Sunday, July 19, 2009

AKU BUKAN BANTAH CHUA JUI MENG MASUK PAKATAN



Baguslah kalau macam tu. Lembu punya susu, sapi dapat nama.

Bukan soal terima atau tolak kemasukan pemimpin expired nih, soalnya adalah....KENAPA DIJULANG SEBEGITU RUPA SEDANGKAN MEREKA INI BELUM DIUJI "KETAHANANNYA" SEBAGAI PEMBANGKANG?

Bukan soal beliau boleh bawa pengaruh atau tidak, soalnya adalah....KENAPA DIBINA KANDANG YANG INDAH UNTUK HARIMAU YANG SUDAH MULA GUGUR GIGINYA?

Pimpinan BN yang expired ini memang tetap seekor harimau......TETAPI JIKA HARIMAU ITU HANYA TINGGAL GUSI DAN LIDAH...APA GUNANYA?

Bukan soal umur yang perlu difokuskan....TETAPI SOAL PERASAAN AHLI LAMA YANG PERLU DIJAGA.

BETUL...dari sudut jangka panjang..kemasukan pemimpiN expired ini mungkin boleh mendatangkan manfaat...tetapi jangan leka.....kerana kemasukan mereka juga boleh mendatangkan mudarat.

Memang benar...kemasukan beliau sedikit sebanyak membuka mata masyarakat Cina...itu aku tak nafikan tetapi masih ada pengaruh besarkah belia di dalam MCA? Atau di dalam MCA itu...beliau "kekal tidak menambah, pergi tidak berkurang"?

Apa apa pun.....aku masih wajib tabik dengan Chua Jui Meng kerana beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian MCA Bakri dan masuk PKR ikut pintu depan. Sama macam Zaid Ibrahim.

Bagaimana yang lain? Bagaimana Ketua Bahagian UMNO? Beranikah meletakkan jawatan Ketua Bahagian dan masuk Pakatan? Mana berani sebab hanya insan yang ada hati dan perasaan sahaja yang akan berani berbuat demikian.

Kita bangga kerana Chua Jui Meng masuk Pakatan tanpa syarat tetapi janganlah pula kita wujudkan jawatan politik untuk beliau semata mata untuk meraikan kemasukkannya.

Menjadikan beliau sebagai penasihat kepada mana mana badan yang berada di bawah kerajaan negeri tadbiran Pakatan mungkin agak relevan berdasarkan pengalaman luas beliau dalam politik dan pentadbiran, lebih lebih lagi beliau adalah mantan Menteri Kesihatan, tetapi mewujudkan jawatan politik untuk beliau mungkin bukan masanya lagi.

Janganlah kita sekali lagi dibuai mimpi "sokongan" ini kerana jika kita leka, "drama Nasaruddin Bota" mungkin berulang.

Apa apa pun, sekalung tahniah buat Chua Jui Meng mantan Menteri Kesihatan, David Yeoh mantan Senator dan Yap Yit Thong mantan Ahli Parlimen Lumut kerana anda kita bersama rakyat dalam usaha membina Malaysia yang harmoni.

No comments:

Post a Comment