Friday, July 31, 2009

GMI DAN KITA DIKHIANATI PEMUDA GERAKAN



Pemuda Gerakan hari ini cuba memandai sendiri menghantar memorandum bantahan kepada Yang Di Pertuan Agong. Akibatnya, mereka telah dihalang daripada berbuat demikian oleh beberapa orang anggota polis yang menunggu di hadapan pintu pagar utama Istana Negara.

Pemuda Gerakan asalnya menyatakan akan turut serta bersama sama kita dalam usaha menyatakan bantahan kepada pengekalan undang undang ISA dan seterusnya menuntut undang undang zalim lagi kuno itu dihapuskan.

Malangnya, mereka telah menarik diri di saat saat akhir dan telah bergerak secara sendirian untuk berbuat demikian.

Kita percaya kemungkinan besar Pemuda Gerakan telah menerima tekanan daripada puak puak haramjadah yang mengepalai gerombolan.

Suatu pengajaran yang sewajibnya dijadikan iktibar oleh kita adalah JANGAN SESEKALI PERCAYAKAN SESIAPA JUGA SELAGI MEREKA BERSAMA GEROMBOLAN.

Ingat !! Jangan jadi manusia mudah lupa.......

TG HJ NIK AZIZ - UMNO PUNCA PAS BERPECAH DULU DAN KINI



video

Ada orang kata "yang sudah tu sudahlah". Jangan diungkit-ungkitkan lagi. Tutup buku lama dan buka buku baru.

Wahai manusia yang tidak punya perasaan.....luka boleh sembuh tapi parut tak mungkin hilang.

PEWARIS TARIK DIRI DARI MASJID NEGARA




Puak puak haramjadah PEWARIS mula dok "bersilat". Cuba sahabat sekalian baca artikel di bawah nih.

Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) membatalkan tempat pertemuan penyokongnya di Masjid Negara tetapi mengekalkan dua lagi lokasi - di Padang Merbok dan di Pasar Seni.

Timbalan Pengerusi 11 Pewaris, Rahimuddin Md Harun berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat terakhir malam tadi.


"Keputusan itu dibuat setelah mendapat nasihat daripada alim ulama dan orang lama bagi menjaga kesucian masjid," katanya.

Rahimuddin berkata, pihaknya tidak mahu kesucian masjid tersebut tercemar jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.


"Kita juga tidak mahu mengganggu jemaah yang mahu beribadat, katanya. Ditanya sama ada ia bertujuan untuk mengelak pertembungan dengan kumpulan anti-ISA anjura Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) juga akan berkumpul di tempat yang sama, Rahimuddin berkata:

"Kita lebih memfokuskan kepada hendak menjaga keharmonian. Yang berkumpul di situ, sepatutnya budak-budak silat, boleh kalau nak bertembung, tetapi kesucian tempat ibadat itu lebih penting dipertahankan.


ULASAN 1 :

Rahimuddin kata keputusan itu diambil setelah mendapat nasihat daripada "alim ulama dan orang lama" demi menjaga kesucian masjid. Nak tergelak aku dengar "hujahan" Rahimuddin nih.

"Alim ulama" mana yang ko rujuk? "Orang lama" mana yang ko minta pandangan? Ibrahim Ali? Lan Gajah? Atau Jais GPMS?


Pergi jahanamlah sama ko dan "alim ulama dan orang lama" ko tu.........



ULASAN 2 :

Rahimuddin kata takut kesucian masjid tercemar jika berlakunya perkara yang tidak diingini.

Apa perkara yang tidak diingini tu? Bergaduhan? Pertempuran?


GMI tak pernah sebut nak gaduh atau nak bertempur tapi yang dok ulang ulang sebut perkara tu adalah puak puak hang Rahimuddin weh......


Kalau tercemar pun pastilah kerana puak puak banjingan hangpalaaaaaa.....



ULASAN 3 :

Rahimuddin kata keharmonian masjid perlu dijaga dan Masjid Negara pada asalnya diputuskan sebagai tempat berkumpul budak budak silat.

