Kenapa isu mengandung di luar nikah itu yang difokuskan? Bukankah kedua dua mereka bukan Islam? Apa yang kita nak sibukkan pulak? Adakah kita cuba menggambarkan mereka berdua tidak bermoral?
Jika mengandung luar nikah itu dianggap tidak bermoral, bagaimana pula dengan ribuan kes yang sedemikian yang berada di hadapan mata kita di pusat pusat perlindungan? Adakah "tidak bermoral" itu hanya kepada DAP dan segala yang "bermoral" itu hanya kepada kita?
Adakah "mengusung" Puteri UMNO sana sini oleh Pemuda UMNO itu bermoral? Adakah perlakuan Chua Soi Lek itu bermoral? Adakah yang merogol budak Melayu di Melaka suatu ketika dulu tu bermoral? Adakah mantan Menteri Besar Selangor bermoral?
Kenapa isu "mengandung di luar nikah" ini cuba dieksploit supaya kelihatan mangsa kekejaman SPRM dan tunangnya itu tidak bermoral? Adakah semua ini bertujuan untuk menggambarkan bahawa mereka berdua tidak layak mendapat pembelaan sewajarnya?
Apa beza sex bebas yang tidak sampai tahap mengandung anak luar nikah yang dipraktikkan Putera, Putera dan Pemuda parti khurafat itu dengan sex bebas yang sampai tahap mengandung anak luar nikah? Sama sahaja.
Bangang dan buta perutlah sesiapa juga yang memfokuskan isu mengandung anak luar nikah itu berbanding "pembunuhan" Teo Beng Hock !!
No comments:
Post a Comment