Beliau terkilan kerana Dewan Ulama PAS Pusat seperti gagal memahami apa fungsi sebenar yang patut dimainkan.
Salahkah kiranya Dewan Ulama PAS Pusat mengeluarkan ijtihad untuk setiap kekeliruan dan kekhilafan yang timbul?
Bukankah yang menganggotai Dewan Ulama PAS Pusat itu ulama yang berilmu semuanya? Atau adakah mereka itu hanya memerhati dan terus memerhati sahaja? Wallahu a'lam....
Di antara perkara yang memerlukan ijtihad ataupun penjelasan daripada Dewan Ulama PAS Pusat adalah :
PERTAMA - Menghadiri majlis pengkebumian sahabat bukan Islam. Sejauh mana dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan?
KEDUA - Vigil Candle Light. Sejauh mana dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan?
KETIGA - Pemakaian seluar pendek untuk bersukan. Sejauh mana dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan?
KEEMPAT - Menyambut hari lahir. Sejauh mana dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan?
KELIMA - Wanita menghadiri demonstrasi. Sejauh mana dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan?
KEENAM - Wanita bersukan. Sejauh mana dibolehkan dan apa yang tidak dibolehkan?
KETUJUH - Keperluan menukar nama kepada nama berbunyi Arab atau Melayu apabila seseorang bukan Islam melafazkan kalimah syahadah. Suatu tuntutan atau sekadar kebiasaan masyarakat Melayu?
KELAPAN - Jemaah tabligh. Sejauh mana menepati sunnah Rasulullah saw?
Dan banyak lagi.
Keperluan mengeluarkan ijtihad dan memberikan penjelasan hukum ini adalah sangat perlu supaya masyarakat tahu tentang sejauh mana perlakuan harian mereka memberi kesan kepada akidah dan iman.
Tidak timbul soal remeh atau soal masyarakat sudah biasa melakukan aktiviti tersebut tetapi soal hukum itu yang perlu diutamakan.
Ijtihad atau penjelasan hukum ini boleh disiarkan di laman blog milik Dewan Ulama PAS Pusat dan masyarakat boleh melayarinya.
Pada peringkat permulaan, boleh jadi hanya ahli PAS yang prihatin sahaja yang akan mengikut ijtihad ijtihad dah penjelasan hukum ini. Tetapi, amatlah diyakini dari masa ke semasa, keseluruhan ahli PAS akan prihatin dengannya.
Siarkan juga di harakah atau mana mana medium media milik PAS. InsyaAllah, lama kelamaan masyarakat juga akan prihatin dengannya.
Bukan niat di hati untuk mengajar Dewan Ulama PAS Pusat tetapi tolonglah faham keperluan kami yang di bawah nih. Tidak cukup untuk masyarakat memahami hukum jika hanya sekadar menonton al-kuliyyah atau menghadiri kuliah di masjid atau surau sahaja.
Apa yang kami tunggu adalah keputusan yang diinstitusikan iaitu keputusan dan penjelasan atau ijtihad atas nama Dewan Ulama PAS Pusat dan bukannya atas nama Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seorang sahaja.
Soalnya, adakah Dewan Ulama PAS Pusat akan melakukannya?
Jika YA, kita bersyukur kerana punya ulama yang aktif dan prihatin.
Jika TIDAK, sahlah sememangnya ulama yang ada di dalam Dewan Ulama PAS Pusat adalah ulama bisu ataupun ulama tong kosong.
Selama nih pun, apa "tugasan" sebenar Dewan Ulama PAS Pusat? Wallahua'lam.....
Nota : Jika segala galanya berjalan lancar, mudahlah kami yang di bawah nih nak bagi "penjelasan" kepada jiran jiran dan rakan rakan UMNO yang suka sangat "bertanyakan" itu dan ini.
No comments:
Post a Comment