Rahimuddin juga kata pertembungan boleh sahaja berlaku jika diinginkan.


Nampak sangat puak puak banjingan nih memang ada niat jahat. Balik balik sebut pertembungan. Balik balik sebut huru hara. Balik balik sebut kacau bilau.


Memang gila babi puak puak nih.....



ULASAN 4 :

Tak jadi berhimpun di Masjid Negara kerana nak jaga kesucian masjid atau takut takde orang nak berhimpun bagi pihak hangpa?

Tak jadi berhimpun di Masjid Negara kerana nak jaga kesucian masjid atau takut sebab "angka angka" yang hangpa warwarkan tu sebenarnya tak wujud pun?



ULASAN 5 :

Pergi jahanam dengan puak puak jahanam tahap haramjadah nih......

AMARAN KEPADA PIHAK POLIS TERUTAMANYA FRU




Sempena pesta demokrasi esok, di mana satu perhimpunan mansuhkan ISA akan diadakan, kita sama sama memberi amaran kepada pihak polis untuk tidak menimbulkan provokasi atau pun kekecohan ketika perhimpunan aman itu berlangsung.

Penyokong anti ISA akan berhimpun secara aman dan kita sama sama berharap pihak polis JANGAN TIMBULKAN MASALAH.

Kebiasaannya memang menjadi hobi pihak polis@keselamatan untuk menghuru-harakan keadaan. Diingatkan kepada pihak polis - itu bukan hobi tapi gila babi.

Jadi, saya ulang sekali lagi :

DIHARAP PIHAK POLIS TIDAK MENIMBULKAN SEBARANG KEKECOHAN ESOK ATAU ANDA BOLEH DIPENJARAKAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI KERANA MELAKUKAN PROVOKASI.

SUMBER : www.keraspedal.blogspot.com


Nota : Baru adil kan? Selalu dia je yang beri kita amaran sedangkan yang sepatutnya diberi amaran adalah mereka sendiri...dasar polis sialan.

PAKATAN RAKYAT AKAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SATU ENTITI SAH




By : Leslie Lau

Pakatan Rakyat (PR) is working towards registering the alliance officially to underline its commitment towards being a viable alternative coalition to the ruling Barisan Nasional (BN), says Datuk Zaid Ibrahim.

The former BN minister, who joined PKR less than two months ago, wrote in his blog yesterday that he was aware of the criticisms levelled at PR parties for not formalising a common platform.

“All the members of Pakatan are ready to serve the public in the name of Pakatan.

“In fact in all our daily activities we are already acting as members of Pakatan and not just members of PKR, PAS or DAP,” he wrote.

Since joining the federal opposition, Zaid has been given the task of coordinating the activities of the joint PR secretariat.

The Malaysian Insider understands the act of formalising the alliance as an official coalition like BN has one major hurdle.

Under the rules of the Registrar of Societies, a political coalition must consist of at least seven parties. This means PR will have to attract more political parties to join its fold before it can be registered.

But Zaid appeared confident that this could be achieved.

“The people will be given a real choice in the next elections; there will be one-to-one contests,” he said.

PR leaders are understood to be in talks with several political parties to join the alliance.

But there are also ongoing talks between PKR, DAP and PAS to come out with common policies.

“I am aware of many critics who say Pakatan does not have concrete policies or even common policies. People say that because of our different ideologies Pakatan cannot be united like BN.”

He said PR leaders and members were already tired of being in opposition and have proven their abilities to withstand pressure from what he referred to as “dictatorial BN government.”

“They have been tested time and again. They have been jailed, detained under the ISA and their supporters are brave and strong.”

He claimed that BN’s strategy now was to create fissures among PR parties “because they are afraid of one-to-one contests.”

While Zaid acknowledged there were weaknesses in the PR alliance, he said the leaders remained committed towards formalising their current arrangement and offering a viable alternative to BN.

Nota : Nanti aku terjemah artikel nih supaya kita sama sama faham.

