Monday, July 13, 2009

KEMANISAN PERJUANGAN DI MANEK URAI




Aku baru sampai ke Manek Urai sejam tadi. Ini kali ketiga aku ke Manek Urai sejak gendang perang dipalu. Semalam aku balik ke KL kejap sebab ada kertas kerja yang perlu aku hantar ke masjid.

Malam nih malam akhir untuk kami berkempen. Strategi yang diatur oleh kami sudahpun dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh kumpulan kami. TG kata benih benih yang kami semai itu telah pun berkuntum dan insyaAllah akan berbungan pada hari mengundi.

Kami juga harap begitu. Maklumlah, masing masing dah buat kerja secara sepenuh hati dan perasaan. Pihak musuh sampai sudah percaya bahawa 4 orang daripada kami adalah sebahagian daripada mereka. Hebatnya penyamaran para sahabat sehinggakan begitu berjaya mengaburi mata musuh. Malah, ada di kalangan 4 orang sahabat kami itu diamanahkan untuk mengendalikan perang saraf musuh. Allahu Akbar !! Allah Maha Hebat !!

TG kata biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Semua yang diaturkan telah berjaya "dilaksanakan" oleh musuh. Nampaknya musuh melahap semua umpan yang kami sediakan. Semua dibaham oleh musuh. Jawa muka sembab tu pun baham 2 daripada 3 umpan yang memang kami khususkan untuk beliau.

TG senyum bila kami kata "sah UMNO ghuyup kali nih". TG senyum bila ada di kalangan kami yang menghantar laporan yang menyebutkan "laporan oleh ABCDE daripada Unit Saraf UMNO". Kami puas hati bila TG senyum. Pada kami, cukuplah hatinya disakiti dengan idea Kerajaan Perpaduan.

Esok hari mengundi. InsyaAllah, hati kecil aku kata PAS akan diberikan kemenangan oleh Allah swt. Cuma, kami yang berada di dalam tugasan khusus ini amat mengharapkan para pejuang PAS dapat menjaga amalan mereka sehinggalah keputusan diumumkan esok supaya pertolongan Allah swt itu ada.

Hentikanlah sikap gemar "bergebang" dan "memukul kompang di markas dan bilik gerakan". Tumpukanlah kepada tanggungjawab masing masing dan janganlah dikalutkan tanggungjawab orang lain.

Kita masing masing punya tanggungjawab yang tersendiri. Tunaikanlah tanggungjawab itu dengan seamanah mungkin. Jangan iri hati dengan tugasan rakan seperjuangan tetapi cemburuilah iman dan ikhlas sahabat seperjuangan.

Ingat !! Syurga itu benar dan neraka itu juga benar. Jalan perjuangan ini membawa kita menuju ke syurga tetapi pastikan pintu syurga tidak "ditutup"apabila tiba giliran kita untuk melintasinya. Kenapa begitu? Keikhlasan dan kesucian hati kita yang memunculkan halangan itu.

Berjuanglah semata mata kerana kita kasihkan Allah swt dan Rasulullah saw. Janganlah kita berjuanglah kerana nama dan puji pujian manusia serta ghanimah dunia.

No comments:

Post a Comment