Friday, July 31, 2009

ADUN PAS PERMATANG PASIR KEMBALI KE RAHMATULLAH




YB Hj Hamdan Abdul Rahman telah kembali ke rahmatullah pagi tadi di IJN KL.

Lama juga aku kenal almarhum YB Hamdan nih. Beliau jadi ADUN Permatang Pasir sejak tahun 1999 iaitu ketika era reformasi.

Ada orang kata PAS menang di DUN Permatang Pasir kerana pengaruh Anwar dan bukan kerana kekuatan PAS.

Untuk pengetahuan, DUN Permatang Pasir terletak di dalam Parlimen Permatang Pauh. Selain DUN Permatang Pasir, terdapat dua lagi DUN iaitu DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti.

Pada tahun 1999, waktu itu, Pakatan Rakyat belum ada dan yang ada adalah Barisan Alternatif. Parlimen Permatang Pauh dimenangi oleh Dr Wan Azizah yang mewakili PKN (nama lama PKR). DUN Penanti dimenangi oleh PKN. DUN Permatang Pasir dimemangi oleh PAS menerusi almarhum Hj Hamdan. Manakala, DUN Seberang Jaya kekal di tangan UMNO/BN.

Banyak pihak kata, PAS menang "nasib". Kalau bukan kerana pengaruh Anwar, PAS tak akan menang pun.

Semua dakwaan "nakal" itu terbukti salah apabila DUN Permatang Pasir kekal di tangan PAS dan berjaya menyelamatkan Parlimen Permatang Pauh daripada jatuh ke tangan UMNO/BN ketika pilihanraya umum tahun 2004.

PAS menang selesa di DUN Permatang Pasir walaupun Parlimen Permatang Pauh menang nyawa nyawa ikan.

Waktu tu, DUN Seberang Jaya kekal di tangan UMNO/BN dan puak puak gerombolan nih berjaya merampas kembali DUN Penanti. Terus diam "mulut mulut nakal" tu.

Almarhum Hj Hamdan sekali lagi menang ketika pilihanraya tahun 2008. Juga dengan majoriti yang agak selesa. Sekali lagi terbukti bahawa PAS memiliki kekuatan di situ.

Mana tidaknya, walaupun beliau memiliki sedikit kecacatan fizikal, almarhum Hj Hamdan tetap gigih memenangi hati rakyat di DUN Permatang Pasir.

Aku tak akan lupa bagaimana almarhum Hj Hamdan "harung" banjir semata mata nak lawat mangsa banjir.

Itulah almarhum Hj Hamdan di mata aku.

Semoga pengganti almarhum Hj Hamdan lebih baik daripada beliau atau sekurang kurangnya sama seperti beliau. Semoga PAS berjaya mengekalkan penguasaan ke atas DUN Permatang Pasir jika pilihanraya kecil diadakan nanti.

Al-Fatihah.......untuk almarhum Hj Hamdan dan semua pejuang yang telah meninggalkan kita.

No comments:

Post a Comment