ADUN PAS PERMATANG PASIR KEMBALI KE RAHMATULLAH




YB Hj Hamdan Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di IJN KL.

Lama juga aku kenal almarhum YB Hamdan nih. Beliau jadi ADUN Permatang Pasir sejak tahun 1999 iaitu ketika era reformasi.

Ada orang kata PAS menang di DUN Permatang Pasir kerana pengaruh Anwar dan bukan kerana kekuatan PAS.

Untuk pengetahuan, DUN Permatang Pasir terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh. Selain DUN Permatang Pasir, terdapat dua lagi DUN iaitu DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti.

Pada tahun 1999, waktu itu, Pakatan Rakyat belum ada dan yang ada adalah Barisan Alternatif. Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Dr Wan Azizah yang mewakili PKN (nama lama PKR). DUN Penanti dimenangi oleh PKN. DUN Permatang Pasir dimemangi oleh PAS menerusi almarhum Hj Hamdan. Manakala, DUN Seberang Jaya kekal di tangan UMNO/BN.

Banyak pihak kata, PAS menang "nasib". Kalau bukan kerana pengaruh Anwar, PAS tak akan menang pun.

Semua dakwaan "nakal" itu terbukti salah apabila DUN Permatang Pasir kekal di tangan PAS dan berjaya menyelamatkan Parlimen Permatang Pauh daripada jatuh ke tangan UMNO/BN ketika pilihanraya umum tahun 2004.

PAS menang selesa di DUN Permatang Pasir walaupun Parlimen Permatang Pauh menang nyawa nyawa ikan.

Waktu tu, DUN Seberang Jaya kekal di tangan UMNO/BN dan puak puak gerombolan nih berjaya merampas kembali DUN Penanti. Terus diam "mulut mulut nakal" tu.

Almarhum Hj Hamdan sekali lagi menang ketika pilihanraya tahun 2008. Juga dengan majoriti yang agak selesa. Sekali lagi terbukti bahawa PAS memiliki kekuatan di situ.

Mana tidaknya, walaupun beliau memiliki sedikit kecacatan fizikal, almarhum Hj Hamdan tetap gigih memenangi hati rakyat di DUN Permatang Pasir.

Aku tak akan lupa bagaimana almarhum Hj Hamdan "harung" banjir semata mata nak lawat mangsa banjir.

Itulah almarhum Hj Hamdan di mata aku.

Semoga pengganti almarhum Hj Hamdan lebih baik daripada beliau atau sekurang kurangnya sama seperti beliau. Semoga PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas DUN Permatang Pasir jika pilihanraya kecil diadakan nanti.

Al-Fatihah.......untuk almarhum Hj Hamdan dan semua pejuang yang telah meninggalkan kita.

Thursday, July 30, 2009

GERTAKAN "MAGARAN" YANG ENTAH DARI MANA MUNCULNYA




"Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka"

"Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah"

"Saya minta supaya pihak polis juga akan bersikap adil, jika saya ditangkap, atau mana-mana penyokong kami ditangkap, ketua mereka juga perlu ditangkap"

- MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ. Penasihat Undang Undang MAGARAN



Nota : Terang lagi bersuluh monyet monyet nih akan buat provokasi supaya timbul kekacauan. Ulas panjang pun tak guna. Puak puak haramjadah nih bukannya faham pun. Kepala otak bercelaru macam HBJ juga.

MUFTI HARUSSANI MENJILAT LAGI




Jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Jika undang-undang sudah mengklasifikasikan perhimpunan itu sebagai haram, maka hukumnya menganjur dan menyertai perhimpunan itu adalah haram.

Wajib ke atas semua pihak untuk taat pada undang-undang demi menjaga keselamatan negara, oleh itu berdosa jika undang-undang tidak dipatuhi.

Mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan itu dinasihatkan supaya membatalkan hasrat mereka, sebaliknya melakukan protes secara aman sama ada melalui surat atau mengadakan pertemuan bagi mendesak kerajaan.

