana tujuan kita sama wahai HT.Anta sokong apa yang tuan blog nyatakan. Siapa yang tidak mahu pemerintahan seperti pemerintahan Nabi Muhammad S.A.W dan Khalifah-khalifah selepas Baginda seperti Abu Bakar As-Siddiq,Omar Al-Khatab,Usman bin Affan,Saidina Ali Bin Abi Talib dan Umar Bin Abdul Aziz namun samakah akidah orang Islam ketika itu dan ummat Islam sekarang. Kita harus menerima hakikat bahawa penjajah barat telah berjaya meruntuhkan akidah ummat Islam setelah mereka menjauhkan Al-Quran dan As-Sunnnah dari ummat Islam. Kini ummat islam yang mencecah bilion tidak mampu bersatu. Tidak pernahkah terfikirkah mudaratnya jika tiada Gerakan Islam yang mengambil pendekatan Demokrasi.PAS mengambil pendekatan ini untuk membetulkan akidah2 ummat Islam khursusnya di Malaysia kerana lihatlah kerosakan yang UMNO lakukan.

    Sehingga kehari ini umat islam diseluruh dunia masih lagi tidak bersependapat tentang keperluan untuk menjalankan Demokrasi.Sesetengah dari kalangan umat islam berpendapat Demokrasi adalah haram kerana ianya adalah sistem yang dibawa oleh golongan kufar.Namun kebanyakan dari umat islam pula telah bersepakat untuk menjadikan Demokrasi sebagai landasan untuk menegakkan hak-hak ALLAH S.W.T berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Keputusan ini dilakukan melalui ijmak.Ijmak ialah hasil ijtihad majoriti Ulama didalam sesuatu hal yang tidak jelas nasnya/hukumnya sama ada didalam Al-Quran ataupun As-Sunnah.Apabila suatu fatwa itu dipersetujui oleh majoriti Ulama yang Muktabar,maka ia diterima sebagai Ijmak.Kesahihan Ijmak sebagai sumber ketiga pemerintahan Islam diakui sendiri oleh Rasulullah S.A.W yang terkandung didalam dialog Baginda dengan Muaz bin jabal yang telah dilantik sebagai Gabenor Yaman.
    Baginda bertanya kepada Muaz bin jabal:
    “Dengan apakah kamu akan memutuskan sesuatu perkara?”
    Jawabnya: “Dengan Kitab ALLAH.
    “ Nabi bertanya lagi: “Jika kamu masih tidak temui/ketahui?”
    Jawabnya: “Dengan Sunnah Rasulullah.”
    Rasulullah bertanya lagi: “Jika tidak kamu dapati juga?”
    Jawabnya: “Aku berijtihad dengan fikiranku.”
    Lalu Rasulullah telah bersabda: “Alhamdulillah Dia telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah dengan apa yang dicintai oleh ALLAH dan RASUL Nya.”

    Sabda Rasulullah S.A.W:
    “Tidak harus bagi tiga orang yang berada disuatu kawasan dimuka bumi, melainkan sesudah ia melantik seorang dari mereka menjadi ketua”(HR Imam Ahmad)


    Dalam senario politik negara hari ini kita tiada pilihan selain demokrasi. Ulama'berijtihad bahawa selagi belum muncul sistem pemerintahan yang lebih baik dari demokrasi, maka kita manfaatkan demokrasi ini untuk sedikit ruang agama ini boleh disampaikan. Kita tidak mencipta demokrasi tapi kita dipaksa berjuang digelanggang demokrasi.
    Bila ada ulama berijtihad di bawah hukum 'mengambil kemudaratan yang lebih ringan' ada pula suara-suara yang tidak bersetuju.Sedangkan kita tahu, bukan sesuatu yang mudah untuk ulama-ulama ingin mengeluarkan fatwa mereka ,bahkan bukan mudah para mujtahid ingin mengeluarkan ijtihadnya. Segalanya dilakukan penuh penelitian dan pengkajian dan keputusan yang diambil hasil persepakatan bersama.
    Jika sekiranya kita tinggalkan demokrasi dan tinggalkan pilihanraya , apa yang dapat kita jangkakan berlaku pada situasi politik negara ??...atas jangkaan-jangkaan 'kemudaratan' itulah sebab dan musabab untuk meneruskan kerja di gelanggang demokrasi dengan harapan demokrasi acuan Barat ini dapat kami hapuskan dan digantikan dengan Syura InsyaALLAH.

    ReplyDelete
  2. Berbahagialah mereka mereka yang memahami apa erti perjuangan.

    ReplyDelete
  3. jazakallahu khairan kathira pemburu syahid...ana telah mendengar penjelasan dan keterangan dari kedua-dua belah pihak, pro dan kontra, ana setuju dgn pendapat na'im nikmat...masing2 punya cara dan kaedah yg terseindiri dlm mendaulah kan khilafiah...dan sy memilih jalan yg diperjuangkan PAS kerana ia lebih jelas....

    ReplyDelete
  4. Sepatutnya, apabila PAS ada kelemahan, perbetulkan. Bukannya tubuh pergerakan baru dan berkonfrontasi dengan pergerakan sedia ada.

    Pergerakan baru hanya wajib ditubuhkan jika pergerakan lama sudah melanggar ketetapan al-Quran, Hadith, Ijmak dan Qiyas.

    Jangan sesekali menubuhkan pergerakan baru atas ketetapan pergerakan lama tidak mempunyai fahaman atau pegangan yang sama seperti kita.

    Islam - memperkukuhkan dan bukan merobohkan.

    ReplyDelete
  5. Izinkan aku betulkan kekeliruan anda.

    1. HT tidak pernah menolak pilihanraya tetapi menolak Demokrasi. Ada beza tu..

    2."majoriti pendokong Hizbut Tahrir menolak sumber sunnah dari 'hadith ahad'"

    HT dan pendokongnya tak pernah tolak hadith ahad secara total, cuma dalam soal aqidah shj.


    Terima Kasih

    ReplyDelete