Saturday, July 18, 2009

CHUA JUI MENG MENCERAIKAN MCA




Sah Chua Jui Meng sertai PKR. Alhamdulillah kerana aku yakin sedikit sebanyak penyertaan Chua Jui Meng akan memantapkan lagi Pakatan Rakyat.

Aku teringan doa Rasulullah saw yang pernah memohon kepada Allah swt supaya dibuka hati satu di antara dua Hisyam untuk bersama dengan baginda. Allah swt memilih Umar al-Khattab yang mana nama betul beliau adalah Hisyam. Manakala, Abu Jahal yang juga nama betulnya Hisyam mati kuffar.

Begitu juga dgn kes "Chua". Yang didekati oleh PKR adalah Chua Soi Lek tetapi yang dibuka hati oleh Allah swt adalah Chua Jui Meng. Kita mengalu-alukan penyertaan Chua Jui Meng.

Mungkin sudah ditakdirkan Chua Soi Lek tidak akan menyertai Pakatan dan akan mati bersama-sama Barisan Nasional seperti mana matinya Abu Jahal dalam jahiliyyah anutannya.

Tidak mengapalah. InsyaAllah, mungkin Pakatan akan lebih kukuh dan mantap tanpa Chua Soi Lek. Adakalanya penyertaan golongan selebriti akan mendatangkan keuntungan tetapi adakalanya penyertaan golongan "selebriti" seperti Chua Soi Lek ini mendatangkan kerugian.

Takde orang yang tak kenak Chua Soi Lek. Budak budak sekolah rendah pun kenal. Maklumlah, beliaukan pelakon terkenal yang menjadi sebutan ramai suatu ketika dulu.

Apa apa pun, selamat datang ke keluarga besar Pakatan Rakyat kita ucapkan kepada Chua Jui Meng.

No comments:

Post a Comment