Mufti Harussani Zakaria al-Ampu Sana wa Ampu Sini


Nota
: Sebelum Mufti Harussani mengeluarkan pandangan tentang perhimpunan membantah ISA yang dianjurkan oleh GMI, Mufti Harussani sewajibnya mengkaji secara mendalam berdasarkan iman tentang apa itu ISA.

Janganlah hanya dipandang tujuan ISA itu diwujudkan tetapi kajilah juga kesan dan akibat perlaksanaan ISA secara keseluruhan dan bukannya secara selektif.


Islam tidak mengizinkan pegangan "matlamat menghalalkan cara".

Walaupun Mufti Harussani amat terkenal dengan "fatwa selektif"nya, beliau wajib menyedari bahawa beliau masih punya masa untuk memperbetulkan keterlanjuran lidah munafiknya itu.


Jika beliau enggan menginsafi kemunafikannya, maka lebih baiklah beliau mendiamkan diri sahaja supaya beliau tidak menjadi kayu api di dalam bakaran api neraka.

Wahai Mufti Harussani, janganlah campakkan dirimu ke dalam kebinasaan.

PANDUAN UNTUK PARA SAHABAT YANG AKAN MENYERTAI DEMO BANTAH ISA



Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI.

Bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.


PERKARA YANG TAK DIBENARKAN

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.


SEMASA PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.


SELEPAS PERHIMPUNAN

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.


APA ANDA PERLU BUAT JIKA KUMPULAN PRO-ISA BUAT PROVOKASI

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.


APA ANDA PERLU BUAT JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.


APA YANG ANDA PERLU BUAT JIKA DITAHAN

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Anda mempunyai hak untuk berdiam diri dan sebarang soalan daripada polis anda boleh beritahu bahawa “saya akan jawab di Mahkamah”

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab “Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.


PERHATIAN !

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini


Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

PENDEKAR OMARDIN MAUJU : ANAK MURID JANGAN HADIR DEMONSTRASI




Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju menasihatkan semua anak muridnya supaya akur kepada arahan polis supaya tidak menyertai perhimpunan pro-ISA Sabtu ini.

Sebelum ini, persatuan tersebut telah menyatakan sokongannya untuk bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA pada hari yang sama.

"Polis kata jangan, janganlah...," kata Omardin.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan Pewaris dan GMI supaya membatalkan perhimpunan tersebut kerana khuatir ia menimbul ketegangan dan mengganggu keselamatan awam.

Bagaimanapun, Pewaris berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan tersebut sekiranya GMI masih meneruskan rancangannya itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Omardin berkata sekiranya ada di kalangan anak muridnya yang berbuat demikian, maka pertubuhan itu tidak akan bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menanggung sendiri akibatnya.

"Maklumlah anak murid saya terlalu ramai... polis halang, kena patuh, akur," katanya sambil meminta semua pihak supaya akur arahan polis itu.

"Saya selaku mahaguru merayu kepada anak murid saya supaya akur dengan keputusan pihak polis (melarang perhimpunan itu)," katanya.

Katanya, jika polis melarang perhimpunan itu diadakan, maka persatuannya akan akur dan tidak akan menyertainya.

Nota : Aku tak mau kata apa. Aku nak tengok jer gelagat makhluk makhluk berdarah haramjadah nih. Kalau ada penyokong Pakatan yang tak turun tanpa uzur syar'ie, maka hangpa pun berdarah haramjadah juga. Berani kot jauh jer......

Tahniah Pendekar Omardin kerana anda berjaya memisahkan diri anda daripada kelompok banjingan yang akan diketui oleh Ibrahim Ali al-Kataki.

MASHITAH BERFATWA LAGI




Oleh : Pemuda PAS Kemahang 1

UMMI HADHARI, Dr Mashitah Ibrahim telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa HARAM hukumnya disisi Islam menyertai Himpunan Anti ISA 1 Ogos ini. Alasan yang diberikannya cukup mudah iaitu perhimpunan tersebut memberi kemudaratan kepada masyarakat.

Itu pegangan Dr Mashitah, yang sebelum ini telah 'memfatwakan' perempuan atau ibu yang terdesak dalam hidup HARUS melacurkan diri untuk menyara keluarga.

