Thursday, July 9, 2009

KEMBALILAH KEPADA UMNO JIKA ANDA MASIH BERJIWA UMNO




Akhbar Sinar Harian hari nih juga menyiarkan artikel tuntutan Sdra Jamaluddin Abu Hassan supaya YB Gobala meletakan jawatan dalam parti yang disandang beliau.

Katanya, YB Gobala gagal melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan sering kali mendatangkan masalah kepada pengurusan parti.

Aku bukan ahli PKR dan aku tak tahu apa yang berlaku dalam PKR Padang Serai. Kena gantung ker. Kena bubar ker. Itu semua aku tak tau.

Yang aku tau, dah banyak bahagian PKR ataupun sekarang nih dikenali sebagai cabang PKR yang menghadapi problem yang sama. Dulu di Kapar dan sekarang di Padang Serai pula.

Benarkah YB Gobala mendatangkan masalah? Benarkah YB Gobala gagal menunaikan tangungjawab beliau? Benarkah Sdra Jamaluddin Abu Hassan berniat untuk memperkasakan PKR Padang Serai? Ikhlaskah beliau? Atau ada haiwan berkaki empat berhidung mancung di sebalik tembok paras pingang?

Maklumlah. PRU Ke 13 pun dah tak lama dah. Sekarang nih adalah masa yang sesuai untuk menonjolkan diri bahawa "AKULAH PEJUANG YANG SEBENAR DAN ORANG LAIN TU SEMUANYA GAGAL".

Teringin nak tanya, Sdra Jamaluddin Abu Hassan nih dah berapa lama dalam PKR? Pernah mandi air gatal dan pedih tak? Pernah rasa kena balon dengan belantan polis tak? Pernah kena gari tak? Pernah kena lokap tak? Pernah kena dakwa di mahkamah tak? Pernah masuk penjara tak? Pernah polis ganggu anak bini tak? Pernah di"ISA"kan tak?

Apa yang penting adalah - CERMIN DIRI SUPAYA KENAL DIRI SUPAYA ANDA TIDAK JADI MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI.

Buat Sdra Jamaluddin Abu Hasan - TAHNIAH KERANA ANDA BERSAMA PAKATAN RAKYAT TETAPI TAKZIAH KERANA ANDA GAGAL UNTUK MENJIWAI PERJUANGAN RAKYAT.

DALAM PAKATAN RAKYAT, SEGALA GALANYA ADALAH RAKYAT. TIDAK ADA "PERJUANGAN POKET". TIDAK ADA "PERJUANGAN PERUT". TIDAK ADA "PERJUANGAN TEMBOLOK"

JIKA ANDA GAGAL MENJIWAI PERJUANGAN RAKYAT, MAKA TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK ANDA ADALAH UMNO. KEMBALILAH........

1 comment:

  1. salam.

    din komando ni gila jawatan....
    dia ni tali barut zaMIL....
    kejayaan pertama beliau ialah menyingkirkn bekas ketua bahagian iaitu cikgu hamid...

    ReplyDelete