Monday, July 20, 2009

"PEMIMPIN" UMNO PUN MINTA SURUHANJAYA DIRAJA DITUBUHKAN




Rais Yatim kata semua pihak perlu menyokong gesaan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat Tragedi Teo Beng Hock.

Rais Yatim kata hasil siasatan Suruhanjaya Siraja tentulah lebih berwibawa jika dibandingkan dengan badan siasatan yang lain. Ini termasuklah siasatan oleh polis yang "sangat pandai" menyiasat itu.

Betul ker Rais Yatim yang cakap macam tu? Betul. Betul ker Rais Yatim yang sokong cadangan tu? Betul. UMNO tak marah ker kat Rais yatim? Tak. Kenapa? Sebab Rais Yatim memang suka bercakap dan cakap cakap Rais Yatim tu takde nilai apa apa pun. Hanya sekadar cakap cakap kosong. Kalau ada nilai sekalipun hanya layak diletakkan setaraf dengan nilai cakap cakap seekor burung kakaktua.

Kenapa kata kata yang keluar dari mulut Rais Yatim tu takde nilai? Sebab Rais Yatim tidak pernah jujur dengan kata katanya.

Tulis tesis hentam ISA tetapi berkhidmat dengan kerajaan yang mempertahankan ISA. Kata dah bakar jambatan dengan UMNO tapi hari nih Rais Yatim Menteri UMNO. Ajak Zaid Ibrahim debat tapi bila Zaid Ibrahim sahut cabaran, Rais Yatim terus menikus macam tikus longkang.

Itulah Rais Yatim.

Jadi, janganlah dipedulikan makhluk macam Rais Yatim yang berjiwa penglipur lara nih. Jika Rais Yatim bersilat sekalipun, janganlah kita gusar kerana percayalah bahawa itu hanyalah silat pulut yang hanya layak dipersembahkan di hadapan pengantin sahaja.

No comments:

Post a Comment