Thursday, July 9, 2009

MANEK URAI DAN NASARUDDIN



Sinar Harian Edisi Selangor dan Wilayah hari nih menyiarkan artikel yang "mendedahkan" Nasaruddin ditegah hadir ke Manek Urai sepanjang tempoh berlangsungnya PRK Manek Urai.

Akhbar tersebut juga menyiarkan bahawa Nasaruddin akan tetap hadir atas kapasiti beliau sebagai Timbalan Presiden PAS dan kehadiran beliau itu telah mendapat perkenan Presiden PAS.

Pada aku, bukan soal beliau hadir atau tidak hadir tetapi lebih kepada soal "laga melagakan" oleh pihak musuh termasuk akhbar tidak kiralah akhbar mana pun.

Pertama, akhbar Sinar Harian mendakwa mereka mendapat maklumat daripada "sumber" pimpinan PAS Kelantan bahawa Nasaruddin memang ditegah berkempen. Malah, dilarang hadir sama sekali.

Kenapa tak disebutkan "sumber" itu? Atau Sinar Harian hanya ingin menusukkan jarum propaganda supaya bunga bungan perpecahan dalam PAS yang telah layu terkulai itu berkembang kembali?

Atau mungkinkah wujudnya pimpinan PAS (tidak kira peringkat cawangan, kawasan, negeri mahupun Pusat) yang memang mesra media? Pantang ditanya terus menjawab tanpa memikirkan implikasi yang akan timbul ekoran jawapan jawapan andaian mereka itu?

Pimpinan PAS wajib memberikan perhatian serius kepada pimpinan (semua peringkat) yang terlalu mesra media ini.

Buat akhbar Sinar Harian, berhemahlah dalam menulis artikel. Anda menyatakan maklumat itu ber"sumber"kan pimpinan PAS Kelantan tetapi yang anda siarkan bukanlah ucapan mana mana pimpinan PAS tetapi ucapan Khairy Jamaluddin yang sudah terpingir itu.

Apa nih?


Khairy Jamaluddin juga menyebutkan beliau mendapat maklumat daripada "sumber" PAS bahawa Husam Musa adalah pimpinan PAS Kelantan yang mengeluarkan arahan supaya Nasarudin dilarang memijak bumi Manek Urai.

Dari mana sumber nya? "Sumber" PAS. Hanya itu jawapan yang boleh diberikan. Sangat tidak bermaruah dan sangat biadap sertya sangat berniat jahat jika itu jawapannya.

Seingat aku, kerja halang menghalang nih kerja UMNO jer. Ko dah lupa ker Khairy? Ko pernah dihalang terlibat dengan PRK suatu ketika dulu kan? Dah lupa ker?

Buat ahli PAS, janganlah kita melatah atau melompat. Bersamalah kita merapatkan kembali jurang jurang perpecahan yang wujud (jika wujud). Musuh musuh sememangnya mencemburui perjuangan kita. Janganlah kita pula yang merealisasikan hajat kotor musuh yang mahukan kita berpecah.

Tekadkan dan ikhlaskanlah niat untuk berjuang. Muhasabah dan istiqamahlah dengan perjuangan walau apa pun peranan kita.

2 comments:

  1. 'We started championing Islam first' Said Muhyiddin Yassin...So what?

    Championing Islam and following Islam are two different things. Your champion doesn't mean a thing if you do not follow the teaching of Islam. You can be a champion of Democracy but if you do not follow the principal of Democracy and act like a Dictator or Thugs...well tell me does that champion means anything?

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Aku setuju dengan pendapat anon di atas.

    ReplyDelete