Thursday, July 23, 2009

PENAFIAN HARUN TAIB TENTANG ISU LILIN




Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib menafikan kenyataannya ditujukan kepada mana-mana pihak atau peristiwa ketika mengulas mengenai pemasangan lilin.

Beliau mendakwa hanya memberikan panduan secara umum berdasarkan hadis Rasulullah saw.

Harun mengulas laporan sebuah media hari ini yang mendakwa beliau mempertikaikan tindakan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin memegang lilin di majlis yang tidak jelas berunsur agama atau tidak bagi memperinghati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh.

Dalam laporan itu, Harun dikatakan berkata, Nizar tidak sepatutnya hadir di majlis itu kerana ia majlis yang meragukan samada ia upacara agama atau tidak.

Ekoran laporan kenyataan Harun itu, pelbagai pihak bingung dan tidak jelas sikap PAS kerana Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menyokong kehadiran Nizar itu.

Media berkenaan jelas dilihat cuba melagakan antara Husam dengan beliau.

SUMBER : www.siasahdaily.blogspot.com

No comments:

Post a Comment