Saturday, July 11, 2009

KENAPA PELESIT MSO MASIH DIBIARKAN BERKELIARAN DALAM JEMAAH INI




Dalam suasana TG Hj Nin Aziz dan ahli-ahli PAS yang berkampung di DUN Manek Urai berjuang menentang UMNO laknatullah, tiba-tiba si penulis/Blogger MSO masih membuat hal.

Dah lama juga dia tidak menulis sesuatu isu menghentam TG Hj Nik Aziz, tetapi hari ini dia dah mula balik…


Lepas Fatah & Cikgu Rahim, Kini Nik Aziz Pula Yang Meraban

Itulah tajuk glamour yang ada dalam postingnya, awal-awal tajuk dah mula menghentam TGNA, malah kali ini tajuk posting itu mendapat tempat dalam web akhbar pro UMNO.. ada kat malaysia-instinct.

Itulah dasar ahkbar dan media UMNO, segala yang boleh jadi modal, dia akan pergunakan, tambahan pula dalam suasana PRK DUN MU, yang mana UMNO dalam suasana nak mempertahankan diri, cukup sudah 5 PRK UMNO dah tewas…

Kali ini pelesit MSO naik nafsu amarahnya bila TGNA menyentuh boneka UMNO yang menjadi idola MSO.. itu yang ia marah sangat, sudahlah dulu TGNA menghalang Kerajaan Perpaduan, tup-tup sehari dua ini TGNA menyentuh pulak lagi pasal boneka UMNO tersebut, kenapa tidak turun berkempen di Manik Urai, salahkah TGNA berterus terang dalam hal tersebut, perlukah ia nak berselindung lagi, sedangkan bukan sahaja ahli PAS, malah semua rakyat Malaysia yang berminat dengan politik mengetahui hal sebenar.

Tak perlu TGNA nak menghormati kapasiti boneka UMNO itu sebagai Timbalan Presiden, kalau kelakuannya secara peribadi tidak mengembirakan ahli dan penyokong, mana satu yang perlu TGNA nak jaga, Timbalan Presiden atau keseluruhan Ahli dan Penyokong PAS.

Ada sahabat yang kata kepada aku, kita bukan hormat kepada Timbalan Presiden, tetapi kita kena hormat kepada perwakilan PAS yang melantiknya… betul.. yang itu aku setuju, tetapi aku nak tanya balik, apakah perwakilan akan lantik Timbalan Presiden yang ada sekarang ini jikalau di adakan sekali lagi pemilihan atau muktamar……dalam suasana perangainya itu… kenapa selepas muktamar baru nak tunjuk jaguh ketegaknya itu, kenapa sebelum muktamar buat baik, betul-betul macam ulama…

Niat TGNA adalah baik untuk mempertahankan maruah PAS, itu yang kita kena ambil, jangan kita nak membela seseorang itu atas peribadi atau atas sesuatu kepentingan atau pun juga dendam kesumat.. apakah masih ada lagi tangan-tangan boneka UMNO yang lain mengarahkan MSO pelesit membuat kacau bagi menghalang kemenangan buat PAS…Wallahhuaklam.

http://manjongmari.blogspot.com

2 comments:

  1. Tuan....
    Selagi MSO ada kaitan dgn Harakah/Siasah aku akan terus BOIKOT ini media. Harakah/Siasah perlukan Refresh...

    ikanlome

    ReplyDelete
  2. Salam....

    Dah ramai sebenarnya sahabat sahabat kita yang memboikot Siasah. Harakah tu saya tak pasti.

    Istiqamahlah.

    ReplyDelete