Thursday, July 30, 2009

MASHITAH BERFATWA LAGI




Oleh : Pemuda PAS Kemahang 1

UMMI HADHARI, Dr Mashitah Ibrahim telah mengeluarkan 'fatwa' bahawa HARAM hukumnya disisi Islam menyertai Himpunan Anti ISA 1 Ogos ini. Alasan yang diberikannya cukup mudah iaitu perhimpunan tersebut memberi kemudaratan kepada masyarakat.

Itu pegangan Dr Mashitah, yang sebelum ini telah 'memfatwakan' perempuan atau ibu yang terdesak dalam hidup HARUS melacurkan diri untuk menyara keluarga.

PPK1 nak tanya beberapa soalan saje, pertamanya ISA itu sendiri yang menahan seseorang tanpa bicara dan diberi hak untuk mendapatkan pembelaan TIDAK HARAMKAH di sisi Islam?
ISLAM benarkankah penahanan tanpa bicara ini?

Keduanya, hanya yang berhimpun untuk menentang ISA sajakah yang haram? Bagaimana pula dengan PEWARIS dan PERKASA serta beberapa kerat NGO Melayu yang turut sama berhimpun pada hari itu (dengan tujuan untuk menimbulkan huru hara?) ? Tidak haramkah tindakan mereka.

Untuk pengetahuan Dr Mashitah, kata-kata dan 'fatwa' sesat kamu sudah lama orang Islam tak dengar dan memang taknak dengar pun. JANGAN SESATKAN pemikiran umat Islam dengan fatwa logik akal kamu tanpa berlandaskan sebarang hujjah dan dalil yang kukuh.

No comments:

Post a Comment