Thursday, July 30, 2009

PENDEKAR OMARDIN MAUJU : ANAK MURID JANGAN HADIR DEMONSTRASI




Mahaguru Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia, Datuk Omardin Mauju menasihatkan semua anak muridnya supaya akur kepada arahan polis supaya tidak menyertai perhimpunan pro-ISA Sabtu ini.

Sebelum ini, persatuan tersebut telah menyatakan sokongannya untuk bersama Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) yang menganjurkan perhimpunan tersebut, ekoran tindakan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menganjurkan perhimpunan anti-ISA pada hari yang sama.

"Polis kata jangan, janganlah...," kata Omardin.

Kelmarin, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengarahkan Pewaris dan GMI supaya membatalkan perhimpunan tersebut kerana khuatir ia menimbul ketegangan dan mengganggu keselamatan awam.

Bagaimanapun, Pewaris berkata, pihaknya akan meneruskan perhimpunan tersebut sekiranya GMI masih meneruskan rancangannya itu.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Omardin berkata sekiranya ada di kalangan anak muridnya yang berbuat demikian, maka pertubuhan itu tidak akan bertanggungjawab di atas tindakan mereka.

Sebaliknya, kata beliau, mereka perlu menanggung sendiri akibatnya.

"Maklumlah anak murid saya terlalu ramai... polis halang, kena patuh, akur," katanya sambil meminta semua pihak supaya akur arahan polis itu.

"Saya selaku mahaguru merayu kepada anak murid saya supaya akur dengan keputusan pihak polis (melarang perhimpunan itu)," katanya.

Katanya, jika polis melarang perhimpunan itu diadakan, maka persatuannya akan akur dan tidak akan menyertainya.

Nota : Aku tak mau kata apa. Aku nak tengok jer gelagat makhluk makhluk berdarah haramjadah nih. Kalau ada penyokong Pakatan yang tak turun tanpa uzur syar'ie, maka hangpa pun berdarah haramjadah juga. Berani kot jauh jer......

Tahniah Pendekar Omardin kerana anda berjaya memisahkan diri anda daripada kelompok banjingan yang akan diketui oleh Ibrahim Ali al-Kataki.

No comments:

Post a Comment