PPK1 nak tanya beberapa soalan saje, pertamanya ISA itu sendiri yang menahan seseorang tanpa bicara dan diberi hak untuk mendapatkan pembelaan TIDAK HARAMKAH di sisi Islam?
ISLAM benarkankah penahanan tanpa bicara ini?

Keduanya, hanya yang berhimpun untuk menentang ISA sajakah yang haram? Bagaimana pula dengan PEWARIS dan PERKASA serta beberapa kerat NGO Melayu yang turut sama berhimpun pada hari itu (dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara?) ? Tidak haramkah tindakan mereka.

Untuk pengetahuan Dr Mashitah, kata-kata dan 'fatwa' sesat kamu sudah lama orang Islam tak dengar dan memang taknak dengar pun. JANGAN SESATKAN pemikiran umat Islam dengan fatwa logik akal kamu tanpa berlandaskan sebarang hujjah dan dalil yang kukuh.

UNIT AMAL PAS AKAN KAWAL PERKARANGAN MASJID NEGARA




Kawalan Keselamatan sempena Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos ini akan dikendalikan oleh Unit Amal Pusat dan dibantu oleh Unit Amal Wilayah bersama negeri-negeri lain.

Timbalan Pengerusi 3 Unit Amal Pusat, Syaripuddin Mat Yatim mengesahkan setakat ini lebih 1000 ahli Unit Amal akan hadir bertugas.

Beliau yang dikenali sebagai Abg Chem juga mengesahkan bahawa Unit Amal akan mengangihkan anggota mereka ditiga tempat iaitu SOGO, Masjid Jamek dan Masjid Negara.

Lebih ramai Unit Amal akan diletakkan di Masjid Negara bagi membantu mengawal keselamatan dan mengelakkan pertembungan antara penyokong GMI dan Pro-ISA yang akan berhimpun ditempat yang sama.

Beliau menyarankan agar Penyokong GMI dapat berkumpul di anjung kanan Masjid Negara yang berhadapan dengan bangunan Dayabumi.

Beliau memberikan jaminan bahawa perhimpunan berkenaan akan berjalan dengan aman dan terkawal. Kerjasama semua peserta amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang masalah berbangkit.

Nota : Semoga Allah swt akan terus memberikan keberkatan dan rahmat kepada pejuang pejuang Amal yang ikhlas dan istiqamah dalam perjuangan. Semoga kalian dikurniakan kesihatan dan kehidupan yang penuh barakah daripada Allah swt.

GMI AKAN BERTEMBUNG PEWARIS ATAU BERTEMBUNG PELAJAR UITM & BUDAK PLKN




Ada sahabat yang kata "UITM dicutikan secara serentak dengan alasan H1N1" dan "Pengarah Kesihatan Malaysia tidak memberikan ulasan panjang tentang penutupan tersebut" serta "GMI akan BERTEMBUNG dengan pelajar UITM dan bukannya PEWARIS".

Pada aku, ada logiknya.

Kenapa "H1N1" hanya gemar "menyerang" UITM berbanding institut pengajian yang lain? Yang lain pun ada juga yang tutup tetapi yang paling ketara adalah UITM.

Adakah pelajar UITM akan dikerah untuk turun bersama PEWARIS pada 1 Ogos nanti? Ada kemungkinan tetapi wallahua'lam.

Kita jangan lupa bagaimana pelajar UITM dikerah untuk berdemo menentang "cadangan membuka UITM 10% kepada pelajar bukan bumiputera" suatu ketika dulu.

Tidak ada pihak yang "mengulas panjang" penutupan sementara UITM secara serentak ini. Sepatutnya, Pengarah Kesihatan Malaysia, tampil dan memberikan ulasan dan penjelasan tetapi beliau tidak muncul muncul sehingga sekarang.

Naib Canselor UITM yang bermisai tebal itupun tidak banyak memberikan ulasan. Berbeza sekali dengan gelagatnya semasa demo "cadangan membuka UITM 10% kepada pelajar bukan bumiputera" suatu ketika dulu.

