Wednesday, July 22, 2009

1 OGOS 2009 - RAKYAT vs PEWARIS




PEWARIS yang merupakan "anak haram" hasil perzinaan UMNO dengan beberapa NGO telah memutuskan untuk turun berhimpun beramai ramai pada 1 Ogos nanti. Tujuan PEWARIS adalah untuk menyatakan sokongan kepada undang undang kejam lagi zalim iaitu ISA yang menjadi pelindung kepada lanun lanun yang memerintah negara ini.

Dengan memilih - "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA dan Pertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu" - sebagai tema kepada perhimpunan "halal" itu, PEWARIS bersama sama kuda kuda padi tunggangannya akan "menyusun pergerakan ribuan rakyat" untuk berarak ke Istana Negara bagi menzahirkan niat "suci" hati mereka itu.

Seperti mana sahabat yang lain, aku juga amat musykil dengan tindakan PEWARIS ini. Kenapa memilih tarikh 1 Ogos 2009? Adakah PEWARIS mempunyai niat lain selain daripada berhimpun? Atau adakah PEWARIS telah membiarkan dirinya dilacurkan oleh lanun lanun bertopeng pemerintah itu? Atau adakah PEWARIS itu sendiri sememangnya pelacur jalanan yang langsung tidak ada harga diri?

Apa apa pun, setiap manusia yang memiliki akal yang sihat, waras dan siuman sahaja yang gagal membaca kebusukan hati PEWARIS.

Buat rakyat Malaysia yang sihat, waras dan siuman. Yakinilah bahawa kita akan berhimpun untuk perjuangkan nasib anak bangsa kita. Kita berjuang bukan untuk masyarakat Melayu atau Cina atau India tetapi untuk anak bangsa Malaysia seluruhnya.

Bukan seperti PEWARIS yang menyokong Konsep 1Malaysia ludahan Najib tetapi dalam masa yang sama turut bermati-matian mempertahankan "keistimewaan Melayu". Ketara sekali kedunguan dan kebengapan PEWARIS.

PEWARIS berniat mempertahankan Keistimewaan Melayu atau "keistimewaan Melayu"?

Jika Ketuanan Melayu, maka itu bererti Ketuanan Islam yang menjamin keadilan dan keselamatan kepada semua kaum tidak kira Islam mahupun bukan Islam. Jadi, tunggu apa lagi? Bernaunglah di bawah Pakatan Rakyat.

Jika "ketuanan Melayu" yang ingin dipertahanakan oleh PEWARIS, maka insaflah kerana "ketuanan Melayu" yang ingin diperjuangkan itu adalah sebenarnya "ketuanan UMNO" yang telah memijak lumat masa depan Islam di tanahair tercinta ini.

Melayu itu sifatnya melindungi selagi mana Islam menjadi nadinya. Tetapi, "Melayu" itu "menghancurkan" apabila "nostalgia tok nenek" dipertahankan.

Buat sahabat, jangan kita tinggalkan barisan perjuangan kita ini selagi mana "api perkauman" milik UMNO dan Barisan Nasional itu gagal kita padamkan. Kukuhkan barisan ini. Tekadkan niat kita. Sucikan hati kita. Kerana kemenangan hanya akan wujud dan kekal sekiranya kita berdiri dengan kekuatan hati dan bukannya kekuatan yang "emotional".

No comments:

Post a Comment