Thursday, July 30, 2009

MUFTI HARUSSANI MENJILAT LAGI




Jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Jika undang-undang sudah mengklasifikasikan perhimpunan itu sebagai haram, maka hukumnya menganjur dan menyertai perhimpunan itu adalah haram.

Wajib ke atas semua pihak untuk taat pada undang-undang demi menjaga keselamatan negara, oleh itu berdosa jika undang-undang tidak dipatuhi.

Mana-mana pihak yang ingin menyertai perhimpunan itu dinasihatkan supaya membatalkan hasrat mereka, sebaliknya melakukan protes secara aman sama ada melalui surat atau mengadakan pertemuan bagi mendesak kerajaan.

Mufti Harussani Zakaria al-Ampu Sana wa Ampu Sini


Nota
: Sebelum Mufti Harussani mengeluarkan pandangan tentang perhimpunan membantah ISA yang dianjurkan oleh GMI, Mufti Harussani sewajibnya mengkaji secara mendalam berdasarkan iman tentang apa itu ISA.

Janganlah hanya dipandang tujuan ISA itu diwujudkan tetapi kajilah juga kesan dan akibat perlaksanaan ISA secara keseluruhan dan bukannya secara selektif.


Islam tidak mengizinkan pegangan "matlamat menghalalkan cara".

Walaupun Mufti Harussani amat terkenal dengan "fatwa selektif"nya, beliau wajib menyedari bahawa beliau masih punya masa untuk memperbetulkan keterlanjuran lidah munafiknya itu.


Jika beliau enggan menginsafi kemunafikannya, maka lebih baiklah beliau mendiamkan diri sahaja supaya beliau tidak menjadi kayu api di dalam bakaran api neraka.

Wahai Mufti Harussani, janganlah campakkan dirimu ke dalam kebinasaan.

1 comment:

  1. Wahai DS Harussani lambat lagi kah tuan untuk bersara wajib,
    Kalau dekat bolehlah DS jadi calon umno dan berjuanglah menegakan assobiah umno tu.
    DS tak secerdik yusof noor, masitah, jamil khir yang tak payah membodek pun telah dilantik kedalam kabinet. nampak sangat lah DS hanya sebagai terompah kayu sahaja.

    ReplyDelete