Thursday, July 23, 2009

ISMAIL KIJO HANYA MAMPU KERAH 60 EKOR UMNO TEGAR



Kira-kira 60 penyokong Umno dan parti komponen BN menyertai demonstrasi di hadapan pusat membeli-belah Ampang Point untuk menyatakan sokongan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk meneruskan siasatan terhadap kematian Teoh Beng Hock dan tidak mahu ia dipolitikkan oleh parti pembangkang.


Perhimpunan selama kira-kira 15 minit diketuai oleh ketua Umno bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo.

Ia disertai ahli Umno bahagian-bahagian Ampang, Gombak dan Pandan. Manakala ahli-ahli MCA, MIC, PPP dan Gerakan pula semuanya dari Ampang.

Dalam perhimpunan ringkas itu, mereka membawa kain rentang yang bertulis 'Umno bahagian Ampang yakin kredibiliti SPRM dan polis untuk teruskan siasatan' dan 'Umno bahagian Ampang menyokong tindakan SPRM dan polis".

Mereka juga membawa poster yang antaranya bertulis 'Jangan ganggu tugas SPRM dan polis, teruskan siasatan' dan 'Pembangkang jangan alihkan isu!!!'.


Mereka turut melaungkan 'Hidup Umno' dan 'Hidup BN'.

Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail menegaskan sokongan kepada SPRM yang menurutnya mempunyai kekebalan sewajarnya dalam menjalankan siasatan.

Katanya, mereka juga memberi sokongan dan kepercayaan penuh kepada polis dalam menjalankan siasatan secara adil dan profesional.


Polis Arah Bersurai



Ismail berkata, mereka percaya amanah yang diberikan kepada SPRM dan polis akan dilaksanakan menurut budi bicara dan undang-undang negara sebagai badan bebas yang berkanun.

Beliau juga memberi amaran tegas kepada pihak-pihak yang menurutnya tidak bertanggungjawab supaya jangan menimbulkan isu perkauman daripada kes kematian Teoh tersebut.

Sementara itu, dalam sidang akhbar selepas itu, Ismail menyampaikan simpati mereka kepada keluarga Teoh.


Sambil menggesa supaya isu itu tidak dipolitikkan, beliau sebaliknya berkata, isu sebenarnya ialah rasuah dalam kepimpinan negeri Selangor.

"Kalau isu cuba dieksploitasi (oleh pembangkang), kita beri kata dua, kenyataan yang boleh membuatkan negara huru-hara, kita 'membujur lalu, melintang patah'. Oleh itu, SPRM dan polis, teruskanlah jalankan siasatan," kata Ismail, sambil disambut sorakan peserta demonstrasi itu.

Oleh itu, Ismail meminta rakyat supaya jangan terkeliru dengan isu tersebut dan tidak terpengaruh dengan dakyah dan kenyataan berat sebelah parti pembangkang, sehinggalah selesai siasatan polis.



Ketika sidang akhbar selepas perhimpunan itu, pegawai polis menemui Ismail dan meminta beliau mengarahkan perhimpunan itu bersurai. Berikutan itu Ismail, dengan menggunakan pembesar suara, meminta mereka bersurai.

Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, ACP Abdul Jalil Hasan memberitahu pemberita bahawa perhimpunan itu diadakan tanpa permit polis.
Oleh itu, katanya, polis akan memanggil pihak penganjur untuk memberi keterangan.

Katanya, pihak polis mengarahkan mereka bersurai kerana perhimpunan itu mengganggu lalulintas di Jalan Ampang.

SUMBER : www.malaysiakini.com


ULASAN : -

PERTAMA - Perhimpunan ini merupakan perhimpunan secara kerjasama antara parti parti komponen BN. Malah, tiga bahagian UMNO telah menyertai perhimpunan ini.

Tapi, takkan 60 orang jer? Hahahahahahahahahaha...... Dah tinggal yang tua tua jer. Pun tak insaf lagi. Dok perasan kuat lagi. Takkan masih tak sedar lagi kot? Atau mungkin "tua tak sedar diri"?

Whateverlah UMNO....



KEDUA - Perhimpunan berlangsung sekitar 15 minit sahaja.

Aik? Kejap bebenor? Tak tahan panas ker? Atau tak tahan malu sebab 60 ekor jer yang hadir? Insaf insaflah woi.........


KETIGA - Polis kata perhimpunan itu takde permit dan perhimpunan diarah bersurai.

Arah bersurai jer? Mana meriam air? Mana topi merah yang kejam serta zalim lagi dungu tu? Kenapa polis double standard?

Tapi kan, kalau setakat 60 ekor nih jer, tak guna meriam air pun takper. FRU takde pun takper. Lepaskan jer anjing sekor. Lari berteraburlah puak puak haramjadah nih.


Lagi satu kan, kenapa takde "1 2 3 tangkap" pun? Hahahahahahahahaha.........pandaikan polis berlakon.


KEEMPAT - "Membujur lalu melintang patah"

Perkauman sangat bunyinya. Yang sedang dipersoalkan adalah SPRM yang "penuh tanda tanya" tu. Bukannya orang Melayu. Apsal bodoh sangat?

Saper yang alihkan isu? Pakatan atau Ismail Kijo yang buta perut tu?


Sikit sikit "Hidup Melayu". Sikit sikit "Hidup Melayu". Dah kalah baru nak ingat nasib orang Melayu.

Orang Melayu mundur hari nih bukan sebab Pakatan Rakyat tetapi sebab UMNO yang memperbodohkan Melayu.


Dah berpuluh tahun orang Melayu ketinggalan. Bukannya ketinggalan selepas mac 2008. Bodoh punya UMNO.

No comments:

Post a Comment