Friday, July 17, 2009

MAKIN KETARA SI SAIFUL GILA BABI




SAIFUL BUKHARI pemuda yang gagah dan sihat yang dikatakan menjadi mangsa liwat seorang tokoh pemimpin politik yang tua, di dalam blognya melahirkan rasa terkilan kerana mahkamah telah mengarahkan pihak pendakwa untuk menyerahkan beberapa dokumen dan bahan bukti seperti yang dipohon oleh pihak pembela DS Anwar.

Kita banyak merasa pelik dengan sikap pemuda yang bersumpah mengaku dirinya telah diliwat ini. Rasa terkilan beliau itu pun salah satu yang memelikkan kita juga.

Peliknya dulu semua kita tahu, pemuda yang gagal dalam pembelajaran ini telah memohon biasiswa secara terus ke Pejabat TPM waktu itu Najib. Samada beliau dapat atau tidak biasiswa itu kita tidak pasti, dan jika dapat mungkin sekarang ini Saiful sedang belajar di mana-mana Pusat Pengajian Tinggi.

Pelik lagi, apabila beliau mendakwa telah diliwat `secara paksa' oleh seorang tua yang sakit pinggang, beliau secara terus juga ke rumah TPM yang juga waktu itu Najib.

Pelik juga, setelah beberapa lama beliau menjaja berita bahawa beliau diliwat, tiba-tiba menjelang Pilihanraya Permatang Pauh `tergerak hati' pemuda ini untuk melakukan `sumpah laknat' yang tidak sah disisi Islam itu di dalam sebuah masjid. Upacara sumpah tersebut dijalankan dengan penuh `istiadat' umpama Pengantin mahu berakad nikah.

Sebagai seorang yang kononnya menjadi mangsa liwat, Saiful sentiasa tersenyum dan ceria apabila mengadakan sidang akhbar selepas upacara sumpah tersebut. Pelik juga, sama seperti gadis yang mengadu dirogol tetapi tersenyum riang gembira apabila ditemu bual. Memang hebat Saiful ini menahan `derita'nya akibat diliwat.

Tentang laporan perubatan jangan ceritalah. Lagi banyak yang pelik. Tapi, mungkin juga kejadian liwat berlaku secara `slow and steady'. Itu mungkin, kalau tidak masakan tiada kesan. Kita yang sembelit susah hendak buang air besar pun kadang-kadang ada kesan juga.

Pelik, memang hebat `ketahanan fizikal' pemuda ini.

Juga pelik, Hospital Pusrawi ada mengeluarkan laporan pemeriksaan ke atas Saiful yang menyebut tiada kesan diliwat. Mengapa Saiful tidak menyaman Hospital tersebut yang memalukan beliau? Sedangkan memang beliau percaya bahawa beliau telah diliwat.

Kemudian Tiga Doktor Pakar dari HKL juga mengeluarkan laporan bahawa tiada kesan diliwat pada dubur pemuda ini. Tidak juga disaman. Pelik. Sedangkan beliau masih percaya bahawasanya beliau telah diliwat.

Liwat adalah perbuatan di luar tabiie, mungkin ianya berlaku di hidung atau telinga. Tidak mustahil, sebab itu tiada kesan liwat di dubur pemuda tersebut.

Pelik terbaru, pemuda ini terkilan kerana Peguam DS Anwar minta bahan bukti dan dokumen yang ada pada pihak pendakwa sebagai persediaan membela diri DS Anwar. Beliau menyatakan seolah-olah seperti pertandingan Bola Sepak di mana pihak lawan sudah tahu taktik pihaknya. Adilkah begitu, soal pemuda ini.

Saiful boleh menyamakan sistem perundangan dan kehakiman sama seperti perlawanan Bola Sepak. Pelik juga tu.

Kita peringatkan Saiful yang mungkin tidak pernah bermain bola ini. Dalam perlawanan Bola Sepak atau apa sahaja pertandingan, yang disebut strategi atau taktik itu adalah benda yang tidak nampak oleh mata kasar.

Apakah dokumen atau bahan bukti itu adalah strategi juga seperti yang Saiful mahu samakan dengan pertandingan bola sepak? Bukankah dokumen dan bahan bukti seperti CCTV dan DNA itu bahan yang boleh dilihat?

Itu bukan strategi, itu adalah keperluan dan bahan yang diperlukan sebagai aset perbicaraan.

Strategi adalah hujah pihak pendakwa dan pembela nanti di mahkamah yang akan menggunakan semua aset dan bahan bukti tersebut. Adakah peguam DS Anwar minta pihak pendakwa nyatakan apakah hujah yang hendak dikemukakan di mahkamah nanti? Tiada bukan?

Jadi, apa masalahnya Saiful bimbang strategi beliau diketahui? Lainlah seperti kisah dahulu kala, seorang tokoh `Melayu Mudah Lupa' yang dipanggil untuk menjadi saksi kes liwat juga, tetapi enggan hadir ke mahkamah melainkan diberitahu terlebih dahulu apakah soalan-soalan yang mahu ditanya kepada beliau. Itu barulah betul dikatakan beliau mahu tahu strategi pihak pembela yang ingin menyoalnya.

Saiful juga berharap agar DS Anwar bersyukur kerana banyak kelebihan berpihak kepadanya. Pelik lagi. Sudah terbalik pula. Sepatutnya Saiful lah orang yang paling bersyukur kerana kesnya masih dilayan walaupun tiga doktor pakar mengesahkan tiada kesan liwat ke atasnya.

Beliau juga patut bersyukur awal-awal lagi kerana boleh terus berjumpa TPM semata-mata untuk mohon biasiswa dan boleh terus ke rumah TPM lagi tanpa bersusah payah macam orang lain.

Patutnya bersyukur juga sebab upacara `Sumpah Laknat' yang sememangnya dilaknat itu disiarkan oleh semua saluran kaca TV dan media utama negara ini tidak kalah dengan `grand'nya seperti perkahwinan Siti Nurhaliza dan Dato' K dulu. Patutnya bersyukur sangat-sangat.

Tentang DS Anwar, beliau sememangnya sudah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana walau apa pun yang dilakukan terhadap beliau dalam kes liwat ini sejak dahulu hingga sekarang, rakyat masih menerima beliau.

DS Anwar masih diangkat oleh rakyat jelata dan beliau tidak perlu berkurung diri atau malu dan bersuara di dalam blog sahaja. Orang yang benar tidak akan malu, cuma orang yang bersalah akan malu sepanjang hayat dan keturunannya.

SUMBER : www.wfauzdin.blogspot.com

No comments:

Post a Comment