Suara suara yang mahukan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat TRAGEDI TEO BENG HOCK semakin jelas kedengaran.
MCA menerusi Setiausaha Agungnya, Ir Wong Foon Meng, menggesakan kerajaan mewujudkan Suruhajaya Diraja. GERAKAN menerusi Presidennya, Dr Koh Tsu Koon, menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja. MIC yang pening pening lalat tu pun, menerusi Presidennya, Samy Vellu, menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja.
Pakatan Rakyat pula secara konsisten melakukan desakan yang sama sejak mayat Teo Beng Hock yang dizalimi itu ditemui.
Semua pihak mahu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan.
Hanya UMNO dan anjing anjing peliharaannya sahaja yang asyik mewiridkan "BIAR POLIS SIASAT. KITA JANGAN GANGGU SIASATAN".
Masalahnya, ada lagi ker pihak pihak yang percayakan polis? Pihak polis dah lama hilang kredibiliti di negara ini. Kenapa? Lu fikirlah sendiri.....
Kalau ada lagi pihak pihak yang masih percayakan polis, maka pihak itu tentulah UMNO. Kerana apa? Kerana polis dan UMNO ibarat aur dan tebing. Saling lengkap melengkapi. UMNO buat salah, polis dengan SPRM back-up. Polis dengan SPRM buat salah, menteri back-up.
Sebab tu kalau laporan polis atau laporan rasuah dibuat ke atas lanun dan perompak yang ada dalam BN terutamanya UMNO, polis dengan SPRM "tetap bercawat ekor". Tetapi, jika laporan itu berkaitan dengan Pakatan Rakyat, polis dengan SPRM laju jer menyiasat. Macam anjing mengejar biskut yang dibaling oleh tuannya. Saper tuannya? UMNO. Saper anjingnya? Wallahua'lam.....
Tapi, jika kita ikuti TRAGEDI TEO BENG HOCK ini secara dekat, kita pasti bertemu dengan satu "kecacatan" iaitu takde pun ulasan daripada pemimpin ataupun wakil Parti Hak Asasi Manusia yang sangat "mesra rakyat" yang baru dilancarkan itu. Maklumlah, parti itu kan "parti pelbagai kaum".
Pelbagai kaumlah sangat.
1malaysia tipu rakyat.
ReplyDelete