Pada aku, ada logiknya.
Kenapa "H1N1" hanya gemar "menyerang" UITM berbanding institut pengajian yang lain? Yang lain pun ada juga yang tutup tetapi yang paling ketara adalah UITM.
Adakah pelajar UITM akan dikerah untuk turun bersama PEWARIS pada 1 Ogos nanti? Ada kemungkinan tetapi wallahua'lam.
Kita jangan lupa bagaimana pelajar UITM dikerah untuk berdemo menentang "cadangan membuka UITM 10% kepada pelajar bukan bumiputera" suatu ketika dulu.
Tidak ada pihak yang "mengulas panjang" penutupan sementara UITM secara serentak ini. Sepatutnya, Pengarah Kesihatan Malaysia, tampil dan memberikan ulasan dan penjelasan tetapi beliau tidak muncul muncul sehingga sekarang.
Naib Canselor UITM yang bermisai tebal itupun tidak banyak memberikan ulasan. Berbeza sekali dengan gelagatnya semasa demo "cadangan membuka UITM 10% kepada pelajar bukan bumiputera" suatu ketika dulu.
Kem PLKN pun dah 11 ditutup sementara tetapi pihak pengurusan PLKN tak buat ulasan apa apa pun. Maksud aku, ulasan yang bersifat serious. Sama macam UITM.
Sangat mencurigakan bukan?
No comments:
Post a Comment