Sunday, July 26, 2009

DUN PERAK BUBAR : PENYAMPAI MAKLUMAT ATAU PENYEBAR KHABAR ANGIN




Rasa bersyukur jika berita nih betul. Dah lama aku tunggu berita nih. Aku memang dari dulu lagi harap DUN Perak dibubarkan dan teman teman di Perak diberikan hak sekali lagi untuk memilih kerajaan yang mereka mahukan.

Aku bukan orang Perak tetapi aku punya banyak kaitan dengan negeri itu. Terlalu banyak kaitan dan terlalu banyak nostalgia aku dengan Perak.

Yang sebenarnya, rasa meluat dan nak marah pun ada juga bila dapat berita nih. Meluat kerana sejak dulu lagi telinga aku nih dok dengar "lagi seminggu akan bubar", "minggu depan bubar", "Zambry akan mengadap Sultan minggu depan, dan macam macam lagi. Tapi sampai sekarang nih takde apa apa pun.

Tolonglah kawan kawan. Jangan buat spekulasi berdasarkan andaian. Bukankah Ketua Penerangan PAS Perak kata jangan sebar khabar angin? Apalah korang nie....

Sepatutnya kita siarkan "kebejatan" kerajaan haram MB Mahkamah dan konco-konconya dan bukannya asyik sebar berita "kan bubar akan bubar akan bubar" nih berulang kali.

Dah naik muak dah sebenarnya. Mungkin benar ada rakan rakan bloggers di Perak yang buat "research" tentang hal bubar DUN nih tapi janganlah gunapakaikan "andaian" dan "cakap cakap kedai kopi" sebagai "maklumat sahih lagi terkini".

Tolong yer kawan kawan. Harap sangat......

2 comments:

  1. Itulah namanya reverse pysco. Biar UMNO kecut dan mengelabah

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Baguslah jika reverse psyco tu membuatkan UMNO gelabah tetapi sedar atau tidak bahawa "reverse psyco" tersebut juga telah membuatkan penyokong Pakatan dah jadi macam over konfiden?

    ReplyDelete