Semua stesen berita juga begitu. Pemimpin juga begitu. Menteri juga begitu. Mufti juga begitu.
Sedar tak sedar, dalam keghairahan kita diulit "kemanjaan politik", kita lupa bahaya yang semakin mendekat.
Jika dulu, ada makhluk yang berstatus Pengarah Kesihatan tersenyum sumbing dengan penuh bangga mengisytiharkan "Malaysia bebas daripada H1N1", tapi situasi semasa pula menunjukkan peningkatan kes H1N1 seperti amat sukar untuk dibendung.
Kenapa kerajaan Malaysia pimpinan UMNO tidak mahu mendedahkan situasi sebenar kepada rakyat? Adakah alasan "tidak mahu rakyat ketakutan" itu masih relevan di era globalisasi ini?
Sepatutnya rakyat diberikan kefahaman dan maklumat yang jelas berkaitan H1N1 agar rakyat menjadi lebih bersedia dan prihatin tentang simptom H1N1 dan bukannya membiarkan rakyat tertanya tanya seperti sekarang.
Statistik juga menunjukkan peningkatan jumlah IPT dan sekolah yang diarah tutup sementara akibat penularan H1N1. Adakah ini suatu perkembangan yang baik bagi kerajaan yang ditunjangi oleh UMNO itu?
Sepatutnya, maklumat berkaitan H1N1 ini disebarkan secara telus dan meluas oleh kerajaan dan bukannya "nama" yang paling sesuai digunakan itu yang diperdebatkan.
Tolonglah wahai kerajaan Malaysia......fikirkan sekejap nasib rakyat yang di bawah ini.
No comments:
Post a Comment