Kem PLKN pun dah 11 ditutup sementara tetapi pihak pengurusan PLKN tak buat ulasan apa apa pun. Maksud aku, ulasan yang bersifat serious. Sama macam UITM.

Sangat mencurigakan bukan?

UMNO - SELAMANYA BENGONG - PERGI JAHANAMLAH UMNO



Kutukan Tok Guru Nik Aziz terhadap UMNO, “Pergi jahanamlah UMNO!”, menimbulkan huru-hara di kalangan ahli UMNO dan penyokong UMNO, yang mendorong para pemimpin UMNO mengisytiharkan diri merekalah pemimpin sejati orang Melayu dan Islam.

Semua mereka sebulat suara mengajak rakyat Malaysia, terutama sekali orang Melayu dan orang Islam, supaya melupakan saja Tok Guru Nik Aziz, tidak memberi perhatian lagi kepada Tok Guru yang sangat bisa mulutnya itu. Seorang Timbalan Manteri dari Kelantan berkata, Tok Guru itu hendakkan buah, tapi tak mahu pohon apabila menolak kerjasama dengan UMNO tetapi bersedia bekerjasama dengan kerajaan pusat.

Jika anda pernah ke pasar tani yang kebetulan ada penjual durian, bagaimana perasaan anda jika penjual durian bertanya, “Tuan mahu buahnya saja atau pohonnya sekali?” Tentulah anda anggap penjual buah durian itu sudah gila. Apa perlunya pembeli hendak beli pokok durian, jika buahnya saja yang dia mahu? Tidakkah gila jika setiap kali anda ingin makan buah-buahan, anda terpaksa membeli pokoknya sekali.

Tetapi Timbalan Menteri yang terlalu cerdik itu jadi amat bodoh apabila menggunakan analogi yang tidak masuk akal itu. Inilah taraf pemikiran pemimpin UMNO, baru berada pada kelas budak-budak sekolah, belum lagi sampai ke taraf seorang ulama seperti Tok Guru Nik Aziz.

Kelemahan terbesar UMNO ialah tidak dapat menerima kekalahan, oleh itu mereka akan menjahanamkan musuh politik mereka dengan cara apa saja, misalnya dengan merampas kuasa seperti yang mereka lakukan berkali-kali di Kelantan, Terengganu, di Perak (terbaru) dan kini sedang mencuba bermati-matian hendak menjahanamkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Mereka boleh malakukannya kerana mereka mempunyai kuasa undang-undang kerana masih berkuasa di peringkat pusat. Mereka menggunakan undang-undang yang mereka bikin sendiri dalam Dewan Rakyat untuk memastikan mereka terus berkuasa.

Dalam konteks inilah ucapan keras Tok Guru Nik Aziz itu harus difahami. UMNO dan sekutunya menganggap Malaysia kepunyaan mereka, dengan alasan bahawa merekalah yang “memperjuangkan” kemerdekaan Malaysia. Sebenarnya mereka bukan pejuang dalam makna yang tepat yang digunakan dalam politik perjuangan kemerdekaan yang dialami di Indonesia, Vietnam, Burma dan lain-lain. UMNO adalah “perunding” kemerdekaan, yang dicipta oleh penjajah Inggeris untuk mewakili orang Melayu dan raja-raja Melayu. Kerana adanya perasaan “Malaysia UMNO punya”, maka UMNO tidak boleh terima sebarang kekalahan.

Sikap inilah yang telah menjahanamkan orang Melayu, kerana orang Melayu dipaksa berada dalam keadaan yang sentiasa bergantung kepada UMNO “demi keselamatan Melayu dan Islam”. Sedar atau tidak, orang Melayu telah dijadikan hamba oleh UMNO untuk terus berkuasa. Begitu terhutang budinya si Melayu ini apabila diberi sebuah jambatan baru berharga RM300,000 selepas PRK 14 Julai 2009 baru-baru ini. Diberi seekor anak beruk atau anak kambing pun mereka sangat terhutang budi kepada UMNO. Demikian hinanya menjadi Melayu di bawah naungan UMNO, terpaksa menjadi peminta sedekah untuk mendapat sesuatu yang mereka perlukan.

