Thursday, July 23, 2009

UST ZOLKARNAIN : TAK BERAPA NAK FAHAM




Pertama, KDN dan polis siasat kes Teoh.

Kedua, majistret siasat orang awam.

Ketiga, suruhanjaya diraja siasat SPRM.

Isunya ialah punca kematian Teoh.

Siapa polis yang siasat kes Teoh? Siapa majistret yang siasat orang awam? Siapa pula anggota suruhanjaya di raja?

Ketiga-tiga pihak itu bertanggungjawab kepada siapa? Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri atau siapa?

Bila laporannya siap, Najib berjanji akan memaklumkan kepada keluarga Teoh. Maklum sahaja? Keluarga Teoh sahaja?

Adakah mungkin, hasil siasatan ketiga-tiga badan itu berbeza? Kalau berbeza, bagaimana? Polis kata A, majistret kata B dan suruhanjaya diraja kata C.

Bila ketiga-tiga pihak menyelesaikan tugasan masing-masing, agaknya akan ada tiga kertas laporan. Bagaimana?

Ah, tak pandai nak fikirlah. Tak apa, kami akan tunggu.

SUMBER : www.bongkarsauh.blogspot.com

No comments:

Post a Comment