Tuesday, July 14, 2009

ALHAMDULILLAH WA-ALLAHU AKBAR




Alhamdulillah. Hanya itu yang mampu aku ucapkan apabila adinda pinkturtle telefon aku dan maklumkan PAS menang di Manek Urai. Walaupun menang dengan majoriti yang amat tipis tetapi wajib untuk kita semua bersyukur kerana Manek Urai tidak berjaya ditawan musuh Allah swt.

Majoriti yang terlalu tipis itu menuntut PAs untuk melakukan satu postmortem yang telus dan jitu agar punda penurunan itu dapat dikenalpasti dan seterusnya diatasi. Jika tidak, mungkin PAS akan menghadapi zaman gerhana sekali lagi.

Isu kerjasama dengan DAP rasanya bukanlah suatu isu di Manek Urai. Namun, isu Kerajaan Perpaduan boleh jadi amat memberikan kesan kepada minda pengundi. Wacana ilmiah juga begitu.

Tidak mengapalah. Masing masing punya pendirian dan pandangan serta hujah sendiri. Sungguhpun begitu, janganlah dilupa bahawa hati dan perasaan ahli wajib dijaga terutamanya ahli yang masih belum kenal "kemanisan tarbiyyah".

Aku tidak bercadang untuk membebel panjang tetapi ingatlah wahai pimpinan bahawa kalian juga punya kesilapan seperti mana kami ahli bawahan. Bermuhasabahlah dan istiqamahlah dengan kecintaan kita kepada Allah swt dan Rasulullah saw.

Boleh jadi "majoriti amat tipis" ini merupakan signal daripada Allah swt yang ingin menyedarkan kita bahawa kita sudah semakin jauh daripada jalan Rasulullah saw iaitu kita berdakwah di dalam kesamaran.

PAS menang. Itu suatu yang pasti dan sahih. Namun, hakikatnya, menangkah PAS di Manek Urai?

Cakap biar terang.

4 comments:

  1. tuah ikan, tauke ikan, menang dgn nyawa-nyawa ikan... Takbir!!!!

    add n letak ler my blog kat ur blog deh!!!

    ReplyDelete
  2. Salam, pemburu syahid, analisa mudah:

    1) Tolong jgn salah kan media arus perdana! Takdir ilahi telah menentukan, mereka di lahirkan untuk mengadu domba jemaah kita!
    2) Dalam barisan jemaah kita ini, masih ada yang MUNAFIQ…kecintaan pada allah hanya di bibir, di hati …..lain kot!!
    3) Bezanya ialah; MUNAFIQ yang ada dalam jemaah kita ini sedikit bilangan nya (secara relatifnya) daripada yang berada di gerombolan be-END
    4) Walaupun berada dalam jemaah islamiyah, kita tetap memegang tittle yang sama…MELAYU
    5) Ingat! MELAYU ini kaya…kaya dengan: hasad dengki, busuk ati, tak boleh tengok org senang, suka cari pasal, suka cari publisiti murahan, suka glamor, singkat akal,...dan yag palin penting! CEPAT LUPA DIRI!
    6) Apa yang jemaah lupa? Jemaah kita lupa apa yang berlaku di tahun 1999+2008 (menang bergaya!) berbanding 2004(kalah teruk!)..Lupa menginsafi diri! Lupa, bagaimana cara menguruskan kemenangan.
    7) Ada beza dia antara berikut ini: mengurus atur kemenangan, mengekalkan kemenangan, mencari kemenangan dan……mempertahan kan kemenangan untuk satu jangka waktu yang panjang!
    8) Jemaah lupa! Mereka di luar sana sedang memerhatikan kita (terutama yang bukan islam kot)…tentang perselisihan pendapat kita, tentang pertelingkahan secara terbuka, tentang perpecahan kepimpinan… Mungkin juga ada yang MUAL melihat semua ini..Hentikan lah….!(susah kot nak berhenti..sbb kita pegang tittle yang sama = MELAYU!)
    9) Yang tersirat nya adalah…..ini adalah kemenangan mutlak & besar be-END…usaha tentang UG telah membuah kan hasil.
    10) Jgn kita bodoh menanalisis apa yang PiEM Najib katakan…. Yang tersurat nya adalah skongan kembali pulih..tetapi untuk kita yang malas berfikir…biar aku jelas kan, yang tersirat nya kesah dongengan Kerajaan Perpaduan telah menampak kan hasil untuk be-END…. Bersedialah wahai jemaah..”peperangan“ yang lebih besar dlm bentuk “tersirat“ akan dtg lagi...lebih dahsyat lagi! Soalan nya: telah kah kita bersedia!??????
    11) Jika pilihanraya ini adalah permainan bolasepak, saya boleh simpulkan PiEM Najib adalah “pakar taktikal” …pikir2 kan lah…
    Takbir…allahu akbar….

    ReplyDelete
  3. Salam.....

    Satu analisa yang bagus. Saya bersetuju dengan pandangan anda walaupun hanya merupakan satu analisa ringkas.

    ReplyDelete