Monday, July 27, 2009

PEWARIS BELASAH KHAIRY JAMALUDDIN



Kumpulan penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menyelar Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kerana bersikap berkecuali dan menghalang ahlinya daripada menyertai demonstrasi besar Sabtu ini.

"Lagi baik diam daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan perpecahan golongan Melayu.

"Melayu semakin lemah dan hanya berani dalam dewan," kata Timbalan Presiden II, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Rahimuddin Md Harun.

"Kilang Umno tidak lahirkan lagi singa, yang ada umpama ayam daging yang diternak dalam kandang yang menunggu diberi makan atau disembelih."

Menyifatkan itu hanya pandangan peribadi Khairy sahaja, Rahimuddin berkata, masih ramai Pemuda Umno yang menyatakan sokongan kepada mereka – yang menganjurkan "1Malaysia, Selamatkan Malaysia, Kekalkan ISA" berdepan Himpunan MANSUH anjuran penentang ISA.

No comments:

Post a Comment