Sunday, July 26, 2009

PAKATAN RAKYAT IBARAT ANAK DARA WALAUPUN DIFITNAH MACAM MACAM



Syukur kerana rakyat Malaysia semakin membuka mata dan semakin terbuka hatinya.

Dulu, Zaid Ibrahim, bekas Senator dan bekas Menteri UMNO, sertai PKR. Beliau keluar UMNO ikut pintu depan dan masuk PKR pun ikut pintu depan.

Sedikit masa yang lalu, Chua Jui Meng, bekas Naib Presiden MCA, menyertai PKR. Turut bersama beliau adalah seorang bekas Senator dan bekas Ahli Parlimen Lumut yang juga dari MCA. Kemudian, kedengaran puluhan ahli MCA Sabak Bernam atau Sungai Besar mengikut jejak langkah mereka.

Beberapa hari yang lepas, SS Subramaniam, bekas Naib Presiden MIC, mengambil langkah yang sama. Kedengaran hampir ribu juga ahli MIC yang menuruti langkah bekas Ahli Parlimen Segamat ini. Riak riak kecil yang akan membentuk gelombang "hijrah" MIC juga katanya sudah kelihatan.

Sekarang, Huan Cheng Guan, Naib Presiden Gerakan yang digantung, juga mungkin mengambil langkah yang sama. Bekas Ahli Parlimen Batu Kawan ini juga bukan calang calang pimpinan. Beliau punya pengikut yang agak ramai juga.

Pemimpin UMNO bila lagi? Sanggup ker nak jadi kera sumbang seumur hidup? Lompatlah cepat tapi jangan pulak lompat macam Ibrahim Ali al-Kataki atau Nasaruddin Kata Bota. Kang tak pasal pasal anda hilang harga diri. Malu seluruh keturunan wehh......

No comments:

Post a Comment