Walaupun disedari mereka perlukan jambatan, pemimpin UMNO memberi syarat dan kata dua kepada para pengundi dalam sejenis amaran yang dihamburkan oleh TPM Muhyiddin Yassin di Manek Urai baru-baru ini: “Kita boleh bagi jambatan baru, Insya Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja Barisan Nasional. Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah Barisan Nasional. Kalau tidak, esok tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah Barisan Nasional.” (Siasah, 19-25 Julai, 2009).

Keangkuhan seperti ini mendorong sebahagian besar rakyat Manek Urai menjeritkan kutukan, “Pergi jahanamlah UMNO!” Suara rakyat itulah yang digemakan kembali oleh Tok Guru Nik Aziz ketika beliau mengulang kutukan itu. Itulah makna sebenar “rakyat diutamakan” yang digembar-gemburkan oleh Najib Tun Razak, yang kononnya mencipta One Malaysia (bukan Satu Malaysia kerana satu sen tidak ada harga sekarang!). Nah, mengapa pula UMNO marah-marah apabila rakyat benar-benar diutamakan dengan mengulang kutukan mereka, “Pergi jahanamlah UMNO!” seperti yang dibuat oleh Tok Guru Nik Aziz.

Kalau betul-betul rakyat diutamakan, UMNO wajib dengar suara yang berbeza daripada rakyat, walaupun berupa kutukan. Kutukan demikian sebenarnya perlu untuk mengimbangi keangkuhan para pemimpin UMNO seperti yang ditunjukkan oleh Muhyiddin Yassin di Manek Urai. Dalam konteks ini, UMNO mesti bersedia untuk dikalahkan, malah UMNO mesti belajar menjadi kumpulan yang kalah.

Pendeknya, hanya dengan menerima kekalahan sebagai ketua parti yang budiman dan bersikap lapang dada, barulah UMNO boleh berubah. Jika UMNO tidak mahu kalah, maka sikap itu bertentangan dengan Islam yang dikatakan amat disanjung oleh UMNO. Atau sebenarnya UMNO berpura-pura dalam semua perkara, termasuk dalam agama? Kalau begitu, tepatlah tempelak Tok Guru Nik Aziz, “Pergi jahanamlah UMNO!”

UMNO MEMANG LAYAK PERGI JAHANAM



Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut 'pergi jahanamlah dengan Umno' kerana ia dianggap wajar.

Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.

"Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.

"Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya," katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.Image

Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul Am PAS berkaitan isu terbabit.

"Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.

"Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.

"Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri," tambahnya.

Wednesday, July 29, 2009

H1N1 - DAH 4 KORBAN - KERAJAAN MASIH SIBUK DENGAN HAL HAL LAIN LAGI DAN LANGSUNG TAK PRIHATIN



Seorang wanita berusia 20 tahun merupakan mangsa keempat yang meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) pagi semalam di Hospital Melaka, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican juga berkata kes tempatan itu dimasukkan ke hospital Ahad lalu, 10 hari selepas dijangkiti virus tersebut.

Bercakap di Putrajaya hari ini, Dr Mohd Ismail menambah wanita itu mengalami masalah kegemukan dan mati akibat radang paru-paru atau pneumonia.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

SIVARASA - INKUES IBARAT HARIMAU TAKDE GIGI




Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah kerajaan mebentuk jawatankuasa siasatan ke atas kematian setiausaha politik kepada exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah satu usaha sia-sia.

Naib Presiden Sivarasa Rasiah dalam satu kenyatan media hari ni berkata mana-mana jawatankuasa siasatan, atau inkues, yang ditubuhkan kerajaan tidak pernah mensabitkan kesalahan pada mana-mana individu.

“Inkues pernah diwujudkan untuk menyiasat kematian dalam tahanan namun ia gagal untuk mengenal pasti pesalah dalam 104 kes kematian yang berlaku sejak 2003 mahupun menghasilkan laporan siasatan yang adil dan kukuh,” kata Sivarsa, yang juga seorang peguam.

Menurut Sivarasa, jawatankuasa kecil itu tidak menyiasat dengan betul kerana hanya bergantung kepada bukti yang disediakan polis dan saksi yang polis tampilkan.

Beliau juga turut mempersoalkan perlantikan koroner Azmil Muntapha Abas mengepalai inkues ini. Sivarasa berkata Azmil tidak mempunyai rekod kewibawaan yang setanding dengan tokoh-tokoh perundangan yang lain.

Azmil tidak setanding dengan personality-personaliti sebagai yang dilantik dalam Suruhanjaya Diraja menyiasat serangan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tokoh terbabit iaitu Tan Sri Anuar Zainal Abidin dan Datuk Mahadev Shankar Berjaya mengenalpasti penyerang dalam kes itu,” kata Ahli Parlimen Subang itu lagi.

Sivarasa menggesa kerajaan supaya memperluas skop siasatan suruhanjaya diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat teknik soal-siasat SPRM dalam kes kematian Teoh Beng Hock.

Beliau berkata kuasa luas yang dinikmati oleh Suruhanjaya Diraja jauh lebih berkesan untuk mengenalpasti pesalah kerana mana-mana agensi tidak boleh menyekat sebarang maklumat dari pengetahuan suruhanjaya.

Sivarasa walaubagaimanapun berkata sekatan kerajaan keatas skop siasatan Suruhanjaya menguatkan presepsi bahawa pemerintah cuba menyembunyikan sesuatu dalam kes Beng Hock.

“Satu suruhanjaya diraja bebas adalah satu alat yang berkuasa untuk menyediakan sekatan dan imbangan dalam satu sistem kerajaan demokratik. Menyediakan satu suruhanjaya diraja biasanya adalah satu permainan politik oleh kerajaan bagi menyiasat satu isu kontroversi,” tegas Sivasara..

DR JEFFRY KITINGAN - UMNO MAKIN NAK TERKUCIL




UMNO terdesak mahu menjalinkan kerjasama dengan Pas kerana parti itu semakin lemah dan tidak mendapat sokongan daripada majoriti rakyat.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Jeffrey Kitingan berkata, atas alasan itu juga UMNO sengaja menyalahtafsirkan kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat konononnya mahu berbaik-baik dengan parti itu.

Menurutnya, Nik Aziz sebenarnya merujuk hubungan baik membabitkan Kerajaan Negeri dan Pusat tetapi pemimpin Barisan Nasional menganggap kenyataan itu lebih kepada kerjasama melibatkan kedua-dua parti itu.

“Nik Aziz hanya jalankan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau usulkan kesediaan untuk bekerjasama antara dua kerajaan itu kerana Kerajaan Negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas itu berkenaan perbincangan Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat dan bukannya kerjasama antara Pas dan UMNO.

Dr Jeffrey berkata, cadangan Nik Aziz itu adalah wajar dan bukan berunsurkan politik semata-mata.

Dr Jeffrey berkata, Kerajaan Pusat perlu melihat dari sudut positif tentang kesediaan Menteri Besar Kelantan itu untuk mengadakan perbincangan.

“Kerajaan Pusat mesti jalankan tanggungjawab dia, bagi peruntukan pada Kerajaan Negeri, jangan ada pilih kasih. Ini kerana peruntukan yang disalurkan itu untuk rakyat,” katanya.

Ketika ditanya berkenaan parti UMNO yang kian terhakis, Dr Jeffrey berkata: “Antaranya, keadaan sekarang tidak sama seperti keadaan lalu. Rakyat kini lebih bijak dan bermaklumat.”

“Sebab kedua, kepimpinan sekarang lemah dan kelemahan itu ada kaitan dengan penurunan dan kehakisan UMNO berbanding zaman Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

SUMBER : www.bloglist-politik.blogspot.com